Sabtu, 19 Januari 2013

Final Exam Bermula



Musim final exam sudahpun menjelma. Saatnya menguji kemampuan diri dalam menjawab pelbagai persoalan yang tertulis di lembaran kertas. Begitu ramai sahabat-sahabat seperjuangan di IAIN Ar-Raniry bertungkus lumus mengejar nilai untuk meraih prestasi yang membanggakan.

"Bertungkus lumus mengejar nilai prestasi yang membanggakan."?

Sengaja saya meletakan tanda soal di hujung. Ia menjadi tanda tanya kepada kita sejauh mana kita berusaha mencapai apa yang kita mahukan. Ada banyak cara, tapi terbahagi kepada dua sisi: positif dan negatif. 

Namun, sejauh saya berkuliah di sini, rata-rata mahasiswa di sini suka meniru dan bermain helah ketika ujian berlangsung. Allahu akbar. Satu kesalahan untuk diri sendiri. Ia merupakan jenayah di dalam ruang kuliah. Tanpa rasa bersalah, dan dengan bangganya melakukan kesalahan.

Dia seorang MAHASISWA.

Tapi kecerdasan hanya setingkat Sekolah Dasar.

Allah swt berfirman: 
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (QS: Al-Baqarah: 214)
Di dalam ayat di atas menyebutkan sangkaan bagi mereka yang yakin mereka akan melepasi halangan tanpa adanya ujian, akan mendapatkan nikmat? 

Ia hanyalah sangkaan semata. 

Sepertimana yang berlaku pada mereka yang menyangkakan mereka akan mendapat nilai yang baik dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan. 

Itu hanya sangkaan. Realitinya mereka tidak akan sampai kepada kenikmatan yang mereka mahu. 

Dalam mendapatkan kenikmatan yang hakiki, mereka harus melalui kesusahan. Kesusahan ketika belajar adalah dalam memahamkan ilmu yang dipelajari. Bukannya hanya sebatas di hujung lidah. Memuntahkannya sewaktu ujian. 

Siapa yang rugi? Kita yang rugi. 
"Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian." (QS: Al-Asr: 2)
Mereka ini tidak menyedari bahawa pertolongan Allah swt sangatlah dekat.
"....Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."
Jujur terhadap ilmu, pasti punya barakah.

Yakinlah, jika kita meniru, pasti kita tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Menzalimi diri sendiri pula.

Siapakah golongan yang beruntung?
"Melainkan orang yang beriman, yang melakukan amal soleh, yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran, dan yang berpesan dengan penuh kesabaran." (QS: Al-Asr: 3)
Selamat menduduki peperiksaan kepada seluruh ahli PKPMI-CA dan seluruh warga IAIN Ar-Raniry.  


Tiada ulasan: