Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah swt, saya masih dapat menghirup udara tahun 2013. Alhamdulillah, Allah swt masih mengizinkan lagi saya untuk memberi kepada orang lain. Alhamdulillah, Allah swt masih lagi memberi kesempatan kepada saya untuk terus menulis.
Sudah agak lama menyepikan diri di bidang penulisan, dan sedikit rasa kekok ketika menulis. Kesibukan beberapa hal yang penting membuatkan kurangnya waktu untuk berkarya dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Terasa ruginya waktu tidak berkongsi dan memberi manfaat kepada orang lain. Sedangkan menulis juga adalah sebahagian dalam memberi dan pahala untuk di tuai sewaktu di akhirat kelak.
Saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat semua mengenai sikap berdikari. Sikap berdikari ini di tuntut di dalam Islam. Malah kita sebagai umat Islam tidak di ajarkan dan digalakan untuk meminta-minta.
1. Kita akan memiliki wibawa kita sendiri. Sehebat-hebat seorang peminta, pasti tidak punya wibawa.
2. Dengan kemandirian adalah hidup akan menjadi tenang, kerana bertumpu dengan kekuatan sendiri. Seorang ibu tidak akan takut atau khuatir jika suami meninggal atau pencen, kerana keyakinan bahawa Allah swt telahpun menyiapkan rezeki. Tidak ada satu makhluk pun kecuali sudah di siapkan rezekinya. Tugas kita menjemput dan mencari karunia Allah swt tersebut.
3. Kita akan semakin percaya (yakin) kepada diri sendiri dalam menghadapi hidup ini, orang-orang yang telah terlatih menghadapi masalah sendiri akan berbeda semangatnya dalam mengharungi hidup ini berbanding dengan orang-orang yang selalu bersandar dan bergantung kepada orang lain.
4. Orang yang mandiri jauh lebih tenang dan lebih tenang dalam menjalani hidup ini. Selain siap mengharungi segala yang mungkin berlaku, dia juga memiliki mental yang mantap.
Oleh sebab itu, kita harus memulai untuk membiasakannya menjadi bagian dari hidup kita.
Dipetik dari buku: Rasulullah's Business School, hal 132.
Saya ingin ceritakan kepada sahabat-sahabat semua mengenai satu ibrah yang kita boleh mengambil pengajaran. Ceritanya mengenai dua ekor ayam.
Al-kisah, ada seorang tuan yang mempunyai dua ekor ayam. Ayam pertama adalah ayam betina, yang dilepas untuk memaksimumkan potensi dirinya. Ayam betina ini, hanya mendapatkan fasiliti untuk berehat hanya pada waktu malam sahaja.
Sementara ayam kedua adalah ayam jantan yang diberikan kandang mewah, lengkap dengan penerangan yang dapat memberikan kehangatan pada tubuh si jantan dari serangan kedinginan malam. Soal makan, si ayam jantan tidak perlu lagi bersusah payah mencari kerana si tuan telah menyediakan makanan yang lengkap dengan vitamin. Tidak hanya itu, si tuan juga sangat menjaga kebersihan si jantan dari segala kekotoran, sampai-sampai kaki si jantan tidak diperbolehkan tersentuh tanah sedikitpun.
Dipendekan cerita apa yang terjadi pada kedua ayam tersebut. Ternyata si ayam betina yang terbiasa dengan kebiasaannya untuk mencari makanan dalam udara kebebasan hingga petang hari, dalam perjalanan hidupnya, tubuhnya menjadi kuat dan tetap mampu memenuhi keperluan hidupnya, tanpa bergantung pada pemberian si tuan.
Sementara si jantan tidak berumur panjang, ia mati ketika tuannya pergi.
Pesanan saya kepada sahabat-sahabat yang lain, dalam hidup ini, janganlah bergantung kepada manusia, kerana rezeki Allah swt di mana-mana.
Manusia ini dijadikan di dalam keadaan bersusah payah dan sentiasa berkeluh kesah tanpa berusaha untuk memperbaiki cara hidupnya ke arah yang lebih baik.
"Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian." (QS: Al-'Asr:2)
Alhamdulillah, sebentar tadi selesai usrah untuk malam ini. Berbicara tentang bisnes dan strategi pemasaran bersama sahabat yang datang jauh dari Medan. Mengkaji strategi dan teknik pemasaran yang boleh dicontohi melalui sirah Nabi saw dan Abdul Rahman Bin Auf Radhiyallahu 'Anha.
Sekarang pengaplikasiannya di dalam perbuatan dengan melaksanakan gerak langkah yang telah dirancangkan. Alhamdulillah, dengan adanya buku manual perniagaan 'Rasulullah's Business School', teknik yang dibuat setakat ini berkesan.
Azam pada tahun ini, mencuba untuk tidak lagi meminta-minta dan mengharap. Rezeki sudah disiapkan oleh Allah swt. Hanya kita yang berusaha dan mencari. Saya mencuba untuk menyempitkan pemikiran dengan tidak lagi meminta-minta, dan luaskan pandangan mengenai rezeki.
Jurus seterusnya... jeng jeng jeng... ^^
Insha Allah, mudah-mudahan bila balik Malaysia nantinya, goyang kaki. Dunia dalam genggaman, tidak lagi dunia menggenggam hati dan sanubari. Tidak stress dan senyum! :)
Erti Memberi Pada Menerima.
...Madu sudah sampai stok baru. Ada siapa-siapa yang mahu? ^^
.::Kring~~ Kring~~ Madu...Madu..Kring~~Kring~~::.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan