Khamis, 26 Januari 2012

Engkau Seorang Mahasiswa

Mungkin di antara kita suatu ketika dahulu adalah seorang siswa lepasan SPM, STPM/STAM yang sedang menunggu keputusan permohonan kita masuk ke Universiti atau kolej untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi status siswa telah di upgrade menjadi Mahasiswa. 

Setelah di khabarkan anda berjaya masuk, kita melompat keriangan dengan memberitahu ibu bapa kita yang kita berjaya menempah nama di salah satu pengajian tinggi baik di dalam dan di luar negara. Sudah tentu ianya menyejukkan perut si ibu yang mengandung dan membanggakan si ayah yang pastinya mengharapkan anaknya menempa kejayaan-kejayaan dalam liku-liku hidupnya. Tapi setelah masuk ke dalam dunia mahasiswa, di penghujung 'hidup', ada tiga hal yang menjadi lumrah sebagai kehidupan mahasiswa mengikut cara hidup sewaktu menjadi mahasiswa.

1. Berjaya dengan lulus cemerlang
2. Tidak berjaya lalu di buang universiti
3. Berjaya atau tidak, dia mampu hidup di mana saja dia berada.

Hal inilah yang selalu di alami oleh seorang mahasiswa, tapi ada beberapa hal yang perlu di ambil kira dalam menjalani proses kehidupan mahasiswa demi menjamin masa depan hidup mati sebagai seorang mahasiswa. Tetapi tulisan ini di tujukan khas untuk mahasiswa Muslim. 

Cabaran mahasiswa dalam menghadapi era globalisasi yang dibesar-besarkan oleh Barat sedikit sebanyak menghancurkan identiti seorang Muslim, lebih-lebih lagi virus-virus sekular dan liberal berterbangan sehingga di anuti oleh sebahagian penduduk dunia. Jadi, mahasiswa juga tidak terlepas dari virus-virus tersebut tanpa di sedari. Agama sebagai penghalang kemajuan menjadi kata-kata yang di sebarkan pada zaman awal keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah sehingga kata-kata itu akhirnya di terima di mana-mana. Islam menjadi mangsa kekejaman yang di lakukan oleh umat Islam itu sendiri.

Namun, masih ada mahasiswa yang selamat dari hal-hal yang di sebutkan tadi, mereka cuba bangkit walaupun pergerakan mereka terbatas. Kaum kuffar tidak pernah berjaya dalam memadamkan cahaya-Nya sedikit pun dan tidak ada sedikitpun menguranginya. Di hambat dengan bermacam-macam dugaan sekularisasi dan liberalisasi sistem pendidikan yang memisahkan antara nilai-nilai Islam dan ilmu pengetahuan membuatkan ramai para pemuda dan pemudi Islam 'di bunuh' dengan kejam tapi halus oleh para musuh Islam yang pada akhirnya mereka mengaku Islam tetapi merekalah orang-orang yang menentang Islam secara terang-terangan.

Banyak dari kalangan mahasiswa-mahasiswi Muslim terpengaruh dengan budaya-budaya selain budaya Islam, berkiblatkan ideologi Barat sehingga menjadi aqidah buat diri, menolak fahaman Islam yang sebenar, akhlak mengikut akhlak Barat. Lihatlah filem-filem di Malaysia yang di sebarkan oleh media tentang kehidupan seorang mahasiswa, masuk ke Universiti, sebelum grad, bercinta dan seterusnya putus! Adakah ini sebenarnya kehidupan seorang mahasiswa?

Sedikit sebanyak serangan dari media juga mempengaruhi kehidupan seorang mahasiswa. Ibu bapa yang di lihat sebagai penjaga anak-anak tidak lagi mempunyai erti sebagai penjaga. Akhirnya anak kebanggan mereka hilang dalam gelombang lautan dunia yang merosakan dan akhirnya mereka sebagai penjaga di akhirat kelak tergamam dengan apa yang mereka lakukan.

Jadi perlunya mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah kita kecapi dahulu, yang mana sistem pendidikannya tidak lari dari nilai-nilai Islami. Menjadi mahasiswa adalah suatu tanggungjawab dalam dunia akademik bagi memastikan kelancaran dan keseimbangan ilmu terjamin, akan tetapi apabila tiadanya nilai-nilai Islam di dalamnya, maka terjadilah pembunuhan yang amat kejam sekali pada mahasiswa-mahasiswi Muslim. 

Bagi memastikan kelancaran kebangkitan ini berlaku, setiap mahasiswa Muslim harus menyedari tentang karekter pembunuhan ini. Setiap langkah yang perlu di ambil kira dan memastikan perjalanan ini rapi dan terurus. Adanya halaqah-halaqah atau Usrah yang menjadi dasar mengenali Islam secara lebih dekat dan praktis. Jadi dengan adanya kesedaran ini, maka walau dimana pun mereka berada, mereka akan menjadi manusia yang sentiasa diperlukan oleh masyarakat yang lain serata dunia.

Tidak dapat di sangkal lagi, tamadun Islam pernah mencapai kegemilangan beberapa kali dan melahirkan beratus-ratus malah beribu-ribu sarjana yang berkualiti dari segi keilmuan dan sakhsiyyah yang tinggi. Apabila nialai-nilai Islam diterapkan sejak awal pendidikan, kekuatan agama akan melekat di dalam diri, Aqidah Islamiyyah berakar kuat dan ianya menjadi satu identiti kepada umat Islam, bahkan dengan adanya aqidah Islamiyyah ini, tidak kira warna kulit atau bangsa, pasti tetap di hormati dan di sayangi. 

Jangan tertipu dengan status mahasiswa dan menganggap status itu adalah kebanggaan bagi kita tetapi sebenarnya ianya adalah amanah yang dipertanggungjawabkan dan sebagai sebuah persediaan sebelum turun ke lapangan masyarakat. Mahasiswa yang hidup adalah mahasiswa yang mampu memberikan manfaat kepada orang lain dan menghidupkan hati-hati yang ingin kepada Islam. 

"Mahasiswa Pencetus Kebangkitan Ummah"

Salam Jumaat,
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin,
BlangKreung, Banda Aceh
11.42 WIB.

2 ulasan:

A.Qasrina.R berkata...

Assalamu'alaikum Wbt.

Penulisan adalah antara santapan minda yang bermanfaat. Hakikatnya, Mahasiswa Agen Perubah, juga mampu menjadi Agen Pemusnah..

Sekadar sebuah jengahan minda: Sejauh mana Institusi Pendidikan HARI INI mampu melahirkan Mahasiswa Berminda Kelas Pertama? =)

Wallahu'alam.

Abdullah Hakimi berkata...

Waalaikumussalam wbt...

Mahasiswa sebagai agen perubah dan ada juga agen pemusnah. Oleh sebab itulah mahasiswa yang diberi kesedaran inilah yang mencuba untuk MAHU dan MAMPU menyelamatkan sahabat-sahabatnya dengan UBAH sistem yang menghancuskan generasi muda ini dengan menggantikannya dengan sistem yang lebih baik. Nilai yang ada oada Islam itulah yg perlu di serapkan di dalam sistem pendidikan kita sekarang ini.

Wallahua'lam