Belum terlambat untukku menulis tentang peristiwa bersejarah dalam Islam. 17 Ramadhan 1432 H. Sudah 1430 tahun perang itu terjadi. Hari ini dalam sejarah yang takkan dilupakan. 1000 orang tentera Musyrikin VS 313 tentera Muslimin.
Sesuatu yang indah dari rasa kemenangan Islam. Sujud syukur penduduk Madinah tatkala mendengar kemenangan tentera Islam. Tidak dapat di bayangkan rasa syukur umat Islam ketika itu. Air mata kemenangan yang di raih. Tasbih dan tahmid di laungkan, memuji kebesaran Allah. Tiada siapa yang menyangka, kelompok kecil yang kurang kelengkapan perang dapat mengalahkan tentera yang 3 kali ganda besar.
Bergegar singgahsana Mekah. Bermula rasa gempa di singgahsana Parsi. Tersentak maharaja Rom. Kemenangan Islam memecah keheningan ruang darat dan laut Bumi. Cahaya Ilahiyyah tersebar kali kedua setelah kelahiran Nabi SAW. Petanda rahmat ke seluruh alam. Malapetaka bagi kafirun dan musyrikun.
Menangis melutut para sahabat atas kemenangan ini. Lelah hilang tatkala mendengar khabar mereka dijamin masuk Syurga. Ganjaran yang tidak di sangka-sangka. Yang melutut segera sujud. Sesuatu yang indah terlahir dari rasa hamba. Menang! Tiada kata yang dapat di ungkapkan lagi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar! La ilaha Ilallah. Bergema di lapangan Badar...
1400 tahun berlalu... Semuanya kembali asing. Awan berarak pantas. Siang malam silih berganti. Bulan dan matahari bertukar tempat. Semuanya menjadi saksi kemenangan dan kejatuhan Islam. Bangkit dan jatuh kembali. Dan akhirnya jatuh pada 1928. Berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Air mata kaum muslimin menitis lagi. Islam asing kembali. Tapi di dalam hati, semuanya peraturan Ilahi. Sejarah kembali berulang. Allah ingin menguji kaum Muslimin.
Ingatkah kalian, tentang kaum muslimin sebelum berpindah ke Madinah. Mereka di siksa dengan siksaan yang tidak pernah di saksikan pada zaman itu. Zaman ini pula, kita pula di siksa dengan mental. Seluruhnya kita bertukar rupa kembali. Kembali ke zaman jahiliyyah. Dua kelompok kembali bertemu. Musyrikin dan Muslimin. Neo-Jahiliyyah memainkan peperangan yang hebat. Tidak mahu Islam kembali bangkit, seperti Islam zaman Rasulullah.
Sesungguhnya, janji Allah tetap benar. Yang Haq tetap Haq, dan yang Bathil tetap bathil. Tidak boleh bercampur antara keduanya. Ujian buat kaum muslimin untuk kembali sebenar-benarnya kepada-Nya.
Ingatkah kalian tentang doa Nabi sewaktu Badar.
"Ya Allah, jika pasukan ini hancur pada hari ini, tentu engkau tidak akan di sembah lagi ya Allah, kecuali jika memang engkau mengkhendaki untuk di sembah untuk selamanya hari ini."
Nabi adalah seorang Rasul, tapi lihatlah sifat kehambaan seorang Nabi. Beliau pemimpin, tapi tetap sujud dan merendah diri kepada-Nya. Beliau adalah nabi kita, Nabi dan Rasul penutup untuk kita. Tiada lagi Nabi setelah ini. Cukuplah beliau meninggalkan legasi terakhir untuk umatnya. Hanya dua, Al-Quran dan Sunnah. Bukan harta, bukan pangkat.
Sejarah kembali berulang. Menunggu lahirnya kembali seorang yang seperti Muhammad, seorang yang seperti Salahuddin al-Ayubi dan lahirnya kembali seorang Muhammad al-Fateh. Kita masih di program. Tapi waktu kemenangan sudah hampir tiba. Akan di pisahkan antara haq dan batil.
Tiada siapa yang akan mengubah takdirnya kerana kita hanyalah mentadbirkan urusan-Nya. Akan tiba saatnya... Suatu hari nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan