Sabtu, 14 April 2012

The Power Of Knowledge: Beramalah Dengan Ilmu


Umat Islam berpecah kerana adanya kelompok menyokong kemungkaran VS menentang kemungkaran, maka perpecahan itu adalah perpecahan yang melibatkan yang HAQ dan BATIL. 

Terdapat perbezaan antara umat Islam dan Muslim. Zahirnya mungkin sama tetapi yang membezakannya adalah ilmu. Perbezaan inilah yang menyebabkan umat Islam tidak sepakat serta mengancam kedaulatan Islam itu sendiri.
"(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna”. [Surah Az-Zumar:9]
Islam itu didaulatkan dengan ilmu, bukan dengan akal rasional semata-mata. Bukan dengan membelakangkan ilmu yang pada akhirnya terjadi sekularisasi antara agama dan ilmu pengetahuan.

Amal perlulah seiring dengan ilmu agar ilmu yang dipelajari tidak hilang. Jika tidak di amalkan, maka rosaklah dunia. Maka tidak layaklah kita menjadi Khalifah di Bumi ini.

Akhirnya umat Islam tidak akan menjadi Muslim kerana memisahkan kedua-duanya. Islam mengajarkan Iman itu sebagai dasar dalam kehidupan. Bilamana Iman itu tidak di hidupkan, maka segala kepercayaan dan pergantungan kita terhadap Allah akan menjadi pudar.

Ada yang menegakkan Islam dengan semangat yang tinggi, tetapi jahil dalam Islam, Ada yang berilmu tetapi semangatnya hangat-hangat tahi ayam. Dilema masyarakat Islam baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Puncanya adalah iman. Apabila dasar tidak kuat, bagaimana untuk meneruskan hidup. Perjalanan akan menjadi lambat dan pada akhirnya kita terhambat. 


Oleh sebab itulah, Islam mengajarkan apabila memiliki ilmu, maka amalkanlah. Baru akan ada hasil dari ilmu yang di sampaikan. Salah tak bererti dosa, dan dosa semestinya kita ada berbuat salah. Semuanya dengan ilmu. 

Kata pepatah arab yang sering kita dengar: “Ilmu tanpa amal sia-sia, Ibarat pokok tanpa buah.” Jadi bagaimanakah kita mahu member manfaat kepada orang lain. Maka, carilah ilmu, milikilah ilmu dan sebarkanlah ilmu. Itulah yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW. 
“Sebarkanlah dariku walaupun sepotong ayat”
Kita mahu kembali kepada Islam,
Tapi kita tak punya ilmu,
Manakan sama yang punya ilmu dan si jahil
Carilah ilmu, nescaya dirimu terselamat
Dari fitnah dunia dan akhirat.


Abdullah Hakimi
Blang Kreung, Aceh Besar 

Tiada ulasan: