Rabu, 15 Disember 2010

Profesor Keith Moore

Ketika ramai orang Islam yang masih ragu-ragu dengan kebenaran ayat-ayat al-Quran, ramai pula saintis yang bukan beragama Islam meyakini akan kebenarannya. Apabila didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran, mereka begitu terperanjat kerana ianya bertepatan dengan penemuan hasil kajian mereka. Selama ini mereka merasakan begitu cemerlang dengan hasil kajian mereka terhadap angkasa dan juga manusia, namun semua perkara tersebut telah dijelaskan di dalam al-Quran 14 abad yang lalu.

Justeru ramai saintis hari ini cenderung untuk mengkaji ilmu-ilmu yang dibentangkan dalam al-Quran dan mereka mendapati ianya mempunyai keserasian dengan penemuan-penemuan dalam kajian mereka. Sudah menjadi lumrah apabila mereka mengkaji, dialah yang akan menemui. Ramai diantara mereka yang mengakui kebenaran al-Quran dan memeluk agama Islam.

Salah seorang daripada saintis-saintis tersebut ialah Profesor Keith Moore.

Nama Profesor Moore cukup terkenal dengan dalam bidang perubatan di seluruh dunia. Daripada pelajar perubatan tahun 1 sehinggalah doctor-doktor pakar dan professor-profesor semuanya mengenali tokoh ini. Beliau merupakan salah seorang saintis yang cukup terkenal dalam bidang anatomi (kajian tubuh manusia) dan embriologi (proses perkembangan janin menjadi manusia). Buku Clinical Anatomy yang dihasilkannya merupakan buku anatomi yang terbaik dan paling masyhur dalam kolej-kolej perubatan.

SAINTIS CEMERLANG

Antara pencapaian dalam bidang perubatan ialah:
·         Menghasilkan pelbagai buku anatomi dan embriologi  yang menjadi rujukan kolej perubatan di seluruh dunia dan diterjemahkan kedalam enam bahasa.
·         Dilantik sebagai professor Emeritus dalam bidang kajian tubuh mansia dan biologi sel (anatomi dan biologi sel) di University of Toronto, Kanada.
·         Pernah mengetuai Pasukan Pakar-Pakar Kajian Tubuh Manusia Antarabangsa dan terpilih untuk menganggotai Akademi Antarabangsa Cytology, Persatuan Pakar Tubuh Manusia Amerika dan Persekutuan Pakar Tubuh Manusia Amerika Utara dan Selatan.
·         Pada tahun 1984,beliau menerima gelaran yang paling dihormati di bahagian pakar Tubuh Manusia di Kanada iaitu gelaran J.C.B Grand Award daripada Persatuan Pakar Tubuh Manusia Kanada.


Hidayahnya bermula apabila dia diminta mengulas mengenai beberapa ayat al-Quran dan Hadis. Beliau berasa takjub bagaimana Nabi Muhammad SAW boleh menjelaskan mengenai embrio dan perkembangannya secara terperinci dan tepat dengan ayat-ayat al-Quran, sedangkan ilmu emriologi hanya diketahui oleh saintis-saintis sekitar 30 tahun yang lalu. Perasaan hairan bertukar menjadi hormat kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis tersebut.


Bahkan, beliau pernah memberikan ceramah khusus tentang keserasian anatar kajian embrio moden dengan al-Quran dan Hadis. Beliau pernah berkata:
“Saya berasa amat gembira kerana diberi peluang untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran mengenai proses pembentukan manusia. Maka ini jelas menunjukan bahawa ayat-ayat al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW oleh Allah atau Tuhan. Kerana kebanyakan fakta-fakta ini tidak diketahui melainkan setelah beberapa kurun selepas itu. (Setelah riwayat hidup Rasulullah SAW). Ini membuktikan bahwa Rasulullah ialah seorang Rasul.”
Salah satu ayat al-Quran yang menimbulkan perasaan takjub kepada beliau ialah:
”Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada satu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik.” (Surah al-Mukminun 23: 12-14)
Dengan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh beliau, beliau telah menemui keserasian ayat-ayat ini dengan sains moden. Beliau telah menghuraikan ayat-ayat ini dengan ilmi embriologi yang dimilikinya.

ALAQAH DAN MUDGHAH

Berikut adalah huraian dan penjelasan mengenai ayat ini:
1.       Alaqah dalam bahasa arab mempunyai tiga makna:
Ø  Makna yang pertama adalah seperti Lintah
Apabila di bandingkan antara lintah dan embrio peringkat alaqah, beliau mendapati suatu yang tepat antara kedua-duanya. Beliau menyimpulkan bahawa embrio peringkat alaqah mempunyai bentuk sama dengan lintah.
Ø  Makna kedua ialah sesuatu yang tergantung
Selepas benih disenyawakan, ia akan bergerak dalam rahim ibu (uterus) dan menempel di dindingnya. Embrio yang menempel di dinding akan kelihatan seperti tergantung.
Ø  Makna yang ketiga adalah segumpal darah
Beliau menjelaskan ketika peringkat alaqah, embrio telah melalui beberapa proses kejadian. Antaranya pembentukan darah dalam tempat yang tertutup (closed vessels) sehingga proses metabolic telah sempurna melalui plasenta (uri). Ketika peringkat alaqah, darah mengalir dengan terhad dalam satu tempat yang tertutup. Maka embrio berbentuk segumpal darah di samping seperti lintah.

2.       Mudghah dalam bahasa arab bermaksud sesuatu yang dikunyah. Profesor mengambil gum dan mengunyahnya. Kemudian beliau membandingkannya dengan gambar embrio peringkat mudghah. Ternyata ianya sama.


Penjelasan Profesor Moore ini telah diterbitkan di dalam beberapa majalah dan artikel di Kanada. Malahan, beliau juga pernah membuat liputan di televisyen mengenai keserasian antara sains moden dengan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan pada 1,400 tahun yang lepas.

Penjelasan beliau telah mengejutkan ramai saintis –saintis dan rakyat Kanada. Pelbagai respond dan soalan yang beliau terima. Antara soalan yang diajukan kepada beliau adalah:

Soalan:                 Apakah ini bermakna anda percaya dengan al-Quran ialah wahyu dari Tuhan?
Prof. Moore:      Tidak sukar untuk mempercayainya
Soalan:                 Bagaimana anda boleh percaya kerasulan Muhammad sedangkan pada masa yang sama anda mempercayai Isa?
Prof. Moore:      Saya yakin mereka berdua datang dari sumber yang sama.

Banyak sumber yang menyebut bahawa professor yang cukup terkenal ini telah mengikrarkan dua kalimah Syahadah. Beliau telah menyerahkan semua keyakinannya kepada kebenaran yang berada di dalam al-Quran serta mengingkari teori Darwinisme.

Oleh sebab itu tidak hairanlah jika kita mendengar ramai saintis dan juga mereka suka mengkaji mengakui kebenaran al-Quran dan memeluk agama Islam. Inilah anugerah Allah SWT berikan kepada sesiapa yang mengkaji. Sayang sekali kita sebagai umat Islam masih leka dan tidak mahu megkaji sumber yang telah ada di depan mata kita. Bahkan ramai pula yang mengingkarinya dan merasa ragu-ragu akan kebenarannya. Sebagai orang Islam, kita hendaklah meyakini sepenuhnya mengenai kebenaran setiap ayat-ayat al-Quran tanpa sedikitpun keraguan, sebagaimana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah 2:2

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”

2 ulasan:

Abdullah Hakimi berkata...

Umat Islam Seharusnya mempunyai ciri-ciri keperibadian beliau dalam mencari ilmu pengetahuan berdasarkan al-Quran dan sunnah dan mengelakkan daripada hanya meneka-neka seperti yang dilakukan oleh ahli Falsafah Yunani atau angan2 mat Jenin..:)

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

setiap perkara yang berlaku dalam dunia manusia mahupun alam semulajadi..segalanya sudah trsedia di dalam al-quran..manusia hanya perlu mngkaji apa yg brlaku sbnarnya... setiap kajian yang dijalankan sebenarnya akan lebih membuatkan manusia tnduk pada kekuasaan Allah S.W.T.. (",)