Khamis, 19 April 2012

Dilema Pemuda Atau Jadi Orang Tua



"Saya rasa tertekan, saya rasa tidak mampu lakukannya..." kata seorang pemuda yang masih hijau di alam mahasiswa.

"Saya tidak ada masa untuk berpersatuan, saya mahu menumpukan pengajian..." kata seorang pelajar 

"Saya kasihankan ahli-ahli, mereka kepenatan menguruskan kehidupan mereka sehari -hari." kata seorang pimpinan di sebuah persatuan


"Saya rasa kita tak mampu lakukannya..." Kata sang ketua di sebuah organisasi.

CUKUP!!!

HENTIKAN SEMUA KATA-KATA ITU!!!

Artikel ini di tulis apabila saya sudah menghabiskan pembacaan saya terhadap dua karya yang harus di baca oleh para pemuda pada masa ini. Dua karya itu berjudul, 'Jiilun Nashr al-Manshuud' atau di dalam edisi bahasa melayunya berjudul "Pemuda Islam Yang Di Janjikan" hasil tulisan Presiden Ulama' Sedunia, Profesor Dr, Muhammad Yusuf al-Qaradhawi. Satu lagi buku berjudul "Hatta Ya'lama Asy-Syabab" atau dalam edisi bahasa melayunya, "Sehingga Para Pemuda Mengerti" karya Asy-Syahid Dr Abdullah Nasih Ulwan, (Moga Allag meredhai mereka berdua.)

Kata-kata di atas adalah sebuah kata-kata yang pernah saya dengar sendiri, pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Tetapi saya belajar dalam erti hidup sebagai seorang pemuda. Semua itu mengajarkan erti "Usaha Tangga Kejayaan." Saya juga di didik oleh beberapa orang pemuda di kampus, tempat saya kuliah sekarang ini, yang mereka mempunyai semangat juang yang tinggi. Tak kenal erti lelah dan sentiasa bersedia menghadapi hari-hari yang bakal menjelang.

Sekarang saya berada di suatu zaman di mana para pemuda seperti pemikiran orang tua. Pergerakan agak terhambat, strategi kurang maksimum dan hasilnya, kerugian yang amat besar bagi seorang pemuda, kurang pandai dalam menguruskan waktu. Ini menyebabkan ramai di kalangan para pemuda hilang pertimbangan sebagai seorang pemuda. Jiwanya tidak di asah, hatinya tidak kuat dan tidak bersedia apa yang akan berlaku. Sehingga terjadinya krisis identiti sosial pemuda itu sendiri. 


Kenapa ini berlaku?

Krisis ini berpunca dari sikap mementingkan diri sendiri, tidak pandai menguruskan aktiviti dan waktu sehariannya, kurangnya pengetahuan mengenai dunia, kurangnya membaca, kurangnya beraktiviti berkelompok (diskusi, perbincangan, riadhah, rehlah dan sebagainya) dan lalai dalam setiap langkah yang di ambil. 

Kebanyakkan para pemuda sekarang suka mengambil sikap sambil lewa, suka kepada hiburan dan membuat aktiviti yang tidak berfaedah. Duduk di laptop atau ke Cyber Cafe 24 jam, berpacaran, jalan-jalan ke shoping complex dan menonton filem-filem yang tidak bermanfaat. Ini menyebabkan penggunaan minda tidak dapat di asah dengan baik. 


Kebenaran

Pemuda hilang identitinya yang tersendiri,lebih-lebih lagi yang melanjutkan pengajian ke lebih tinggi baik di institut mahupun di universiti-universiti di dalam mahu pun luar negara. Ingatlah bahawa tanpa adanya pemuda, dunia ini akan bergerak lambat, lesu dan kemungkinan tidak berubah.

Dunia adalah milik anak muda! Mereka adalah pemain di panggung dunia yang akan mencatur lanskap sosio politik, dengan kepongahan mereka juga dunia menggelegak dengan pergolakan dan pertarungan. tanpa pemuda, dunia akan sesepi bintang di langit malam atau seperti tanah kuburan.

Lihatlah, siapa yang mendokong Nabi di zaman-Nya?
Pemuda!

Lihatlah siapa yang menawan India?
Pemuda!

[Muhammad Qassim, 17 Tahun]

Lihatlah siapa yang menakluk kota kubu terkuat dunia, Konstantinopel?
Pemuda!

[Sultan Muhammad II Bin Murad Al-Fateh, 21 tahun]

Siapa yang membebaskan tanah suci Palestin!
Pemuda!

