Isnin, 17 Januari 2011

Tahun baru dan Kehidupan Baru serta Ikan Emas

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, jari jemari terus boleh menari nari lagi diatas keyboard. Masih lagi diri ini meneruskan misi hidup untuk mencapai visi yang di cari. Kisah suka duka 2010 di tutup dengan membuka buku lembaran baru dalam hidup 2011. Seiring sejalan dengan perkembangan hari hari yang berlalu dana pertambahan umur yang semakin meningkat dewasa.

Perjalanan hidup manusia mempunyai jalannya yang tersendiri mengikut acuan yang telah dilukiskan di atas lembaran takdir. Hanya kita yang memilih jalan mana yang dirasakan terbaik buat kita. Adakah ianya berisiko atau tidak, itulah dinamakan "apabila kita memilih sesuatu, maka tanggunglah sendiri apa akibatnya apa yang kita pilih itu.
Alhamdulillah, penulis dapat lagi menghirup udara yang segar, menikmati kehidupan di dunia ini, meskipun masih lagi menjalani liku-liku dunia yang bersifat fatamorgana. Alhamdulillah, kenangan yang berlalu biarlah berlalu, kerana apa yang di depan mata masih belum kita tahu, bagaimana kita mahu mengubah dan menciptakan sesuatu apa yang kita harapkan. Jangan harapkan sesuatu jika kita tidak berusaha mengubah kepada apa yang kita mahukan.

Ketika penulis menulis entry ini, penulis sedang berada di tanah air, di Bandar Universiti, kerana ada urusan mahu diselesaikan. Sekarang penulis adalah mahasiswa tahun 3 semester 6 di Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Jurusan Aqidah dan falsafah, fakulti Ushuluddin. Ada setahun setengah atau 2 tahun lagi untuk menyelesaikan study di Banda Aceh, Indonesia. 

Sebenarnya balik Malaysia ni hanya untuk beli laptop kerana laptop penulis sudah pun rosak sepenuhnya pada akhir Desember yang lalu. Agak menyedihkan kerana semua kompenen dalam laptop tersebut semuanya rosak. Maka, semua bahan-bahan di dalam laptop penulis baik kerja-kerja, bahan-bahan kerja, dalam semua file kat dalam tu hancur. yang tinggal hanyalah, body laptop. Sekarang nak beli laptop baru untuk memudahkan kerja-kerja yang harus di selesaikan dan di tanggung oleh penulis. 

Laptop yang ingin penulis beli adalah Sony Vaio E Series, Inilah bentuknya, berwarna hijau. tapi harganya agak lumayan juga. RM3499.00. Kerana apa penulis begitu berminat untuk membeli laptop ini? kerana penulis berpendapat bahawa penulis banyak menggunakan software-software yang menjurus kepada designing. Lagipun penulis berpuas hati dengan kompenen-kompenen yang berada di dalamnya. memudahkan kerja-kerja penulis dalam menyiapkan kerja-kerja yang melibatkan dengan design. Tapi sebenarnya, sedap mata memandang warna hijau.

Insha ALLAH. penulis akan membelinya pada hari Sabtu ini di Low Yatt, Kuala Lumpur sebelum Penulis pulang ke Tanah Rencong pada hari Ahad. Kini penulis punya semangat baru dalam tahun baru. Tidak lagi 2010 yang penulis banyak berkorban dalam banyak perkara. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun semalam.

Ps: Penulis ada bela ikan emas dalam aquarium. tapi hanya bertahan selama seminggu. Punca kematian: Salah penulis sendiri. Rupa-rupanya ikan emas ini kuat makan. Jadi penulis bagi banyak makan menyebabkan dia mati dalam kekenyangan. Patutlah mati tenggelam. Kan selalu kalau ikan mati dia terapung! Lepas tu penulis kalau tukar air dalam aquarium tu semua sekali. Sebenarnya penulis tak tahu, kalau nak tukar air, kena separuh je. Kan dah buat ikan tu pening! tak biasa dengan air baru. Agak menyedihkan kerana penulis beli ikan semuanya 9 ekor. Semuanya mati. Ketawa 1 rumah... agak memalukan. Tapi tak pe... Pengalaman membina sebuah ilmu baru.

Layari Blog no 2 penulis:
Dunia Pemikiran Islam di
http://tinta-pemikir-islam.blogspot.com

3 ulasan:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

hijau?? ala...huhuhu... tp x pe... hijau ade makna trsendiri... jaga elok2 pasni... jdkan ia sbg makwe... hehe :p

kui3.... ikan emas mati smua...hehehe... cian ikan2 tu... mati kekenyangan dier... pasni bela tikus lak... hehe... tp nape x letak entry menjadi rambo kerana meratapi kematian ikan?? hehe :p

شاريفه نوراريله berkata...

tahniah dapat laptop baru yg berwarna hijau :)
smoga dapat buat kerja dgn senang dan tenang.
first time ke bela ikan emas? hehehe sampai mati hah.. ni mesti pki aquarium kecik :D

Abdullah Hakimi berkata...

mimos: itu private entry..:)

sy adilah: yup, 1st time bela ikan, aquaruim beso tapi xpandai nak jaga...tak pe..pengalaman kan menjdi ilmu