Selasa, 28 November 2023

5 Nasihat Untuk Mempositifkan Diri Setiap Hari



𝟭. 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝘂𝗸𝘂𝗿
Salah satunya adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini. Dengan bersyukur, kita dapat mengelak dari berfikir apa-apa saja yang berkaitan dengan perkara yang negatif.

𝟮. 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗶𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶
Dalam hidup ini, kena tetapkan matlamat yang kita boleh capai. Kejayaan kecil yang berterusan akan membuatkan kita lebih banyak keyakinan diri untuk lebih banyak buat kejayaan-kejayaan dimasa akan datang.

5 Keajaiban Kesihatan Yang Tersembunyi Dalam Madu Tualang

Tahukah anda, madu tualang terkenal sebagai sumber kebaikan nutrisi yang luar biasa sepanjang abad?

Madu tualang ini diperoleh dari hutang liar yang alami dan subur, bahkan terkandung banyak rahsia-rahsia khasiat ajaib sepanjang kewujudan madu di dunia ini!

Berikut adalah rahsia-rahsia alami yang korang patut tahu!

𝟏. 𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫-𝐀𝐧𝐭𝐢𝐨𝐤𝐬𝐢𝐝𝐚𝐧

Madu tualang terkenal sebagai sumber kebaikan alamiah yang luar biasa sejak berabad lamanya. Jadi Madu tualang terkenal kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas, melindungi tubuh dari stres oksidatif dan mampu membantu meremajakan sel-sel kulit.

So...ini adalah senjata rahsia alami untuk menjaga tubuh agar tetap bertenaga dan berdaya tahan!

𝙎𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙩𝙪 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙟𝙪𝙖𝙡 𝙢𝙖𝙙𝙪 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙠𝙡𝙖𝙞𝙢 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙣𝙖𝙜𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙬𝙚𝙩 𝙢𝙪𝙙𝙖. 𝙝𝙖𝙝𝙖

Isnin, 27 November 2023

Tulis Khat di Mug, Keinginan Kraftangan Yang Sudah Lama Terpendam


Saya dari dulu nak buat benda-benda yang berkaitan dengan seni dan kraftangan macam ni. Tapi kekangan masa dan tiada ilmu, jadi niat hanya sekadar harapan saja.
 
Kemudian ambil keputusan sambung belajar di UIN Ar-Raniry, Banda Aceh. Masuk pertandingan kaligrafi di sana. Ternyata pengiktirafan Johan Khat Peringkat Negeri Perak 2007 antara Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) tidak menjanjikan kemenangan selanjutnya. Malah kalah dan paling corot. Sedih gilaaa...

Isnin, 22 Februari 2021

Ingatan Malu Berbalut Rindu



Ada beberapa peristiwa dalam hidup saya ketika dalam pengembaraan menuntut ilmu di negeri seberang, yang mungkin sebahagian orang telah ku ceritakan. Atau juga mungkin telah pun tertulis di dalam kanvas maya ini.

Yang kadang-kadang saya menjadi rindu dan tersenyum sendiri apabila mengingatnya. Mungkin kerana ia adalah sebuah perasaan yang agak lama sirna dalam hidup, atau satu perasaan melankolik yang berlegar-legar dalam hati.

Beberapa peristiwa silam yang saya ingin kongsikan, yang boleh jadi sebagai perkongsian rasa dalam hidup bagaimana saya sebagai seorang penghafaz al-Quran, yang kembali ingin berkhidmat dengan dunia pendidikan al-Quran dan juga tidak mahu berpisah dengan kehidupan al-Quran.