Ahad, 27 Mei 2012

Positifkan Fikiranmu


"Dan juga pada diri kalian, Apakah kalian tidak memperhatikan."
[Az-Zaariat: 21]

Di dalam kitab karangan Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawy, beliau berkata:
"Fikiran adalah alat ukur yang digunakan oleh manusia untuk memilih sesuatu yang dinilai lebih baik dan lebih menjaga masa depan diri dan keluarganya."
Beberapa hari yang lalu, saya ada berdiskusi dengan beberapa orang sahabat baru di alam maya. Alhamdulillah, mereka adalah orang-orang yang sentiasa berfikir untuk menjadikan umat lebih baik dan mencuba menyelesaikan masalah daripada ilmu yang mereka miliki. 


Mereka juga adalah orang yang luar biasa yang mempunyai pengetahuan yang secara langsung, bagi pengamatan saya sendiri, mereka adalah orang yang kuat membaca, baik membaca buku atau membaca keadaan sekeliling mereka sendiri. Istilah lain adalah kepekaan mereka terhadap suasana sekeliling ataupun apa yang terjadi.

Mungkin ada beberapa istilah penyakit baru yang dimiliki oleh manusia secara tidak sedar. Baik orang awam mahupun manusia itu sendiri. Isu yang menjadi perbincangan hangat pada minggu ini berkaitan dengan individu, Irshad Manji, seorang tokoh liberal yang mempunyai penyakit lesbian yang mengaku dirinya adalah seorang reformis Islam. Isu lain juga adalah mengenai "Religious Skepticm" dan "Daie Skepticm". 

Sesuatu yang saya baru jumpai di dalam pembacaan saya adalah:
"Pada tahun 1986, hasil penelitian di Fakulti Kedoktoran di San Francisco menyebutkan bahawa lebih 80% fikiran manusia bersifat negatif. Hasil penelitian ini menguatkan pernyataan bahawa nafsu cenderung menyuruh ke arah kemungkaran (ammarah bi as-Su'). Dengan pengiraan sederhana, 80% dari 60,000 berjumlah 48,000 fikiran yang negatif. Semua itu akan mempengaruhi jiwa, perasaan, perilaku serta penyakit yang mendera jiwa dan raga." (Sumber: Buku Terapi Berpikir Positif, Dr Ibrahim Elfiky)
Jadi merujuk kes di atas, semua yang terjadi adalah berkait rapat dengan pemikiran-pemikiran negatif yang di ransang oleh nafsu kita sendiri. Pada akhirnya kita dipengaruhi oleh fikiran-fikiran kita sendiri. Rasional kita di buang jauh-jauh semasa emosi mempengaruhi jiwa. (Anda juga merasakan sebegitu bukan?)


Namun begitu, perlu kita sedari, pengaruh di sekeliling kita sangat-sangat mepengaruhi daya fikiran kita. Saya juga ada berdiskusi dengan seorang adik junior, yang tahun ini beliau mengambil SPM. Beliau hanya memikirkan untuk sambung belajar hanya untuk mendapatkan pekerjaan. 


Saya mengerti, beliau hanyalah seorang remaja yang masih mencari identitinya. Namun saya telahpun bercerita mengenai ketokohan dua orang yang sangat rapat dengan Nabi SAW, Khadijah dan Abdurrahman Bin Auf (Semoga Allah meredhai mereka berdua). Ketokohan Khadijah kerana dia seorang CEO syarikatnya sendiri sebelum di ambil oleh oleh suami beliau. Ketokohan Abdurrahman Bin Auf, yang beliau meninggalkan seluruh hartanya di Mekah dan di Madinah, dengan kepakaran perniagaan yang beliau miliki, beliau telah menjadi orang terkaya di negara Madinah. 

Sebab? Mereka berfikir positif dan merancang apa yang perlu dilakukan. Ilmu atau kelebihan (potensi) yang ada pada diri mereka, digunakan dan dapat memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Adalah sesuatu yang tidak mustahil apabila menggunakan kelebihan yang Allah berikan kepada kita, kekuatan akal. 


Di dalam kitab Quwwatul Tahakkum fil dzat, ada satu kalimat bijak pandai dari Falsafah India Kuno:

"Hari ini anda tergantung pada fikiran yang datang pada saat ini. Esok, anda akan ditentukan oleh kemana fikiran anda membawa anda"
Bangkitlah dan binalah fikiran anda untuk masa depan anda, keluarga dan Islam. Anda lah yang mencorakan sejarah diri anda sendiri. Semuanya berada di fikiran anda. gunakanlah 20% fikiran yang positif itu untuk membawa anda dan orang lain kearah jalan yang lebih baik.

Berdoa dan mohonlah kepada Allah agar diberikan ketenangan dan diberikan pilihan yang baik. Anda menentukan sama ada jalan itu yang terbaik buat anda sendiri. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemberi dan Maha Kaya.

Siapa tahu, hari esok..

Tapi rancanglah dengan rapi,

Moga hari esok milik anda...

"Sungguh! setiap kesulitan ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan, tetaplah bekerja untuk urusan yang lain pula"
(Asy-Syarh: 6-7)

Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima

Tiada ulasan: