Jumaat, 20 Mei 2011

Mulianya Hati Seorang Isteri Mujahid


Menjelang waktu Isyak, mujahid tua itu memasuki Madinah dengan kuda yang dinaikinya. ketika dia menyusuri jalan-jalan di Madinah, di dapati kehidupan tidak berubah. Walaupun dia pulang ke Madinah setelah 30 tahun meninggalkannya, ingatannya masih tajam. Dia menemui jalan kembali ke rumahnya. Rumahnya yang sangat sederhana itu, pintunya sedikit terbuka dan kelihatan sepi. 

Kegembiraan mennguasai dirinya, kerana bakal bertemu kembali dengan isteri tercinta setelah sekian lama terpisah. Sewaktu dia meninggalkan isterinya dahulu, isterinya masih muda dan sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka.

Lelaki itu meninggalkan Madinah kerana tuntutan jihad. Dia berangkat bersama tentera Muslimin ke satu destinasi yang amat jauh di Asia Tengah meliputi Bukhara, Samarkand dan daerah disekitarnya. Pemergiannya ittu berlandaskan tekad dan tawakal kepada Allah SWT.

Anak lelaki penghuni rumah itu terkejut tatkala melihat seorang lelaki asing yang masuk ke dalam rumah mereka. Di tengkingnya lelaki tua itu: "Berani kau menceroboh rumah kami pada waktu malam seperti ini wahai musuh Allah!?" Tegasnya lagi: "Demi Allah, aku takkan melepaskanmu kecuali di hadapan Hakim!"

Lelaki itu mempertahankan haknya dengan berkata: "Aku bukan musuh Allah dan aku bukan penceroboh. Ini rumahku. Pintunya terbuka lalu aku masuk."Lelaki tua itu meneruskan: "Wahai Saudara, Dengarkanlah! Rumah ini milikku yang aku beli engan wangku. Wahai orang Islam! Aku adalah Farrukh. Apakah kamu masih mengenali Farrukh yang pergi berjihad di jalan Allah 30 tahun lalu?"

Pada waktu itu, Ibu si pemuda yang sedang tidur itu terbangun oleh bunyi hiruk piruk di luar. Segera dia menjenguk di tingkap, di dapati suaminya sedang berlawan cakap dengan anaknya sendiri. Lidahnya kelu. Akhirnya dengan suara yang nyaring, dia berseru: "Lepaskan dia Rabi'ah... Lepaskan dia anakku, Dia ayahmu. Saudara-saudara sekalian, tinggalkan mereka. Semoga Allah memberkati kalian. tenanglah, Abu Abdurrahman, dia puteramu, jantung hatimu..."

Lalu, rabi'ah segera mencium tangan ayahnya...

Si Isteri, Ummu Rabi'ah menyambut suaminya dengan penuh syukur. Ummu Rabi'ah tidak menjangka mereka akan bertemu kembali setelah sekian lama suaminya pergi berjihad itu. Saat-saat bahagia antara Farrukh dan isterinya mula berputik kembali, meskipun suaminya sekarang sudah berusia 60 tahun. Pelbagai pengalaman selama tidak bersama dikongsikan  semula. Namun saat itu timbul kebimbangan dalam hati Ummu rabi'ah tentang wang yang pernah diberikan oleh suaminya dahulu yang dijanji untuk di simpan. Wang sebanyak 30,000 dinar itu telah habis digunakan untuk membiayai pendidikan putera mereka.

"Percayakah farrukh bahawa pendidikan puteranya itu menelan belanja yang begitu besar?" Fikir Ummu Rabi'ah. Namun, sejurus berfikir demikian, Farrukh berkata: Aku membawa wang sebanyak 4,000 dinar. Ambillah wang yang aku simpankan kepadamu dahulu. Wang baki itu kita kumpulkan untuk membeli kebun atau rumah an kita akan ambil sewanya."

Kedengaran azan dilaungkan. farrukh bergegas bangun untuk ke Masjid. Dia bertanya: "Dimana Rabi'ah?" Isterinya menjawab: "Dia sudah terlebih dahulu ke Masjid." Seusai solat, farrukh ke raudah Nabi SAW lantas berdoa berhampiran dengan makam nabi SAW kerana betapa rindunya dia akan baginda.

Waktu itu dia melihat ramai orang yang sedang membanjiri kawasan dalam masjid bagi mengikuti kuliah seorang ulama. Dia belum pernah melihat menyaksikan pemandangan seperti itu sebelumnya. Mereka duduk mengelilingi sang alim. Sehiggakan tiada tempat kosong untuk berjalan. Antara yang hadir termasuklah orang yang sudah lanjut usianya dan anak-anak muda. Semuanya duduk menghamparkan lutut dan menghadap ulama itu.

Farrukh cuba melihat wajah ulama itu, tetapi agak sukar kerana begitu ramai orang yang mengelilinginya. Apabila majlis ilmu itu tamat dan orang ramai meninggalkan masjid, farrukh mengambil kesempatan bertanya kepada seseorang. "Siapakah Syeikh yang berceramah itu?"

Orang itu bertanya kembali: "adakah tuan bukan penduduk Madinah?"

"Saya penduduk Madinah."

Lelaki itu kehairanan. "Masih adakah penduduk Madinah yang tidak mengenali orang alim ini. " Soalnya.

"Maaf, saya sudah meninggalkan Madinah sejak 30 tahun lalu dan baru pulang dari perjalanan fi sabilillah," Jelas Farrukh.

"Dia adalah seorang tokoh Tabiin dan antara ulama yang paling di hormati, muhaddith terbilang di Madinah, Faqih dan imam kami meskipun masih sangat muda. majlis ilmunya dihadiri oleh para ulama dari segenap tempat."

farrukh bertanya dengan tidak sabar: "Tetapi saudara belum menyebutkan namanya?"

"Namanya Rabi'ah Al-Ra'yi. Ahli Madinah memanggilnya Rabi'ah Al-Ra'yi disebabkan apa jua kesulitan mengenai teks al-Quran yang tidak di fahami, maka pasti dia mempunyai penerangan yang berharga."

Bolehkan tuan memberitahu saya asal usulnya?"

"Dia adalah Al-Rabi'ah Bin Farrukh yang juga digelar Abu Abdurrahman, Sebelum beliau lahir, ayahnya meninggalkan Madinah untuk menyertai jihad fi sabilillah. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan pendidikan agama yang sempurna. saya mendapat tahu bahawa ayahnya telah pulang."

Tanpa di sedari, tergenang air mata farrukh. Sampai di rumah, isterinya Ummu Rabi'ah yang melihat suaminya menitiskan air mata lantas bertanya: "Ada apa wahai Abu Abdirrahman?"


Suaminya menjawab: "Aku melihat keadaan puteraku berada di dalam kedudukan ilmu dan kehormatan yang tinggi, tidak ku lihat pada orang lain." tegasnya.

Ummu Rabi'ah mengambil kesempatan yang amat-amat di tunggu-tunggunya untuk bertanya kepada suaminya. "Menurutmu, manakah yang kau paling sukai, wang yang banyak atau ilmu dan kehormatan yang telah di capaioleh anak kita?"

Farrukh menjawab: "Demi Allah, bahkan ilmu itu tidak layak di bandingkan dengan dunia dan seisinya." Jawabnya.

Begitulah kisah generasi Tabiin yang hidup penuh kemuliaan dan peranan seorang isteri yang mulia dalam menjalankan tanggungjawabnya tanpa kehadiran seorang suami di sisi. Hidup mati mereka adalah pengorbanan untuk Islam. Wallahu a'lam

Tiada ulasan: