Khamis, 29 November 2012

OST Warkah Cinta with Liric



Seluas jiwa terbentang seluas sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terulah
Idaman himpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti
Deritanya cintaku ini

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurga-Mu
Bila saatku pergi, biarlah cintaku tetap di situ

Monolog:
Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas
Dengan kekerasan 

C/O:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau maha mengerti deritanya cintaku ini

P/S: Sekiranya ralat, mohon maaf. 

Tiada ulasan: