Bukit di Mata.ie |
Saya masih lagi dalam keadaan yang masih menduduki peperiksaan. Namun tiba-tiba teringat kenangan kami 10 bersahabat sewaktu datang ke Aceh.
Ingin saya kongsikan kepada sahabat-sahabat pembaca. Kita sebagai manusia, Allah swt memberikan kita kesusahan kepada kita agar kita matang dalam meniti kehidupan. Dengan asam garam kehidupan itulah, kita mampu menjadi seorang manusia yang berkualiti.
Kepada adik-adik ataupun sahabat-sahabat yang ingin melanjutkan keluar negara. Bersyukurlah di tempat anda yang ada orang atau persatuan yang menguruskan. Walau tak sesempurna mana, namun, belajarlah erti kesusahan. Kerana ia mengajar anda erti ketabahan dan kecekalan dalam menyelesaikan masalah.
Terkadang ada sebahagian tempat, persatuan pelajarnya tidaklah seperti yang diharapkan. Namun berlapang dadalah, kerana ia merupakan batu loncatan untuk antum berdikari. Kita bukan anak-anak kecil yang masih lagi di suruh. Kita telah pun berakal.
....carilah kekuatan dimanapun ada kesusahan. Disitulah ada ketabahan dan kesabaran.

Kami hidup sendiri-sendiri ketika ini, tidak ada persatuan pelajar Malaysia yang membantu kami. (PKPMI masih tidak wujud ketika itu.) Untuk membawa kami jalan-jalan ke sana ke mari. Semuanya sendiri-sendiri.
Kami tidak melatah.
Kami dibuli, dengan penipuan-penipuan masyarakat setempat.
---------------
Ghafur bertanya kepada guru bahasa Inggeris kami di matrikulasi.
"Pak, sini secawan kopi tu berapa harganya?"
"Rp 2500. Kenapa?"
"Oh! Kami kena tipu! Kami minum satu cawan, Rp 6000!"
----------------
.....dan kami tidak melatah, kami belajar dari erti kehidupan.
Kami anak perantau, 10 orang yang tidak tahu siapa-siapa yang boleh membantu kami di Aceh. Untuk pertama kalinya!
...dan yang pada akhirnya, kami pada hujung bulan Ogos, kami terpaksa mengangkat kaki, pulang ke Malaysia. Kerana tamat tempoh visa kami. Visa kami visa pelancong!
Tiada siapa yang uruskan kami.
Dan kami tidak melatah.
Untuk denda, oleh kerana kami lebih 4 hari, maka kami dikenakan bayaran Rp 800,000 setiap orang.
Kami saling membantu ketika itu. Siapa ada duit, bantu kawannya yang tiada berduit. Dan orang yang menguruskan kami di kaunter imigrasi di bandara, masih mengenal kami walau 4 tahun berlalu.
Kami ketawa. tersenyum.
Erti hidup yang sentiasa bersusah-susah.
...dan itu 4 tahun sudah berlalu. Maaf! hampir 5 tahun.
Ia masih segar di ingatan kami.
-------------------
*Hari ini Adduat sidang munaqasyah! 4 Februari 2013. Buat yang terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan