![]() |
| Kota Jakarta |
Sudah lama ingin ku tuliskan, pengalaman berada di Bumi Jakarta, ibu negara Indonesia, di kepulauan Jawa. Ku pendamkan sehingga aku menguak kembali status-status ku di mukabuku. Jakarta Aku Datang banyak ku nukilkan mengenai perjalanan berada di sana. 4 hari 3 malam.
Pergi dengan sehelai sepinggang. Aku bukan orang yang berada. Aku hanya pergi kerana ada tugas yang mahu di selesaikan di sana. Kerana tugas sebagai Yang Di Pertua PKPMI-Cawangan Aceh bukannya mudah. Semuanya terasa berat di bahu, juga di hati.
Berbekalkan Rp 200,000 (Sekitar RM70), ku menyebut bismillah, aku tawakkal kepada Allah swt, permudahkanlah urusanku ketika di sana. Memejamkan mata, meninggalkan bumi Aceh, seketika. Dan aku meninggalkan sahabat-sahabatku, di bawah perlindungan Allah swt.
Bertolak pada jam 6 pagi dengan menggunakan pesawat Sriwijaya Air, sampai ke Medan jam 7 pagi. Perut masih tidak di isi. Cuba menahan diri dari makan untuk menjimatkan wang yang ada. Ku berharap, adalah rezeki dari Allah swt yang datang kepadaku.
Setibanya di lapangan Terbang Polonia, Medan, pak cik di seat sebelah mengejutkan ku. Mungkin beliau fikir saya adalah penumpang transit. Saya melemparkan senyuman saja padanya. Lalu menutup mata kembali, sehinggalah pesawat kembali di ruang udara.
Syukur kepada Allah swt, saya sampai ke Jakarta. Mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Saya hanya tidur selama berada di pesawat. 4 jam berada di dalam pesawat, sungguh meletihkan. Namun alhamdulillah, sebelum ini saya telahpun berada di Jakarta pada tahun 2010 yang lalu, jadi untuk bergerak di dalam lapangan terbang, sudah tahu selok belok jalan.
Tidak banyak perubahan, tetap sama setelah dua tahun meninggalkan Bumi Jakarta. Setelah pergi ke tempat mengambil bagasi dan mengambil beg kembara, baru saya terfikir, siapakah yang mengambil saya di sini. Saya cuba menghubungi rakan saya lewat sistem pesanan ringkas, (SMS), namun jawapannya agak mengecewakan.
"Tidak ada yang mengambil, pergi sendiri, naik teksi. Nanti jumpa kat Malaysian Hall."
"Tidak ada yang mengambil, pergi sendiri, naik teksi. Nanti jumpa kat Malaysian Hall."
Frust, sedih, kecewa. Namun, pasrah dengan keadaan. Saya cuba mencari mana-mana pengangkutan yang boleh membawa saya menuju ke destinasi. Saya terus ke kaunter 'Blue Bird'.
"Mbak, saya mahu pesan satu mobil. Saya mahu ke Malaysian Hall."
"Bisa mas, ini kami punya katalog, bisa mas lihat di sini mahu pake mobil apa. Di sini kami menyediakan perkhidmatan yang enak untuk pelanggan kami."

Bila buka katalog, saya ingatkan teksi, rupanya.
Mercedes! Roll Royce!
Harga... masha Allah!
Rp 1,35 juta! Rp 1,5 juta! Rp 1.86 juta.
Telan air liur melihat harganya. Mata pula membesar kerana terkejut. Sangat-sangat terkejut. Teringat dalam dompet hanya ada 4 helai not berwarna biru. Setiap satunya Rp 50,000.
"Bagaimana mas, udah buat pilihan yang mana satu mahu pake?"
"Mbak, sebenarnya saya mahu pake teksi, ada nggak?"
"Oh, kalau Mas mahu pake teksi, tempatnya bukannya di sini, tapi di luar. Di luar kami menyediakan perkhidmatan teksi."
"Oh, kalau begitu saya mahu pake teksi. Terima kasih ya Mbak atas informasinya."
Saya melemparkan senyuman.
Alhamdulillah, berbalas. Semoga dia memahami kondisi saya pada saat itu.

Saya keluar. Saya berjalan. Melihat suasana di sekeliling. Asing sebenarnya, kerana sebelum ini ada orang yang mengambil. Saya melihat ada bas yang mahu melalui jalan utama. Namun tidak saya berani untuk mengambil bas, oleh kerana takut nanti sesat entah kemana. Saya tidak tahu.
Saya nekad. Teksi!
Banyak 'ulat-ulat' yang mencari pelanggan. Saya buntu, tak jumpa taksi. 'Ulat-ulat' semakin memaksa. Saya tidak mahu beri harapan untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Saya berada di belahan dunia lain, bukan di Aceh. Saya harus memahami keadaan saya sekarang.

Takutnya saya terjerat, akhirnya tersesat!
Setelah agak jauh berjalan, barulah saya jumpa teksi. Namun bukanlah perkhidmatan dari syarikat Blur Bird, tapi syarikat Borobudur. Taksi di Indonesia ada dua warna: 1 berwarna biru, satu lagi berwarna putih. Namun biru lebih dipercayai dari putih. Taksi Borobudur berwarna biru.
Alhamdulillah, lega. Akhirnya berjaya mendapatkan taksi. Selesa. Aman. Melihat pemandunya pun, sudah tahu syarikat ini menjalankan perniagaannya dengan profesional.
"Mas, ke Malaysian Hall ya!"
"Baik!"
Alhamdulillah, lega. Akhirnya berjaya mendapatkan taksi. Selesa. Aman. Melihat pemandunya pun, sudah tahu syarikat ini menjalankan perniagaannya dengan profesional.
"Mas, ke Malaysian Hall ya!"
"Baik!"
Tangannya menekan punat meter harga.
"Mas, Malaysian Hall jauh nggak dari sini?"
"Lumayan dekat aja Mas."
'Alhamdulillah, moga cepatlah sampai. Mudah-mudahan tidak mahal.'
"Mas, Malaysian Hall jauh nggak dari sini?"
"Lumayan dekat aja Mas."
'Alhamdulillah, moga cepatlah sampai. Mudah-mudahan tidak mahal.'
Hatiku cuba menenangkan jiwaku.
Mata melihat suasana sekeliling. Sudah lebih 10 KM, namun masih lagi dalam kawasan lapangan terbang. Mata melihat meter yang sedang berjalan. Bertambah dan bertambah nilai. Bertambah juga resah di hati.
Setelah 17KM, barulah berjumpa toll keluar dari lapangan terbang, namun meter menunjukan, Rp 35,000!
Allahu akbar! Mahu keluar dari lapangan terbang saja sudah Rp 35,000.
Hati menenangkan jiwa yang sudah tidak keruan.
Bilangan nilai di meter semakin bertambah.
Jiwa semakin tidak tenteram.
'Ya Allah! Semoga aku selamat sampai dan permudahkanlah urusanku.'
Jantung berdegup kencang.

Tiba-tiba teringat seseorang berpesan sebelum berangkat.
"Bila pergi bermusafir, pastikan ada duit lebih, takut nanti banyak duit nak kena pakai...takut nak guna waktu emergency..."
Dan air jernih mula mengalir....
"Bila pergi bermusafir, pastikan ada duit lebih, takut nanti banyak duit nak kena pakai...takut nak guna waktu emergency..."
Dan air jernih mula mengalir....
Lidahku mampu menyebut.
"Allah...!"
Bersambung......
"Allah...!"
Bersambung......
"Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari ketentuan Allah jika Dia mengkhendaki bencana keatas kamu atau menghendaki rahmat keatas dirimu?." Mereka itu tidak akan mendapatkan perlindungan dan pertolongan selain dari Allah."
(QS: al-Ahzab: 17)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan