Jumaat, 19 Februari 2021

Jika Benar Engkau Tertusuk Pedang Cinta


“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.” 
- Buya Hamka.

Benar, cinta itu membutakan. Benar, cinta itu akan membuatkan orang lain yang mengganggunya akan berasa terancam. Orang yang telah jatuh cinta tidak akan memandang kepada selain yang dicintainya.

"Ya Rasulullah..." Kata Umar perlahan, "Aku mencintaimu seperti mana aku mencintai diriku sendiri."

Beliau Sallallahu Alaiyhi wa sallam tersenyum.

"Tidak wahai Umar. Engkau harus mencintaiku melebihi cintamu pada diri dan keluargamu."

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM

 


Assalamualaikum semua. Semoga hidup sahabat-sahabat semua yang datang ke laman ini, sentiasa mendapat kebahagiaan dan rahmat dari Allah swt. Baru beberapa jam yang lalu saya menerbitkan satu tulisan bertajuk "Mereka Yang Berhati Duka Berwajah Ceria."

Pada kesempatan dan ruangan ini, saya mendoakan kepada adik saya, Insyirah dan pelajar-pelajar saya di Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini agar dapat buat yang terbaik.

Jangan lupa untuk memulakan peperiksaan dengan bangun awal, mengawali hidup dengan solat hajat, tahajjud dan berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk memohon pertolongan Allah. Sesungguhnya, Allah sajalah tempat paling tepat untuk memohon pertolongan.

Bila adanya pertolongan Allah, insha Allah, perkara yang ditakuti itu, semuanya akan jadi baik-baik saja. Yakinlah pada pertolongan Allah. 

Saya mendoakan semuanya berjaya!

Yang mendoakan. 

Abdullah Hakimi. 

Khamis, 18 Februari 2021

Mereka Yang Berhati Duka Berwajah Ceria


Sungguh! Apabila seseorang yang berimankan Allah swt, dengan kasih sayang-Nya, maka pastilah dia diuji!

Ujian orang beriman ini adalah dari segenap sudut. Lebih tinggi martabatnya di sisi Allah, maka lebih banyaklah ujian-Nya.

Ingatlah teman bahawa apabila orang yang beriman itu diuji, maka itu tanda kecintaan Allah swt kepada dirinya samada untuk menaikkan martabatnya, atau hendak menghapus dosanya.

Maka apakah kita sebagai hamba-Nya yang beriman, kita tidak akan diuji?

Rabu, 10 Februari 2021

Antara Hati Yang Sakit dan Yang Sihat


Penulisan kali ini adalah diambil dari karya terjemahan karya Dr Majdi al-Hilali, Panduan Kembali Kepada al-Quran yang diterjemahkan oleh Abu Ezzat al-Mubarak terbitan Pustaka Jiwa.

Seringkali mereka yang menghafaz al-Quran ini, lari dari tujuan hidup oleh kerana penyakit yang ada dalam hati mereka. Bahkan semakin sakit dan menyakiti orang lain juga.

Justeru, perkongsian kali ini bertujuan merenungi kembali agar para penghafaz al-Quran menyedari bahawa hati kita sedang sakit, perlukan rawatan khusus dalam mengembalikan kembali tujuan asal kita dalam menghafaz al-Quran. Untuk kali ini lebih terfokus kepada seketul daging dalam tubuh manusia yang mengawal segala tingkah laku manusia, iaitu hati.