Khamis, 19 Julai 2012

Tragedi Sahur


Dulu....

"Yeop, bangun... sahur." Opahku mengejutkan.

"emmm..."

Ternyata graviti tilam di katil lebih kuat 10x ganda dari graviti Bumi.

"Yeop! turun makan!" 

Bebelan Ummiku kembali. Graviti arahan itu lebih kuat 20x ganda dari katil itu. Bangkit dari tidur, basuh muka. Kejut adikku, Aman dan Ehsan

Muka monyok, turun tangga... muka sememeh. 

Mengantuknya....

Lepas sahur, sambung tidur balik. Subuh? Lebuh!

Tapi itu dulu... sewaktu kecil.



Sekarang....


Muhsin.. Amin... Jannah...Syirah..Bangun! Yeop dah siap masak makan sahur...! Laungku dari bawah.

Adik perempuanku Solehah sedang mengambil pinggan mangkuk, Ummi Ayah dah siap turun. Kali ini ayah dan ummi pula kena kejut oleh anak-anaknya. 

Jam menunjukan jam 4.45 pagi. 

Empat orang adikku belum lagi turun. Saya mengambil keputusan untuk naik ke atas. Mengejutkan mereka. Kalau adik perempuan, tarik tangan bagi bangun, itu Jannah, kalau Insyirah... Tarik pipi dia bagi bangun. Degil nak bangun. Biasalah, budak kecil. 

Berlainan situasi dengan budak lelaki. Muhsin dan Amin. 

'Ooo tak bangun lagi....' 

Tersenyum nakal. Akal pula menunjukkan 'signal'.

"Muhsin.. muhsin, Amin.. amin, bangun, lagi 3 minit dah nak habis sahur ni, makanan pun dah nak habis. orang dah siap-siap nak pergi surau. Cepat-cepat..." 

"Hah!" Cepat mereka bangkit dari tidur. Segar!

Lari-lari anak mereka ke bawah. Sampai ke dapur, Ummi dan Ayah senyum. Saya ketawa. Hahaha 

"Yeop tipu..." Kata kedua-dua adikku.

"Mana ada tipu, helah je. Hahaha"

Selepas Sahur....

Mereka naik keatas sambung tidur, saya membasuh pinggan mangkuk. Tolong Solehah mengemas tempat sahur. Ummi dan ayah pula siap-siap membersihkan diri. 

Selesai membasuh pinggan, saya ke atas. Masuk ke bilik, terlihat Jannah membuka laptop saya. Tahu pula password saya. Kelebihan Jannah ni cepat menghafal dan cepat mengingat apabila dia melihat sesuatu. Dia bermain game buat kek di laptop. Adik lelaki dua orang tu sudah tidur. Siap berdengkur!

'Hampeh punya budak.' Gerutu saya di dalam hati. 

"Muhsin! Bangun! Pergi mandi. Dah nak subuh ni...." 

"Alah Yeop, mengantuk lagi ni. Azan nanti Muhsin bangun. Alah! Yeop dulu pun macam tu jugak!" Dia menarik selimutnya kembali.

Saya menarik selimutnya, menyuruhnya bangun.Paksa! Dan tiba-tiba idea muncul.

"Muhsin, nak hilang mengantuk, kena lompat bintang 20 kali!"

"#$@%^(*!" Dia merungut.

Dan dia pun melakukan aksi lompat bintang. Dengan mempunyai tubuh badan yang besar dan lemak di sana sini, bergoyang-goyang seluruh tubuhnya!

Saya dan Jannah ketawa terbahak-bahak. Tuan punya badan pun tergelak. Namun ada satu hal yang menarik perhatian saya dan Jannah sewaktu Muhsin melakukan lompat bintang, Kami terpandang cermin bilik dan terlihat ada seorang perempuan belakang rumah sedang mengintai aksi Muhsin. Setelah kami menoleh, perempuan itu perasan lalu menutup tingkapnya. Muhsin ketahuan lalu meniarap di lantai lantas malu. Merah wajahnya. 

Setelah itu kami ketawa bersama. Kejadian sahur yang tidak dapat di lupakan tahun lepas.

Bukan senang ingin mendidik adik yang terikut jejak langkah abangnya.

Susah, namun kita sebagai abang juga kakak, banyak idea timbul untuk mereka tidak mengikuti kesalahan kita yang lalu.

Ada berbagai cara...

Yang penting kasih sayang, 

Bukan dengan cercaan dan makian.

Sungguh! 

*Balik ni rasa nak buat lagi. =)

Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar

+Besok sudah mulai solat terawikh. ;)

Tiada ulasan: