Terkadang kita sering lupa, sesuatu yang kita anggap remeh. Kita ingin menjaga hati ramai orang sedangkan kita tidak menjaga perasaan Tuhan. Kita abaikan DIA, DIA abaikan kita. Kita jauh dari-Nya, maka hubungan dengan sesama manusia pun akan berantakan.
“Tidaklah hambaKu mendekat kepadaku sejengkal melainkan Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Tidaklah hambaKu mendekat kepadaKu dengan berjalan melainkan Aku akan mendekat kepadanya dengan berlari dan sebagainya”. (Muttafaqun Alaih)
Ingatlah, sesungguhnya dengan menjaga hubungan dengan Tuhan, hubungan dengan manusia juga terjaga.
Kita sebagai pemimpin, ingatlah. Jawatan itu amanah, bukan satu kebanggaan. Berhati-hatilah!
Dalam sebuah perjalanan organisasi, ada mehnah dan ujian. Antaranya ujian kebanggaan. Kebanggaan kerana mendapat kerusi panas yang di inginkan.
Saya tegaskan di sini, jawatan itu amanah, bukan satu kebanggaan!
Saya agak hairan dengan beberapa orang yang inginkan jawatan dalam organisasi. Bukanlah ingin menakut-nakutkan tentang bahana amanah, namun sebagai orang yang memegang amanah beberapa tahun ini, saya merasakan ia bukan satu kebanggaan, ia adalah satu bebanan yang harus saya pikul. Berat tapi saya harus kuat.
Ujian amanah ini ujian yang diberikan oleh Allah swt. Secara realiti, yang mempunyai penyakit hati, ada saja yang mahu di banggakan dengan jawatan. Moga Allah swt menjauhkan diri kita dari sifat mazmumah itu.
Amanah, ia di sertai dengan tanggungjawab. Dan dengan tanggungjawab itu, ia boleh melaksanakannya dengan seikhlas hati. Setulus hatinya dan sekuat kudratnya.
Janganlah kita lupa kepada DIA yang memberi ujian. DIA lah yang memberi kita kekuatan untuk kita memikulnya. Siapa lagi yang mahu kita memohon kekuatan melainkan DIA. Hanya DIA. Makhluk lain tidak akan mampu memberikan kita kekuatan.
Dekatilah DIA, maka DIA akan mendekatimu. Kenalilah DIA, nescaya DIA tidak akan melupakanmu.
Jawatan itu amanah, bukan kebanggaan.
Carilah kekuatan, bukan kelemahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan