Rabu, 6 Jun 2012

Setulus Hati Untuk Ku Cintai,


Setulus hati untuk ku cintai,
Selembut sutera ku kasihi,
Seelus bayu angin menghembus rindu,
Selama itu beralun-alun di hati,
Siapa tahu, yang merindu,
Mengingati orang yang di rindui,
Selama itu, janji terpateri,
Sahabat setia, hingga ke syurga-Nya.

Rindu,
Suka duka sendu sendawa,
Masih lagi kita bergelak ketawa,
Indahnya persahabatan laksana
Kita berada di syurga-Nya,
Susah senang di hadapi bersama,
Siapa tahu kita saling mencinta
dan satu cita.

Sungguh!
Orang yang beriman itu bersaudara,
Berjanji setia,
Bersaksikan Allah Ta'ala,
Sakit sihat duka lara,
Engkaulah teman setia,
Penawar luka dan lara.

Abdullah Hakimi
Warung Rawaa Sakti Coffee
Erti Memberi Pada Menerima

1 ulasan:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

Andai sepasang kaki ini diberi kekuatan
ingin sekali ku melangkah laju ke arahmu
cuba mencari erti sebenar cinta di mata itu
berharap agar ianya tidak akan pudar
dek kerana tempias air mata duka

sungguh!
cinta itu seperti pedang
tajam bermain kata
tajam menyentap rasa
tajam menikam diri
tajam menjadi perisai hati

dengan harapan moga cinta hati membawa ke syurga Ilahi