Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Sampai juga ke Ramadhan pada tahun ini, dan ia Ramadhan ketiga selama empat tahun berada di Bumi tanah Rencong ini.
Kali ketiga...
Ada berapa kali lagi saya akan menyambut Ramadhan di Aceh... Terasa pilu di hati. Teringat pada sahabat-sahabat seperjuangan yang sudah menyelesaikan kuliahnya di sini.
Datang ke sini bersama, pulang berbeza. Tapi perjuangan harus diteruskan. Ini ujian dari Allah, hanya yang sanggup saja yang mampu menghadapinya, akan di uji oleh-Nya.
Melihat warga Aceh di sini menunaikan solat Terawikh, tenang. Mereka masih lagi menghormati Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, moga mereka berkekalan sebegini. Namun, masih ada yang tidak mengendahkan bulan ini. Ada yang mengatakan solat Terawikh itu hanya sebatas sunat biasa. Ya, mereka tidak tahu pembahagian sunat itu ada yang menghampiri taraf wajib.
Pandangan seorang liberal sememangnya begitu.
Menolak fiqh sebagai salah satu cabang dari ilmu Islam.
Ini Ramadhan... kali ketiga...
Allahu Rabbi...
Zaman Kopiah Merah Putih
Apabila Ramadhan tiba, hal inilah menjadi satu hal yang paling gembira sewaktu di sekolah lama, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin, Malim Nawar. Menjadi imam terawikh. Siapa yang tidak mahu? Duit dapat, kebebasan juga dapat. Sebulan lamanya.
Janji, boleh keluar. Keluar dari kekongkong undang-undang dan pagar sekolah.
Semasa di cawangan, menjadi imam terawikh tukar ganti. Tidak keluar dari pagar sekolah. Hanyalah tempat yang dekat saja. Siputeh. Jalan Parit-Batu Gajah. Tidak mengapa, hanya mencari pengalaman.
2005: Sesudah pindah ke Maahad induk, dapat jadi imam terawikh di masjid Pusing. Bersama dengan sahabat yang baru sudah bersidang munaqasyah, Mohd Zaki Kassim. Nakalnya kami waktu itu sehingga kami 'menyiksa' beberapa ekor kucing untuk di jadikan bahan eksperimen.
2006: Barulah merasai imam terawikh di luar Perak, Subang Jaya di USJ 6, bersama dengan al-Hafiz dari Sekolah al-Hira', Shah Alam. Menakutkan, tapi seronok kerana di situ merupakan tempat tinggal personaliti TV, artis dan selebriti tanah air.
2007: Di minta kembali untuk menjadi imam terawikh di Subang Jaya, tapi bukan di USJ 6 lagi, tapi USJ 8. Atas permintaan ramai penduduk dari situ, maka saya terima tawaran itu dan kembali ke Subang Jaya, Di sanalah ramai yang menjadi keluarga angkatku. Bersama dengan seorang sahabat, yang namanya kurang lebih sama denganku, Abdul Hakim. Di sanalah saya mengenal apa itu pool, dan apa itu buku. Banyaknya novel yang saya habiskan ketika itu.
2008: Di minta oleh sahabat, Abdul Ghafur untuk menjadi imam bersama abangnya di Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Tergugat rasanya menjadi imam di masjid negeri. Pakai jubah tebal, standard Imam Masjid Negara. Memakai kopiah merah dan serban putih. Dingin oleh kerana hawa air-cond.
Dan sekarang , abang Abdul Jabbar mengikuti program Imam Muda anjuran Astro.
Dan saya ketika ini... masih di Aceh, mengikuti pengajian yang belum kunjung habis.
Tapi persamaan antara kami berdua...
Dia... mantan Presiden Mahasiswa Malaysia di Madinah...
Saya.. Presiden atau YDP Mahasiswa Malaysia di Aceh...
Kedua-duanya menjadi presiden Mahasiswa.
Mungkin terkena tempias kepimpinan beliau. Tersenyum.
Minat kami juga sama... suka membaca.
Zaman Rotan dan hukum Tajwid
"Ni hukumnya apa?" Tanya Ummi
"Ni.... emmm apa ya?"
"Piap~!" satu rotan kena di peha.
"Aduh!" saya mengerang kesakitan. Lupa!
"Haih.. dah berapa tahun ni Ummi ajar tak dapat-dapat!... bla..bla..bla..."
Kena bebel lagi. Aduhai. Nak khatamkan dua halaman pun dah ambil masa sejam. Kawan-kawan pula sudah menunggu di luar. Ajak main lempar selipar.
"Ni apa?"
"Ikhfa' Hakiki!" yakin jawab
"Salah! Idgham tu!"
"Piap~!" Kena lagi. Kebas peha!
Tapi setelah beberapa tahun belajar dengan Ummi, sampai sekarang ingat hukum tajwid di sana sini. Bila mengaji dengan Ummi sekarang. Ummi hanya tersenyum. Sampai ke telinga! Alhamdulillah, mungkin hikmah kena rotan. Ambil berkat!
*Ada siapa yang mengaji dengan sayakah? Sanggup di rotan?
Ketawa sendirian. Bulan Ramadhan apatah lagi. Habis terawikh, mengaji dengan Ummi. Dulu dua halaman, Sekarang wajib dua juzuk! Tapi sudah menjadi kebiasaan, adik-adik pula ramai yang aliran tahfiz. Jadi mudah untuk saya membaca dan mereka memeriksa bacaan.
Hari ini
Gambar ayah di Lebanon |
Hari ini... Hari lahir Ayah. Haji Zanal Abidin Bin Hamid. Lahir pada 21 Julai 1963. Sudah berumur 49 tahun.
Selamat Hari Lahir Ayah!
Yeop sayang ayah!
I Love You!
Ayah mengajarkan yeop melukis. Ayah mengajarkan yeop mengira matematik. Minta maaf ayah, sampai sekarang masih lemah dalam menguasai matematik. Ayah yang mengajarkan yeop mengkaji sejarah, geografi dan mengenalkan yeop buku. Dan kita mempunyai minat yang sama. Suka mengkaji sejarah.
Seperti yang Yeop janjikan, balik ni yeop pula mengajar ayah sejarah dan cara menggunakan Maybank2U! Insha Allah. Senang nak bayar bil air dan letrik nanti. Senang pula nak transfer duit belanja Yeop di sini. Tidak perlu ke Bank!
Selamat Hari Lahir Ayah!
Ayah juga mempunyai persamaan juga dengan saya.
Beliau pernah menjadi Presiden Mahasiswa UiTM Kampus Seri Iskandar suatu ketika dulu. Tahun 1997. dan sekarang yeop mengikuti jejak langkahmu ayah! Namun tidak berhajat mahu menjadi seorang tentera.
Siapalah saya...
Tanpa dirimu yang mencorakan diri ini.
Sayangi keluarga,
Insha Allah... Bahagia...
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreng, Banda Aceh.
1 Ramadhan 1433H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan