![]() |
Gambar tahun 2006. (Seorang dari kami meninggal dunia tahun 2003) |
"Besar sungguh keluarga Tuan Zanal ni ye. 12 orang anak. Lelaki dan perempuan berapa orang?" Tanya seorang pak cik kepada saya.
"Tujuh lelaki, lima perempuan..." Senyum sinis memberi jawapan.
"Fuh... ramainya... larat ke mak kamu tu jaga semua?"
"Alhamdulillah...."
"Mak ayah kerja apa?"
"Ummi kerja sebagai guru, ayah pula tentera, di Johor."
"Masha Allah...! Siapa yang menjaga dirumah?" Terkejut dengan jawapan saya. Mungkin kerana melihat jawapan, ayah bekerja jauh.
"Kamilah yang menjaga adik beradik kami sendiri."
Rezeki Itu Allah Yang Punya
Syukur kepada Allah SWT, kerana memberi rezeki berupa adik beradik yang ramai. Bonus kembar! Saya tidak menjangkakan adanya adik kembar. Namun segalanya ketentuan Allah SWT. Pasti ada perencanaan yang telah Allah susun untuk keluarga Mejar (bakal Leftenan Kolonel) Haji Zanal Abidin dan Hajjah Ainiah.
Keterujaan ini bukan saja dari saya sendiri sebagai anak sulung! (Jangan terkejut), malah dari masayarakat sekitarnya. Pelbagai perspektif mereka mengkaji tentang keluarga besar ini. Ya! Mungkin kerana kami semua berasal dari satu bapa dan satu ibu.
Soalan yang paling sering di tanya adalah, bagaimana ibu bapa saya menjaga anak-anak yang seramai 12 orang. Bagaimanakah dengan ekonomi keluarga. Cukup atau tidak? Atau bilamana ummi dan ayah saya keluar bekerja, siapakah yang menjaga?
Paling mengujakan, anak pasangan Haji Zanal Abidin dan Hajjah Ainiah ini telah menghantar 3 orang anak ke luar negara sekaligus pada tahun yang sama. tahun 2008 yang lalu.
Segalanya berubah dengan cepat. Dan sekarang sudah hampir 4 tahun saya berada di luar negara. Dua orang adik beradik saya di Turki sudahpun hampir menyelesaikan pengajian mereka di sana. (Bulan 10 ni pulang ke Malaysia.)
Kaya?
Tidak, keluarga kami biasa-biasa dari golongan biasa-biasa. Saya ke Indonesia menggunakan wang zakat negeri untuk membantu pengajian saya di sini. Adik beradik saya yang dua orang di Turki, pengajian mereka di tanggung penuh oleh pihak sekolah. Senang cerita, Free! Tak perlu bayar se-sen pun.
Rezeki itukan milik Allah!
![]() |
Aman (baju kelabu no 2) dan Ehsan (berbaju hitam di depan) |
Dulu, sewaktu saya masih di Malaysia, saya ditugaskan untuk menjaga adik-adik di rumah. Adakalanya saya leka, namun saya tegas, walau dalam keadaan lembut. Saya perlu belajar kawal emosi dengan adik-adik. Saya belajar erti kepimpinan di sini. Saya belajar kepimpinan di rumah secara tidak langsung.
"Siapa jaga baby?"
"Kakak", Adik saya yang ketiga (turutan no 4), Dialah yang menjaga, memasak dan bagi makan. Tugasnya itu.
"Siapa yang basuh kain!?"
"Aman!" Adik sulung saya, (nombor 2)
"Siapa yang basuh pinggan mangkuk!"
"Ehsan!"
"Siapa yang mengemas rumah, sapu sampah dan cuci lantai!?"
Semua memandang saya...
"Ada yang tak puas hati ke? he..he..he"
"Siapa yang yang lipat kain?"
"Kita semua!"
Namun masih ada yang merungut dan lari masuk bilik tingkat atas sebab tak mahu buat kerja...
dan...
Telinga ini jadi mangsa tak siap kerja rumah! ha..ha..ha...
Pembahagian tugas sangat penting dalam menjalankan kerja-kerja rumah. Walaupun kami waktu itu tidak tahu berbuat baik pada ibu bapa suatu kewajipan.
Dan sehingga sekarang, kami mengamalkan hal-hal seperti itu. Yang besar bertambah dewasa. Yang kecil menjadi besar remaja. Jadi yang adik-adik yang remajalah yang menjaga rumah sekarang. Tunggu tukar turn sehingga abang-abang mereka habis belajar di oversea.
Muizzah, si budak kartun. Umur masa ni setahun setengah. Muka macam teletubbis |
Dan sekarang, kami tahu erti kehidupan, bersedia untuk kemana-mana, tahu buat apa saja di dalam rumah, keperluan apa saja yang perlu kami cari jika di rumah dan apa yang perlu kami lakukan sekiranya kami sudah berumah tangga dan punya cahaya mata.
Cahaya mata?
Ya! Kami tahu susu apa perlu di beli, nestum, biskut budak-budak makan, nak bagi apa bila baby menangis, cara tidurkan baby, dodoikan baby, dari mandi sampailah berpakaian. Hatta basuh tahi baby pun kami boleh.
Itulah hikmah adik beradik yang ramai.
Dan walaupun saya sudah berumur 23 tahun. Saya masih ada adik kecil. Bila ke dapur, saya tahu apa yang mahu saya lakukan untuk adik-adik saya.
Yang paling best, bila ada adik-adik kecil seperti Syakir dan Syukri, saya sering bawa ke tepi sungai kecil, lihat airnya yang jernih, lihat ikan-ikan, burung-burung. Pergi ke kebun, pergi cabut rumput sama-sama. Hadiahnya satu saja...
"Lepas ni yeop bawa ke Taman Permainan! Nak!?"
"Nak! Nak! Nak!...."
"Nak...Ais krim?"
"Nak! Nak! Nak...!"
"Buku!"
"Tak nak....~" Sambil mata tengok bawah, tangan pegang kepala di belakang. Buat muka sedih...
"Haip!"
Membesar dan Dewasa
Kami adik beradik, sentiasa saling bantu membantu. Di mana saja kami berada. Alhamdulillah.
Kami juga se-fikrah.
Dan kami belajar dalam erti hidup berpisah-pisah.
Tapi hati-hati kami tetap saling rindu merindui.
Kita tetap mempunyai matlamat yang sama.
Kami juga se-fikrah.
Dan kami belajar dalam erti hidup berpisah-pisah.
Tapi hati-hati kami tetap saling rindu merindui.
Kita tetap mempunyai matlamat yang sama.
Mencari redha Ilahi...
Berbuat baiklah kepada ibu bapa, sungguh! Whatever you give, Insha Allah, you'll receive feedback whatever you do!
Abdullah Hakimi @Musafir Kehidupan
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima
Berbuat baiklah kepada ibu bapa, sungguh! Whatever you give, Insha Allah, you'll receive feedback whatever you do!
Abdullah Hakimi @Musafir Kehidupan
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima
4 ulasan:
masyaAllah nak oii...tahniah kpd kedua ibubapa anda. beruntunglah mereka di dunia dan akhirat. Mkcik juga beranak ramai...tapi bila berbibik...anak2 manja sedikit..!!
Alhamdulillah, Mak cik berapa orang anak?
Kalau di Indonesia, banyak tokoh-tokoh pejuang Islam yang ramai anak dan melakukan hal seperti kami juga. Seperti keluarga Almarhum Yoyoh Yusrah. (Beliau sepeti Dr Lo'Lo' di Malaysia, meninggal tahun yang sama dengan Dr Lo'Lo. Kalau tak salah selepas Dr Lo'Lo' Meninggal.)
Yang paling penting, anak pertama hingga ke empat tahu bagaimana mahu menguruskan adik-adik kecil mereka. Biasalah kalau mula2 anak-anak ni merungut. Tapi itu satu pengalaman dan ilmu yang akan melekat sampai bila-bila.
Mkcik mmg pernah terbaca psl ustazah yoyoh seblm ini, artikel ttg perjuangannya byk ditulis sejurus beliau kembali kerahmatullah. MMg mengharukan...seorg mujahidah yg unggul. smg beliau berbahagia disana amin.
mkcik punya 8 anak, 4 lelaki 4 ppuan.mkcik pensyarh ipg, jab matematik. insyaAlh kalu ada rzqi nnt mkcik akn berurusan lg dgn ank terutma pasl pendidikn di turki krn sy dn suami sdg mrncang nak hntar anak yg sekrg berumur 11 thun k turki, tahfiz disana.InsyAllh. Mkcik jg pernah hubngi perstuan peljr msia di acheh krn mrancg lawatn k sana tapi k kerja ditolak pengarh kerana faktor2 keselamatn. masih ada ranc lg..tunggu cari sponsor kalu ada rzqi. o yer..mak dn opah mkcik asal kg nalla tronoh. Itu le ghopernya kalau dah bersogheh !!Salam nak.
Rasanya makcik yang berurusan dengan saya dulu. Sebab apa2 pun saya yang akan menguruskan orang-orang yang nak datang ke Aceh.
Terima kasih kerana mengomentar. =)
Catat Ulasan