[Salahuddin al-Ayubi]

Kejayaan

Lihatlah, berapa ramai pemuda/i yang menemui syahid dalam mempertahankan maruah agamanya? Sewaktu pemuda pemudi Islam masih lagi bercengkerama dengan cinta dan perasaan, masih ada yang bertempur melawan kezaliman dan mempertahankan aqidah serta menyeru orang lain melakukan kebaikan. Mereka adalah orang yang paling pintar, mereka paling sibuk di organisasi-organisasi, merekalah yang duduk di barisan hadapan. Merekalah yang sibuk bertahajjud di sepertiga malam. 

Inilah gambar pemudi-pemudi yang syahid
Berikut adalah nama-nama di antara pemudi-pemudi yang cemerlang di dunia, hebat di dalam organisasi dan bergerak bersungguh-sungguh di serata tempat mengajak orang lain kebaikan:
  1. Asy-Syaahidah Wafa' Binti Idris, 28 tahun
  2. Asy-Syaahidah Dareen Abu Ayseh; 21tahun
  3. Asy-Syaahidah Ayat Muhammad Al-Akhras; 18 tahun
  4. Asy-Syaahidah Andaleeb Takafka; 20 tahun
  5. Asy-Syaahidah  Hiba Al-Daraghma: 19 tahun
  6. Asy-Syaahidah Hanadi Taisir Jaradat, 29 tahun
  7. Asy-Syaahidah Reem Soleh Ar-Riyashi, 21 tahun
  8. Asy-Syaahidah Zainab Abu Salem, 18 tahun
  9. Asy-Syaahidah Merfat Mas'ud, 18 tahun
Semuanya telah syahid menemui Ilahi. (Subhanallah) 

Saya juga ada membaca buku karya Ustaz Syaari Abd Rahman, Kepemimpinan Al-Fateh. Sultan Muhammad menakluk Konstantinopel, kota dan kubu paling terkuat dunia pada umur 21 tahun. Beliau menggunakan imiginasi dan kuasa kehendak beliau sebagai seorang pemuda sehingga beliau sebelum bergerak melakukan ekspedisi menaklukkan kota tersebut, beliau sukar tidur malam kerana semangat imiginasi dan kehendak yang tinggi agar segala-gala yang di imiginasikan oleh beliau terlaksana.

Bayangkan dengan semangat dan kehendak beliau, beliau mengarahkan tentera-tenteranya memindahkan 70 buah kapal ke Tanduk Emas dalam satu malam? Setiap satu kapal melalui bukit mengambil masa 1.26 minit dengan jarak 9 kilometer? Bagaimana ini berlaku?

Bayangkan juga, kepimpinan diktator Suharto di Indonesia, jatuh di tangan pemuda. Revolusi Tunisia, Mesir, Yaman, Libya berjaga gara-gara pemuda. Tapi kita di sini? hilang jati diri sebagai pemuda dan tukar posisi sebagai orang tua... Sunnguh mengecewakan.



Semangat yang tidak pernah luntur adalah hasil dari ilmu yang mereka perolehi. Semangat juang yang tinggi bukanlah dari nafsu tetapi ilmu! Semuanya ilmu. Allah memberi arahan kepada kita melalui Rasul-Nya adalah    membaca. Membaca adalah kuasa. Dengan membaca, kita dapat memperoleh kejayaan. Namun, sejauh manakah kita menghayati pembacaan kita?

Wahai Pemuda!

Ingatlah, para musuh Islam setiap saat menghargai waktu. Setiap waktu mereka menghargai ilmu. Setiap waktu mereka mengkaji ilmu dengan fokus. Tapi matlamat mereka adalah untuk menghancurkan Islam. Ya! Islam! 

Sampai bilakan dirimu membelenggu di dalam dilema ini? Sampai bilakah dirimu mahu bermain dengan perasaan? Sampai bilakah dirimu ingin menyendiri memendam perasaan. Sampai bilakah? Fikir-fikirkanlah saudara-saudaraku. Berapa ramai saudara-saudara kita di luar sana bertempur untuk melawan kezaliman dan penindasan. 

Kita yang berada di sini terkapai-kapai mencari hala tuju, sedangkan mereka di sana sudah melihat apa yang perlu di jadikan matlamat. Fokus kita adalah gerak kerja Islami. menyebarkan Islam dengan memahamkan masyarakat Islam adalah cara hidup, bukan sekadar agama yang di anut. 


Kita adalah merupakan tunggak kepada masyarakat, dan peneraju penentangan terhadap musuh yang merobohkan aqidah dan kesucian Islam. Kita merupakan benteng yang ampuh yang merobohkan setiap usaha untuk melenyapkan jati diri ummah dan peradabannya. Kitalah yang mencpta sejarah!

Yakinlah dengan janji Allah, berikanlah diri dan hartamu di jalan Allah, Insha Allah, kita kan peroleh kemenangan abadi!

Tiada ulasan: