Sabtu, 18 Disember 2010

Di Perjalanan ini

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah...bangun pagi dengan udara yang segar, dingin menusuk tulang, tapi tidaklah seperti ditempat yang bersalji. lagi-lagi musim sekarang musim hujan di negara-negara Asia Tenggara dan musim salji di negara-negara Eropah sana.

Dan alhamdulillah, tangan ini masih lagi mahu untuk menari-nari lagi di atas pentas keyboard. Merasakan ada tanggungjawab untuk menulis di dalam blog ini. Walaupun ada tanggungjawab yang lebih besar di blog Persatuan  Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh, (PKPMI-CA) sebagai pengerusi Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan yang memainkan peranan menyampaikan Informasi di blog mahupun lembaran kertas. Akan ku cuba sedaya upaya untuk cuba menuliskan bahan-bahan yang bermutu untuk pembaca yang melawatinya.


Dalam kehidupan bersendirian di bilik boleh dikatakan bilik "Masteroom", bilik yang selalu dikunjungi untuk mendapatkan informasi kerana terdapat sebuah mini library kepunyaanku walaupun tidaklah selengkap mana, tapi alhamdulillah, cukup sekadar membuka cakrawala minda. Kebanyakannya tentang sejarah masa lalu, Sirah Nabawiyyah dan Falsafah/ Ideologi-Ideologi.

Setelah aku hidup di bumi Aceh Darussalam, ada banyak perkara yang ku pelajari dan ada beberapa perkara yang telah ku lupakan. Antaranya ilmu-ilmu sampingan yang ada pada diriku, hilang begitu saja kerana tidak mengamalkannya lagi dalam hidupku, antaranya, bidang muzik, vokal, kaligrafi, grafik dan beberapa ilmu multiskill yang lain. Terkadang hidup yang sentiasa sibuk dengan perkara-perkara tertentu menyebabkan tiada waktu untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut.

Dan sejak meninggalkan bumi Aceh selama sebulan lebih dan berada di tanah air, banyak lagi perkara yang ku pelajari lagi sewaktu pengembaraan dalam dunia hidupku. Suka duka silih berganti, ada pahit manis yang di tempuhi. Tersenyum seketika mengenangkan memori lalu. Mudah-mudahan ia lebih mematangkan diriku sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi,sebagai hamba kepada ALLAH.

Dan hati ini sering mengungkapkan, bila lagi untukku bergelar sebagai mahasiswa, terasa diri ini sekarang menganggur dijalanan hidup. Di sampingkan dari perjalanan menuntut ilmu di IAIN Ar-Raniry, yang selepas ini berwajah baru. Dan kini, ku berada di penghujung usia di sana...sedikit sahaja lagi untukku meraih segulung ijazah. Ya Rabbi Yassir wa La Tu'assir!


Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan
Mimpi yang sering ku harapkan 
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.

Allah, ingin ku hentikan,
Langkah ini, bagaikan tak mampu untukku bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya,
Haruskah aku menyerah,
Namum jiwa ku berbisik,
Inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan,
Uji keimanan.
Dan tak dilontarkannya ujian, 
Diluar kekuatan,
Setiap diri Insan.

Allah, pimpinlah diriku,
Untuk Bangkit semula, 
Meneruskan langkah perjuangan ini,
Cekalkan hati dan semangatku, 
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi jadi nyata,
Padamu ku meminta....

Daku mohon agung kudratmu,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dari-Mu

3 ulasan:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

istiqamahlah pd jalan yang dipilih... jgn belok2 lg... teruskan usaha utk mncpai destinasi yng hndak dituju... segalanya kerana Allah S.W.T (",)

Asyi@asyar berkata...

takbir!!! smoga kita terus najah lam perjalanan hdp.. semuanya kerana ALLAH... indahnya hdp ini jika segalanya kerana ALLAH)

Abdullah Hakimi berkata...

insha ALLAH, doa2kanlah ye moga ana terus najah dalam meniti hidup...:)