Sabtu, 18 Disember 2010

Dr Maurice Bucaille

Apabila sesuatu perkara itu sudah menjadi kehendak Allah SWT melalui Qada’ dan Qadarnya, tidak ada seorang pun di dalam dunia ini yang mempu menghalang dari pada menolak jika datang kepadanya. Ia samada yang berupa nikmat atau bala yang telah ditetapkan oleh Allah SWT keatas hamba-hamba-Nya.

Adalah tidak mustahil bagi individu yang sebelum ini tergolong dalam golongan penganut kristian atau apa-apa saja daripada agama-agama ciptaan manusia, tetapi kerana kesungguhannyauntuk mendalami kebenaran agama Islam, maka hasil penyelidikan dan kajian mengenai agama Islam, amka diberi taufik dan hidayah Allah untuk menerima Islam sebagai agama terakhir pencariannya.

Begitulah yang terjadi kepada Dr Maurice Bucaille, seorang saintis terkemuka dari Perancis, yang merupakan seorang penyelidik sains lewat 70-an. Beliau mencari kebenaran fakta sains, daripada manakah sumber asalnya, dalam bible atau al-quran? Takdir Allah menggerakkan hatinya untuk membelek al-Quran, berkebetulan surah yang dibukanya adalah surah Yasin (36), maka beliau bertemu dengan hakikat ilmu sains menerusi ayat 38 hingga 40 yang bermaksud:
“Dan (sebahagian daripada dalil tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui, (38) Dan bulan pula kami takdirkan dia beredar memalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembali pula ke peringkat awalnya-(berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (39) (Dengan ketentuan yang demikian itu) matahari tidak mudah mnegejar bulan, dan malam pula tidak dapat pula mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarnya masing-masing.(40)”
Laporan menyebut bahawa Dr Maurice Bucaille merupakan antara individu yang berpengaruh nombor tiga setelah Presiden dan Timbalan Presiden Perancis ketika itu. Beliau yang menerima gaji oleh pemerintah Perancis pada ketika itu sebanyak AS$17juta dengan beberapa kemudan dan peralatan elektronik disediakan untuknya bagi membantunya dalam penyelidikan dalam bidang sains. Namun setelah membaca tiga ayat tersebut daripada surah Yasin, akhirnya beliau membulatkan tekad untuk memeluk Islam kerana yakin dengan sains berpaksi dan bersumberkan daripada al-Quran.

Pengakuan dan pengisytiharaannya untuk memeluk Islam telah mengejutkan banyak pihak terutama Presiden Perancis ketika itu, Valery Giscard d’Estaing yang tidak dapat menerima hakikat pengislamannya itu dan akhirnya Dr Maurice diarahkan untuk meninggalkan Perancis sebagai hukuman berat keatasnya. Malah beliau juga tidak boleh memasuki negara Kesatuan Eropah (EU), akhirnya beliau memilih Mesir sebagai tempat tinggalnya bersama keluarga, beliau berusaha untuk memahami al-Quran dan bahasa arab. Dalam tempoh 2 tahun, beliau menguasainya dengan baik.

Siapa sebenarnya Dr Maurice Bucaille?

Beliau merupakan seorang doctor perubatan yang dilahirkan pada 19 Julai 1920, di Pont-L’Eveque, Perancis daripada keluarga yang berpegang pada ajaran Kristian Katolik. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Sekolah Katolik di tempat tumpah darahnya Pont-L’Eveque.

Pada perang dunia kedua, beliau menyambung pelajarannya di Fakulti Perubatan di Universiti of Paris. Dr Maurice Bucaille menghabiskan pengajiannya dalam bidang perubatan dalam tahun 1945 dengan mendapat kejayaan cemerlang dengan kepujian dan memulakan kerjaya awalnya sebagai pegawai pembedahan di salah sebuah hospital di kota Paris.

Pada masa yang sama, beliau mendalami kitab-kitab suci agama Yahudi dan Kristian kuno. Pada awal 1950-an beliau ke Mesir untuk mendalami agama kuno Firaun sebagai kesinambungan dari sebuah Institut yang ditubuhkan di kota Paris pada 1923.

Dr Maurice Bucaille juga pernah mengkaji ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pertejemahan al-Quran dimana beliau berguru dengan seorang Orientalis berbangsa Perancis, Gaston Blaster yang akhir membuka sebuah Institut untuk mendalami al-Quran dikalangan rakyat Perancis.

Minat mendalam beliau tentang al-Quran telah menjadikan beliau sebagaiseorang yang suka mengkaji mengenainya. Pada 1969, beliau mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar bahasa arab yang dikendalikan oleh Institut Bahasa dibawah pentadbiran Universiti Sorborne secara sistematik, dalam tempoh tiga tahun, beliau berjaya menjadi graduan bahasa Arab yang mantap dalam segenap cabang mengenainya.

Selepas itu beliau mencadangkan kepada Presiden Mesir ketika itu, Anwar Saddat untuk menghimpunkan beberapa bahan sejarah yang berkaitan Firaun dan Nabi Musa AS yang sejarah mereka berdua teramat masyhur dinegara mesir yang sepatutnya dihimpunkan sebagai bahan sejarah yang perlu diajar kepada generasi selepas itu.

Kepakaran beliau dalam bidang perubatan dan kemampuan berbahasa Arab, beliau telah dilantik oleh Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menjadi doctor peribadi dan keluarga sehingga berlaku penggulingan kuasa yang menyebabkan Raja Faisal ditembak mati oleh anak saudaranya pada 20 Mac 1975.
Usaha beliau untuk mengabdikan diri dalam bidang akademik tidak terhenti walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai doctor peribadi dan beliau mengorak langkah dalam bidang penyelidikan dan kajian. Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “Bible, Quran dan Sains Moden” dan beberapa buku tentang penilaian semula kepada jaran agama-agama yang disifatkan sebagai perkara baru yang tidak pernah berlaku sebelum itu.

Bagi memastikan kesinambungan beliau tetap bersama dengan bahan ilmiah, beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya pada tahun 80-an dengan menghabiskan masa dengan pengkajian ilmiah dan menutup klinik perubatannya pada tahun 1982. Beliau amat terpengaruh dengan kehidupan para Muslimat Mesir dalam melakukan kajiannya mengenai Islam hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Februari 1998.

2 ulasan:

Asyi@asyar berkata...

thanks share the knowledge ...

Abdullah Hakimi berkata...

Apa2 pun kena kongsi walaupun 1 ayat...:)