25 Julai 2008
Kami sampai ke Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. Dulu Bandara mana ada seperti yang ada sekarang. Macam pondok!
Kami di sambut dengan tarian sanggar seni seulaweut. (Adakah benar mereka di hantar untuk menyambut kami? Memandangkan toleh-toleh ke mana saja, tidak ada kelibat YB-YB.)
Kami ke Darussalam, dengan menaiki bas. Ya! Bas... Bas... Bas. Nampak tak macam bas, tapi boleh lah. Jalan kecil di buat litar lumba. Laju! Tapi bunyi hon tak berhenti-henti.
Piitt~ Piittt~
Setiap kali ada selekoh, ada saja hon.
Kalau ada lembu... Moooo~
"Wah! Ini ke Universiti kita?" Salah seorang sahabatku bertanya kepada seorang Abang yang mengambil kami di lapangan terbang.
"Bukan, ini kampus jiran, namanya Universitas Syiah Kuala atau dikenali sebagai Unsyiah."
Mata kami terpaku pada satu kata yang tertera.
'Universitas SYIAH Kuala"
"SYI'AH ada buka universiti kat sini kah?' Tertanya-tanya kami sesama sendiri.
"Ok, sebentar lagi kita akan sampai ke Kampus kita."
Sebaik saja masuk ke kampus IAIN Ar-Raniry, kami sama-sama berkata:
"Inikah kampus kita???"
Lembu, Kambing, Ayam.
"Ini kampus ke kandang?" Seloroh sahabat kami.
Dan itulah uniknya kampus kami. Dan setelah menunjukan setiap fakultas yang bakal kami duduki, kami diletakan di asrama putera.
"Alhamdulillah... sampai juga kita."
Semua kepenatan. Namun yang bagusnya, angin menderu-deru tanpa henti.
Dan barulah kami tahu, laut hanya di sebelah. Tidak jauh dari penempatan kami.
Di fikiran kami, jika gempa? Tsunami bagaimana?
Foto Hari ketiga di rumah sewa |
Dua minggu lamanya, kami menumpang di asrama putera, mencari-cari rumah sewa, alhamdulillah. kami mendapatkannya. Namun...
"Maaflah, kami perlu masa 1 minggu aja ya, kerna masih belum siap. Gak ada keramiknya lagi, kalau bisa, kalian bayar separuh, biar bapak beli barang-barang dan cepat siapnya nanti, minggu depan kalian udah bisa tinggal..."
Itulah Tuan Rumah kami, Pak Fauzi atau kami sebutnya, Pak Poji.
Kami tinggal di dalam kawasan perumahannya sendiri. Suasana ketika itu masih semak dan banyak pokok pisang. Luas kawasannya.
Luas...
"Nanti kalau kapan-kapan bapak buat 'court' Badminton ya? Kalian bisa main di depan ini." Kata Bapak Fauzi. Ketika itu kami menaruh harapan.
Sehingga kini, tak buat-buat juga. Haha
Kami bersepuluh, jika saya melihat satu-satu wajah mereka, tujuh daripada kami memang dah rapat. Berbeza dengan kami bertiga, saya, adduat, dan Muslim. Fikrah kami berbeza.
Hakimi: Skema (Kata orang)
Adduat: Gangster Mari (Memang dah sah!)
Muslim: Pendiam
Akhirnya kami masuk juga ke rumah. Alhamdulillah. Rumah sewa pertama kami.
Ketika pembahagian bilik, sahabat-sahabat lain sudah merancang untuk tinggal sebilik. Tinggallah kami bertiga. Di letakan dalam satu bilik yang agak luas.
Muka-muka inilah yang duduk satu bilik. Kami bertiga tak rapat pada asalnya. Biasalah, profesion kami berbeza pada ketika itu.
Siapa tahu, pada ketika itu, Allah menakdirkan kami satu bilik, dalam keadaan seperti itu, Allah menakdirkan hati-hati kami bertaut. Dan walaupun berbeza, tidur satu tilam, errr, faktanya...
Sendiri mahu faham kepada yang berkenaan. hehe =D
Rumah kami agak strategik, di depan rumah kami ada warung kopi. Jika mahu sarapan pagi, terus melangkah kaki ke warung. Di sebelah rumah kami ada kedai runcit. Kalau mahu beli barang keperluan, angkat kaki ke rumah sebelah saja.
Mudah.
Depan rumah kami tidak sunyi, kerana depan rumah kami adalah sekolah tadika.
Mudah.
Depan rumah kami tidak sunyi, kerana depan rumah kami adalah sekolah tadika.
Ya! Sekolah tadika!
Melihat mereka bermain dan belajar mengingatkan kami sewaktu kecil-kecil. Ianya muhasabah buat kami juga. Ada doa-doa yang kami lupa, akhirnya kami ingat kembali.
Melihat mereka bermain dan belajar mengingatkan kami sewaktu kecil-kecil. Ianya muhasabah buat kami juga. Ada doa-doa yang kami lupa, akhirnya kami ingat kembali.
Kami makan berjemaah, makan di dalam talam. Suka atau tidak apa yang di masak, Makan saja. Bersyukur apa yang ada.
Saya teringat, pada suatu hari di malam hari, ketika itu satu rumah lapar. Saya sedang menyikat rambut. Ada sahabat-sahabat yang sedang berada di dalam bilik, membaca, kebanyakan tiada laptop pada ketika itu. Ada yang memasak. Lauk pada hari itu kalau tak silap ayam goreng atau ayam bakar.
Sedang leka menyikat rambut, tiba-tiba Asyraf lari keluar dari rumah. Di ikuti sahabat-sahabat yang lain.
Saya pun berlari, dan menyangkakan, ayam sudah siap di masak.
Tapi terlihat di tangan Asyraf, tidak ada apa-apa pun. Begitu juga di tangan sahabat-sahabat yang lain, tiada.
"Asyraf, kenapa lari keluar? Dah siap masak ke?"
Dia memandang dengan agak hairan.
"Hang fikir apa, tak rasa ke tadi gempa?"
Semua ketawa, sebab dalam fikiran saya pada ketika itu, hanyalah ayam! Dan Lapar!
Bila sendirian mengingatinya kembali, boleh tersengih-sengih di buatnya!

hahaha
Masa itu, tiada lagi namanya Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Aceh.
Dan kami tidak melatah atas kekurangan yang kami ada.
Dan kami tidak melatah atas kekurangan yang kami ada.
--------------------
Untuk adik-adik yang masih berdarah muda yang di rahmati Allah, di sini, Banda Aceh,
Ketika ini,
Tiada siapa yang menguruskan kami dalam mencari rumah sewa,
Kami yang mencari sendiri,
Tidak pernah kami menyalahkan ustaz kami,
Kerana menghantar kami ke sini,
Tempat yang terasing buat kami,
Kami belajar hidup berdikari,
Inilah sebahagian kisah yang mematangkan kami.

Bersambung....: Kami Tidak Melatah 3: "We Open The Class With Basmalah!"
1 ulasan:
komen aku hilang? pesal komen aku xder... walaweh, ape2 pon, ko teruskan citer ni kime, hahaha.. aku sokong, baru blog ni kategori open untuk masyarakat... hahaha..
Catat Ulasan