Rabu, 5 Disember 2012

Muhasabah Si Penghafaz Al-Quran 3



Status 1:

Berkali-kali saya bagitahu, jangan sesekali menipu..sekali kamu tipu,kamu akan terpaksa menipu kali kedua untuk menutup penipuan kali pertama dan seterusnya..kamu tu penghafaz al quran,jangan biarkan sikap kamu jadi fitnah..bertaubatlah andai banyak terlanjur..-pesanan ikhlas untuk kamu..


Status 2:

Kamu tahu bercakap benar itu amanah..kenapa suka menipu,menipu dan menipu? Memohon maaf bukanlah satu keaiban bahkan ia menambah darjat kamu..kami sayang kamu tapi paling penting,kamu kena sayang diri kamu sendiri..:)-pesanan dari kami untuk kami dan kamu.


Saya agak malu dengan peristiwa yang diitulis oleh sahabat ana di atas. Berkenaan dengan sifat orang yang menghafaz al-Quran ketika ini. Sifat mazmumah seharusnya tidak ada dalam diri seorang penghafaz al-Quran yang tulen.

Saya teringat sebuah Hadis Nabi saw:
Dari `Uthman bin `Affan r.a katanya Rasulullah saw bersabda:
“Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”(HR al-Bukhari)
Jangan disebabkan engkau seorang Hafiz, maka engkau boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hatimu. 

Nabi saw bersabda:
"Mereka membaca al-Quran (akan tetapi al-Quran) tidak dapat melepasi tengkorokan mereka."
Sayangnya golongan penghafaz al-Quran seperti ini. Menggunakan gelar al-hafiz sebagai pelaris diri, namun membunuh kepercayaan orang lain dengan menipu. Sungguh! Ia sesuatu yang tidak dapat diterima oleh penghafaz al-Quran yang tulen. 

Maksud dengan hadis di atas, kebanyakannya penghafaz al-Quran masa kini, lebih ramai menghafaz lafaznya sahaja sedangkan makna yang terkandung di dalamnya tidak diketahui. Ia menjadikan seorang yang menghafaz al-Quran tidak dapat menghayati apa yang di hafaznya. 

Mungkin itu salah satu faktor penyebab mengapa penghafaz al-Quran tidak dapat mengamalkan isi kandungan di dalam al-Quran. Namun, oleh kerana masyarakat awam ketika ini memandang tinggi orang yang menghafaz al-Quran, maka tentulah jika ia melakukan kesalahan, masyarakat akan memandang serong terhadap masyarakat penghafaz al-Quran yang lain. 

Sudah tentu rosak susu sebelanga!

Ingatlah duhai sahabat yang menghafaz al-Quran sekalian, Allah swt telah memilih kita untuk menjaga kalam-Nya. Allah swt memilih kita untuk menegakkan syiar-Nya. Dan kita sangat-sangat beruntung dapat menghafaz al-Quran keseluruhannya. 

Allah swt berfirman:
"Dan Aku telah memilihmu untuk diri-ku" (QS: Thaha:41)
Namun, mampukah kita mempertahankan hafalan kita? Sejauh mana penghayatan kita dalam menjaga kalam-Nya? Sejauh mana kita memahami maksudnya?

Allah swt telah mengingatkan kita mengenai orang seperti ini:
"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadannya itu melampaui batas. (QS: Al-Kahfi: 28)
Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah kami jika kami melampaui batas. Janganlah engkau memesongkan hati-hati kami setelah engkau memilih kami dalam memelihara kalam-Mu. Jadikanlah kami orang-orang yang mampu menjaga kesucian kitab-Mu, kalam-Mu yang suci, agar kami tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan kemenangan. Kuatkanlah hati-hati kami untuk melawan hawa nafsu yang sentiasa menjadi musuh kami.

Ayuh sahabat-sahabat penghafaz al-Quran, marilah kita menjadi generasi al-Quran yang unik, selari dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Marilah kita memuhasabah diri kembali, sejauh mana kita menjaga kalam-Nya yang suci.

Moga Allah mengampuni dan menutupi aib-aib kita yang telah lalu.

Menjadi generasi Al-Quran yang unik!

Tiada ulasan: