Jumaat, 13 April 2012

Kau Sentiasa Di Hati [Re-Edit] 2012


Kau Sentiasa Di Hati [Re-Edited] Full. 
By: Abdullah Hakimi
13 April 2012
MESS Malaysia, Inong Balee

Aku cuba untuk memberanikan diri ini, 
Menukilkan sebuah kata-kata yang tersirat di hati, 
Untuk Kau ketahui,
Bahawa kalian yang berada di hati ini, 
Adalah orang-orang yang ku sayangi, 
Kerana Allah matlamat kami, 
Moga bertemu di Syurga nan Abadi...

Teman yang ku sayangi, 
Kau dan aku punya kenangan,
Menaiki bahtera yang sama,
Terkadang untuk mengemudinya kita berbalah,
Terkadang kita yang menjadi salah tingkah,
Terkadang membuatkan kita menjadi khilaf,
Dalam satu perjalanan yang sama.

Temanku,
Segala kenangan kita bersama, 
Adalah sebuah pembelajaran yang tak dapat ku hilangkan,
Kekotak dan sebuah balang,
Antara dua dimensi yang berbeza,
Walau berbeza,
Kau tetap temanku,
Dunia dan akhirat,
Sentiasa di hatiku.

Teman...
Adakalanya kau gusar,
Adakalanya aku khilaf,
Adakalanya terpaksa kau dan aku menelan hempedu yang pahit,
Demi sebuah mencari sebuah jawapan,
itulah ukhuwwah kita,
Dalam mencari sebuah solusi kepada sebuah penyelesaian,
Memikirkan masalah-masalah umat,
Walau di hina, di maki,
Kita berpaut kuat mengharungi arus yang menggelora,
Terpaksa membanting tulang untuk mengemban sebuah amanah,
Tapi teman,
Kita tetap bersama.

Teman, 
Terasa sebentar ku bersamamu,
Terasa waktu itu sentiasa mencemburui orang yang berkasih sayang,
Terasa sekali antara cinta makhluk dan cinta kerana ALLAH,
Fatamorgana dan Realiti..
Dalam hal ini, 
Tiada toleransi lagi,
Kau dan aku,
Ada awal dan ada pengakhirannya,
Setiap kali bertemu,
Pasti perpisahan yang bertamu.
Lumrah kita sebagai hamba,
Itulah kita sebagai makhluk-Nya.
Ku memegang sebuah balang,
Ku isikannya dengan rasa hatiku, 
Ku tulis agar di lipatan ini,
Antara kau dan aku,
Punya sebuah memori dan kenangan,
Yang apabila kita berjumpa nanti,
Kita akan buka satu persatu, 
Lipatan-lipatan kecil ini,
Agar kau dan aku, 
Merasai bahawa nikmatnya berkasih sayang kerana Allah,

Kau dan aku,
Bagai cermin sakti,
Bagaimana peribadimu,
Begitulah peribadiku,
Adakah kita seperti Abu Bakar dan Rasulullah,
Seperti yang pernah di ungkapkan oleh Ali.

"Semoga ALLAH mengasihimu, wahai Abu Bakar. 
Kamu adalah teman rapat Rasulullah, 
sahabat setianya, 
tempat curahan hatinya, 
tempat menyimpan rahsianya, 
dan sahabat yang sering diajak bermusyawarah. 

Kamu adalah lelaki pertama yang memeluk Islam, 
o
rang yang paling tulus imannya, orang yang paling baik yang menemani Rasulullah,
yang paling banyak kelebihannya, 
yang paling mulia di masa lalu, 
yang paling mulia kedudukannya, 
yang paling tinggi darejatnya, 
dan yang paling mirip dengan Rasulullah SAW 
dalam hal petunjuk dan jalan-Nya. 

Allah menamaimu dalam kitab-Nya dengan nama 'Siddiq'. Allah berfirman: 
"Orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa" 
(Az-Zumar: 33). 

Orang yang membawa kebenaran ialah Muhammad 
dan membenarkannya adalah Abu Bakar. 
Kamu adalah orang yang paling dermawan 
di kala orang lain bersifat kikir. 
Kamu telah menemani nabi 
menghadapi berbagai kesulitan 
di kala orang lain berdiam diri. 
Kamu telah menemani Nabi 
dengan setia di masa-masa kritis 
dan menggantikan beliau dengan baik 
dan menjalankan khilafah dengan baik."

Akhirnya,
Aku cuba berdiri untuk memberanikan diri ini, 
Mengungkapkan sebuah kata-kata yang tersirat di hati, 
Untuk Kau ketahui,
Bahawa kalian yang berada di hati ini, 
Adalah orang-orang yang ku sayangi, 
Kerana Allah matlamat kami, 
Insha Allah, Moga bertemu di Syurga nan Abadi...

Di Program MIKSI '12, 13 April 2012

Tiada ulasan: