"Sistem usrah tidak lain merupakan realisasi hakikat Islam di kalangan Ikhwan, Jika mereka telah berhasil merealisasikan hal itu pada diri mereka sendiri, maka bisa dibenarkan apabila mereka menanti datangnya pertolongan yang dijanjikan Allah kepada orang-orang yang beriman.
(Hassan al-Hudaibi)Pengenalan
Peranan usrah adalah penting bagi kebelangsungan umat Islam yang berkualiti. Usrah merupakan satu sistem yang alternatif untuk memahami, mendalami dan menghayati Islam secara holistik dan universal. Salah seorang ulama' dakwah, Ustaz Mustafa Masyhur berkata:
"Eksistensi usrah (atau halaqah) tidak boleh berakhir walau Daulah Islamiyyah telah kembali berhasil ditegakkan."
Kesibukan aktivis Islam dipersada perjuangan dalam menyelesaikan berbagai masalah umat Islam harus di ambil perhatian. Ini kerana jika mereka sibuk sehingga mengabaikan aktiviti tarbiyyah dan jasadiyyah, maka ia amat merugikan diri dan pergerakan aktiviti.
Dengan adanya usrah, aktiviti dalam menyelsaikan masalah umat akan lebih cepat, mudah dan selesa memandangkan setiap aktivis mampu pergi dengan jarak yang sangat luas. Peranan inilah yang diperlukan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika ini, baik di pihak lelaki mahupun perempuan.

Banyak masalah umat Islam ketika ini adalah banyaknya pembodohan di sana sini terhadap ajaran agamanya sendiri. Jahil terhadap peranan diri sebagai seorang Muslim. Hilang jati diri sebagai seorang Muslim. Nama Islam terletak hanya di dalam kad pengenalan. Namun cara hidup masih lagi berada di alam jahiliyyah. Berkata Ustaz Muhammad Abduh:
"(Kecemerlangan) Islam ditutupi oleh kebodohan umatnya."
Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif bagi mengatasi kebodohan umat Islam ketika ini adalah dengan mewujudkan dan memperkenalkan usrah di kalangan masyarakat, sehingga umat Islam terdidik dengan nilai-nilai Islami. Umat yang terdidik dengan nilai-nilai Islami mampu mengatasi masalah yang timbul sehingga mampu memberikan solusi yang jelas dan tepat. Permasalahan umat yang tak kunjung selesai pada saat ini adalah kerana mereka tidak mahu dan tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan petunjuk dari Allah swt.
Ta'rif Usrah
Usrah berasal dari kata bahasa arab yang merujuk kepada keluarga. Namun dari segi penggunaaannya secara ilmiah, lebih kepada kelompok diskusi yang melakukan perbincangan dan mendalami Islam. Usrah merupakan istilah yang berhubungan dengan dunia pendidikan secara umunya.
Secara khusus, ia disebut sebagai Tarbiyyah Islamiyyah. Istilah usrah atau halaqah biasanya merujuk kepada kelompok kecil yang secara rutin bertemu untuk menambah kefahaman dan wawasan mengenai Islam. Mereka mengkaji Islam dengan manhaj atau kurikulum yang ditetapkan oleh naqib, ustaz, syeikh, pimpinan, penanggungjawaban atau murabbi yang menjadi pembimbing kelompok tersebut.
Halaqah merujuk kepada bentuk yang dibuat, baik bulatan, segi tiga, segi empat, dan berbagai segi mengikut bentuk meja. Istilah lain bagi usrah dan halaqah adalah ta'lim, tarbiyyah dan pengajian kelompok.
Biasanya peserta usrah dibimbing oleh murabbi yang dilantik, yang berpengalaman dan luas ilmu keislamannya. Murabbi bekerjasama dengan peserta-peserta usrah untuk mencapai tujuan usrah yang disepakati, menjadi Muslim yang islami dan berkarekter dai'e (takwinul Islamiyyah wa dai'yyah). Dalam mencapai tujuan tersebut, murabbi haruslah berusaha agar peserta yang mengikuti usrah dapat berhadir secara rutin dalam pertemuan tanpa ada rasa jemu dan bosan. Kehadiran peserta usrah sangat penting agar tetap produktif untuk mencapai tujuannya.
Usrah Sebagai Wadah Pengkaderan dan Pelapis
Usrah -pada ketika ini- adalah suatu sistem alternatif yang sangat efektif di dalam membentuk karekter seorang muslim yang Islami (Sakhsiyyah Islamiyyah). Hal ini terlihat dari hasil pembinaan yang berterusan dari generasi dahulu sehinggalah sekarang, ramainya Muslim dibentuk dengan menggunakan jalur usrah sehingga begitu ramai umat Islam sekarang serius mengamalkan ajaran Islam.
Fenomena di zaman moden ini bermula pada zaman tertubuhnya gerakan Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Pengasasnya, Hassan al-Banna sangat perihatin dengan keadaan umat Islam sekarang ini. Beliau melihat keadaan umat Islam kini sangat jauh dari nilai-nilai Islam. Ini kerana umat Islam tidak di didik dengan nilai-nilai Islami. Jadi beliau mengenalkan kembali satu sistem alternatif buat umat Islam -dengan petunjuk dari sunnah rasul-Nya-, usrah!
Sistemnya adalah mudah, satu kelompok yang besar, dibahagi-bahagikan kepada kelompok yang kecil. Sering kelompok kecil itu minimumnya tiga orang (atau kurang) dan maksimum 12 orang. Di bimbing oleh seorang naqib (ketua) atau murabbi (pembimbing) yang dilantik berdasarkan tingkatan kefahamannya yang (diakui) mampu membimbing ahli usrahnya.
Hasil Mengikuti Usrah
Antara hasil setelah mengikuti usrah adalah, peserta akan merasai bertambahnya kefahaman Islam yang sebenar dan jika mempunyai kesedaran yang serius, ia mampu menghayati dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Selain itu, ia mampu membuatkan peserta menjadi seorang yang kuat dan tabah dalam mengharungi ujian, kerana peserta telah memahami dan mendalami Aqidah Islamiyyah yang terdapat di dalam ajaran Islam.
Usrah juga berfungsi sebagai wadah dalam melahirkan pelapis yang berkaliber dan berwibawa. Bukan itu saja, malah mampu melahirkan pemimpin yang beriman, berilmu qawiy (kuat) dan al-amin! (terpercaya) yang pada akhirnya mampu menjadikan sebuah organisasi itu lebih berkualiti dan profesional.
Kegiatan usrah amat penting bagi umat Islam yang serius mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga penting bagi keberadaan umat Islam itu sendiri bagi memastikan orang yang sentiasa menyeru orang melakukan kebaikan sentiasa ada. Lebih ramai yang mengikuti usrah, maka lebih ramai umat Islam menjadi sebenar-benar umat yang di sebut oleh Allah swt di dalam surah ali-Imran, 110:
Dengan merebaknya sistem alternatif pendidikan Islam ini, proses pembentukan umat Islam yang berkualiti ini akan mengalami kecepatan sehingga lahir lebih banyak umat Islam yang berkualiti akan menjadi kenyataan.
Jika usrah tidak berjalan, maka umat Islam akan mengalami kerugian yang besar, apatah lagi jika usrah itu tidak berkembang dan hancur. Dan akhirnya umat Islam akan mengalami lost generation dalam menyambung perjuangan nabi saw dalam mengajak manusia membuat kebaikan dan melarang kemungkaran.

Usrah secara rutin dengan peserta yang tetap kebiasannya datang dengan semangat kebersamaan (ukhuwwah Islamiyyah). Dengan adanya suasana seperti itu, peserta atau ahli usrah bukan saja belajar nilai-nilai Islam, tetapi juga belajar untuk bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin terhadap aturan yang dibuat bersama, belajar diskusi dan menyampaikan idea, belajar mengambil sesuatu keputusan dan juga belajar berkomunikasi. Semua itu penting dalam mematangkan diri seseorang.
Kegiatan usrah amat penting bagi umat Islam yang serius mahu menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ia juga penting bagi keberadaan umat Islam itu sendiri bagi memastikan orang yang sentiasa menyeru orang melakukan kebaikan sentiasa ada. Lebih ramai yang mengikuti usrah, maka lebih ramai umat Islam menjadi sebenar-benar umat yang di sebut oleh Allah swt di dalam surah ali-Imran, 110:
Dengan merebaknya sistem alternatif pendidikan Islam ini, proses pembentukan umat Islam yang berkualiti ini akan mengalami kecepatan sehingga lahir lebih banyak umat Islam yang berkualiti akan menjadi kenyataan.
Jika usrah tidak berjalan, maka umat Islam akan mengalami kerugian yang besar, apatah lagi jika usrah itu tidak berkembang dan hancur. Dan akhirnya umat Islam akan mengalami lost generation dalam menyambung perjuangan nabi saw dalam mengajak manusia membuat kebaikan dan melarang kemungkaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan