Khamis, 27 Januari 2011

Seminggu di Banda Aceh, Pro dan Kontra dan SOLUSI

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menulis di blog .::Musafir Kehidupan::. ini walaupun sedikit sibuk dalam beberapa hari selepas satu minggu kepulanganku ke Banda Aceh, Tanah Rencong. Semalam , belakang kepala saya terhantuk di meja. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Mungkin kafarah dosa-dosa yang dilakukan hari ini atau teguran dari ALLAH SWT kepada hamba-Nya.

Alhamdulillah, dalam entry blog hari ini, saya mahu berkongsikan sedikit kehidupan seminggu saya setelah pulang ke Banda Aceh. Pulang kelmarin, saya telah di ajarkan beberapa perkara oleh ayah saya, tentang pembahagian kerja, tugas dan sebagainya untuk di satukan dalam satu buku yang dipanggil, jadual hidup sehari-hari. Apakah hendak menulis, membaca, melakukan kegiatan dan lain-lain. Yang penting, matlamat jangka pendek dan jangka panjang tidak tersasar dari landasan yang kita targetkan. 

Jadi, untuk memastikan perjalanan hidup esok dirancang, kita hendaklah menulis apa kegiatan yang harus dilakukan esok, apa keutamaan yang harus kita dahulukan. Jadi kita setkan semuanya dalam buku sebelum kita tidur. Apa-apa saja yang terlintas, tuliskan dulu. Dan besok setelah kita selesai semuanya dari pagi ke malam, kita check berapa peratus perlaksanaan yang dapat kita lakukan. 

Dan disini saya mahu kongsikan dalam blog tentang kegiatan saya selama 6 bulan sebagai Pengerusi Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan. Ada yang pro dan kontra. Jadi sesiapa ada cadangan yang baik untuk dilakukan oleh Biro ini, bolehlah di usulkan apa yang perlu dibuat. Juga boleh mengkritik untuk kebaikan.

Biro Informasi, Multimedia dan Penerbitan

Program yang telah dijalankan selama 6 bulan.

MEDIA

  • Blog PKPMI CA- Setiap bulan diupdate, tetapi untuk bulan Januari masih belum dipublish. 
Pro: Blog ini sebagai satu sarana untuk menghebahkan informasi-informasi kepada seluruh warga PKPMI CA dan juga PKPMI yang lainnya.
Kontra: Blog ini tidak digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan informasi-informasi tentang perkembangan PKPMI CA, baik program mahupun isu-isu terkini. Jadi blog ini seakan-akan beku dari program. Nanti akan ditanya: "Saya melihat blog PKPMI CA seakan-akan tidak berjalan kerana kurangnya update dari Pihak Persatuan." "Kami tidak tahu info apa-apa pun dari Pihak Persatuan, kerana blog tak selalu diupdate, kami salahkan persatuan" "Persatuan tak de buat program ke???"

  •  Facebook PKPMI CA:- Sering diupdate bagi menjadi media kesinambungan terhadap blog PKPMI CA.
Pro: Ahli PKPMI CA lebih mudah mendapatkan informasi ringkas di FB PKPMI CA
Kontra: Seperti kurang makluman mengenai program-program yang akan berjalan. Dan kebanyakkan ahli belum mengetahui adanya/ add FB PKPMI CA 
Cadangan: Helmi Fadzilah: Buat komuniti di FB PKPMI CA agar lebih mudah untuk berkongsi maklumat. (akan dilaksanakan, syukran atas cadangan yang bernas akh!)

  • Program-program yang dirancang:
-Seminar Politik Islam yang dirancang, terpaksa ditangguhkan kerana beberapa sebab tertentu yang menyebabkan terpaksa ditangguhkan.
-Lain-lain belum lagi di format. 
  •  Buletin PKPMI CA
Hanya dapat diterbitkan sekali pada bulan Ogos yang lepas, selain itu, pendesign sibuk dengan KPM dan seterusnya tidak berjalan sampai sekarang. 

  • Tambahan:
Biro Informasi telah dan sedang membuat 2 blog lagi untuk PKPMI CA iaitu:

  1. Blog HELWANI PKPMI CA: http://helwanipkpmica.blogspot.com-masih dalam pembinaan
  2. Blog Unit Hisbah PKPMI CA:-Dalam pembinaan (http://unithisbahpkpmica.blogspot.com-link cadangan) 

  • Kesimpulan:

Biro Informasi tidak dimanfaatkan oleh biro-biro lain untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang penting untuk dimaklumkan kepada ahli. Jadi Biro Informasi tidak berjalan dengan baik apabila biro-biro lain tidak menagmbil endah biro ini. Biro ini bergerak dengan informasi-informasi dari biro lain. Jadi saya berharap agar biro-biro lain dapat memberikan kerjasama dalam menggerakkan Biro ini.


Jadi itulah pro dan kontra dalam biro saya dalam 6 bulan pertama. Jika ada cadangan, saranan atau kritikan, bolehlah post komen di bawah entry ini.

Dalam minggu ini juga saya sedang berusaha untuk mendaftarkan diri saya untuk mendaftarkan diri di semester pendek. jadi matakuliah yang ingin saya ambil adalah:

  1. Filsafat Politik
  2. Aliran Moderen Dalam Islam (AMDI)
  3. Filsafat Bahasa
  4. Filsafat Barat
  5. Antropologi/Sosiologi
  6. Tafsir
  7. Hadis
  8. Filsafat Islam
  9. Ulumul Hadis
Dari 9 subjek itu, hanya 4 subjek pertama sahaja yang di ambil di jurusan Aqidah dan Filsafat. Yang selebihnya di jurusan Tafsir dan Hadis. Ini kerana saya perlu memperbaiki nilai saya yang jatuh sewaktu semester 3. Harga bagi satu subjek adalah Rp100,000(=RM 38.00). Mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan urusan ini.


Dan akhir sekali, saya sekarang telah menjadi pengedar stormreaders, menjual Majalah SOLUSI dan pelbagai buku dari Telaga Biru SDN BHD. Sesiapa yang berminat untuk melanggan majalah SOLUSI, bolehlah menghubungi saya di no saya:
Indonesia: 081973745868
Malaysia: 0195112105
email: hafizulhakimi89@gmail.com
laman web: KEDAIBUKU.NET (sila klik di sini) dan Stormreaders (klik di sini)

Harga di Indonesia: Rp31,000 dan tidak termasuk harga pos penghantaran bagi penghantaran keluar Aceh (cth: Medan dan Jakarta)

Jana Pendapatan Sekarang!

Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membeli Majalah SOLUSI dari saya. Kepada sahabat-sahabat yang belum membeli, pada saya masih ada stok. Sila sms saya jika mahu mebelinya. Yang ada sekarang hanya isu 28/Februari. Jika sudah kehabisan stok, saya akan memesan lagi di Malaysia. Dan jika mahu buku-buku terbaru dari Telaga Biru SDN BHD, sila layari kedai saya di Laman WEB di atas. Sama-sama kita membudayakan budaya membaca di PKPMI se-Indonesia. 


BACALAH! 
Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Tiada ulasan: