Selasa, 26 April 2011

Memahami Konsep Irfani, Bayani dan Burhani Dalam Pengkajian Sirah Nabawiyyah Dan Khulafa’ ar-Rasyidin Serta Permasalahan Umat Hari ini: Bahagian 1

           Sebelum masuk ke dalam tajuk yang ingin dibahaskan, izinkan saya menggambarkan terlebih dahulu tentang kehidupan Rasulullah SAW, baik sebelum dan pasca Islam berkembang. Seperti yang terkandung dalam perjalanan kehidupan Nabi SAW sebelum di angkat menjadi Rasulullah, beliau sering menyendiri, mendiamkan diri malah mengasingkan diri dari masyarakat ketika itu. Walhal jika ditinjau, masyarakat ketika itu mempunyai sosio-budaya yang tinggi. Interaksi sesama masyarakat sungguh menggalakkan kerana faktor geografi Makkah sebagai pusat berkumpulnya bangsa arab dan non arab. Seperti yang kita ketahui bahawa bangsa arab merupakan sebuah bangsa yang suka berniaga, baik dalam musim sejuk atau panas. Kebudayaannya juga sangatlah dipengaruhi oleh adat-adat yang bercampur baur dari dunia luar arab. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW ketika itu merasakan bahawa beliau kekosongan jiwa, dengan melihat keadaan yang berlaku di sekelilingnya.

            Beliau menyendiri di Gua Hira’. Beliau memikirkan mengapa manusia diciptakan dan bagaimana alam dibentangkan dan macam-macam lagi sehingga sampailah saatnya wahyu diturunkan. Setelah itu, barulah beliau mengerti tentang hakikat kehidupan. Beliau (setelah menerima wahyu) meneruskan misi menyedarkan manusia bahawa Allah itu satu, tiada tandingannya serta mengajarkan mereka tentang aqidah dan juga cara sebenar untuk beribadah padanya.

            Tekanan semakin ketara setelah mengetahui bahawa Rasulullah SAW mengaku beliau telah di Isra’ Mi’rajkan oleh Allah SWT, malah bertemu langsung dengan Allah, Tuhan Sekalian Alam, menerima perintah solat sebanyak 5 waktu, malah bertemu dengan nabi-nabi sebelumnya. Tidak beberapa lama kemudian, Rasulullah SAW diuji dengan kehilangan 2 pembantu hidup dan pelindungnya, isteri pertama beliau, Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

            Setelah itu, beliau menerima perintah dari Allah SWT ke Habsyah dan selepas itu ke Madinah. Seperti yang kita tahu bahawa Madinah adalah negara Islam pertama yang ditubuhkan dan dipimpin oleh Rasulullah SAW. Penerapan hukum syariat Islam mulai di turunkan secara bertahap (arak misalnya). Dan penegakan Islam terus berkembang dengan turunnya perintah berjihad dan perang pertama dalam Islam adalah Perang Badar. Dan setelah itu terjadinya perbagai perjanjian-perjanjian baik perjanjian yang dilakukan terhadap kaum musyrikin Mekah ataupun perjanjian persefahaman antara Negara Islam Madinah dengan desa-desa yang berada di sekeliling Mekah.

            Dan pada akhirnya, Rasulullah SAW dapat juga menaklukan kota Mekah dengan amat mudah dengan melakukan strategi yang membuatkan penduduk Mekah ketakutan. Itulah strategi yang Rasulullah lakukan. Bukan ingin menunjukan kekuatan tetapi sebagai perang psikologi terhadap mereka yang memerangi Islam.
           
Inilah sedikit gambaran yang ingin di sampaikan kepada pembaca sekalian. Dan saya akan meneruskan penulisan ini dengan menerangkan apa itu Irfani, Bayani serta Burhani dan setelah itu saya akan mengaitkannya dengan kehidupan Nabi SAW beserta dengan fakta yang jelas. Mudah-mudahan dengan adanya penulisan ini, saya berharap agar umat Islam sedar akan kepentingan kesemua konsep-konsep ini dan jangan lagi bersikap fanatisme yang berlebihan kerana kita sebagai manusia adalah makhluk yang lemah dan terbatas. Hanya Rasulullah SAW contoh tauladan yang terbaik dan sempurna buat kita kerana beliau dididik secara langsung oleh Allah SWT.

Dimanakah silapnya?

            Menyangkut tentang hal ini, saya mengajak umat Islam berfikir sejenak mengapa terjadinya kemunduran dan kemusnahan ketamadunan Islam dalam diri seorang Muslim yang menyebabkan ianya terpengaruh terhadap sosio-budaya yang menyebabkan terjadi kehancuran terhadap umat ini. Di manakah silapnya?

            Cuba kita lihat keadaan umat ini, terasa tenat dan lemah dalam berjuang bagimempertahankan eksistansi ketamadunan umat Islam. Dan di sisi lain, walaupun umat ini mengalamai kemuduran, tetapi ada sebahagian umat ini yang masih lagi kuat dan masih lagi bertahan dalam mempertahankan puing-puing tamadun Islam. Itulah kita harus banggakan. Jika tiada mereka, kita pasti tidak akan tahu bagaimana untuk menjalankan aktiviti kita sebagai seorang Muslim. Kita masih lagi memiliki nilai-nilai keislaman yang unik walaupun masih lagi di tahap yang minimum.

            Marilah kita bersama-sama melihat realiti yang sebenar, bukanlah ingin memburukkan atau mengaibkan pihak-pihak tertentu, tetapi inilah realiti yang terjadi di masa ini, dimana orang-orang yang diamanahkan untuk menjaga al-Quran yang dipandang tinggi oleh masyarakat sekitar sebenarnya adalah orang yang mempersendakan al-Quran. Mereka melaungkan slogan-slogan bahawa merekalah orang yang memartabatkan serta meninggikan kalimahnya padahal merekalah yang menjatuhkannya malah memijak-mijak tanpa mereka sedari. Mereka berbangga tas kejayaan 30 juzuk yang mereka hafaz tetapi mereka tidak sedar bahawa al-Quran itu “melaknat” mereka. Mereka menghafaz tapi tidak mengamalkan apa yang mereka menghafaznya. Dimanakah silapnya?

            Marilah sama-sama kita melihat realiti kembali bahawa ada diantara golongan yang profesional, memiliki ilmu-ilmu yang tinggi sehingga mereka mampu untuk membuat bangunan pencakar langit tetapi mereka angkuh dengan kejayaan yang mereka miliki. Mereka sombong dengan apa yang mereka miliki dan mereka dengan mudahnya melupakan Allah dan melanggar segala perintahnya. Kehidupan dunialah adalah segala-galanya bagi mereka tapi mereka inilah yang tidak malu mengaku yang merekalah yang memartabatkan Islam di mata dunia. Jika ini yang dikatakan menaikan serta memartabatkan Islam di mata dunia, maka mengapakah mereka merosakan dan mencacatkan bumi? Di manakah silapnya?

Teori Irfani, Bayani dan Burhani, Sebuah Pengenalan

            Untuk pengenalan konsep ini, perlu diketahui bahawa konsep ini berdasarkan apa yang saya dapatkan di dalam matapelajaran Epistemologi Islam di jurusan Aqidah dan Falsafah, kuliah Ushuluddin, Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Darussalam-Banda Aceh. Jadi segala maklumat tentang konsep-konsep ini hendaklah difahami agar tidak terjadi kesalahfahaman tentang ketiga-tiga konsep ini.

            Ketiga konsep ini pada dasarnya berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah, cuma cara pandang dalam menafsirkan serta memahami untuk mendapatkan sebuah kebenaran adalah berbeza-beza. Ini merupakan rajah supaya pembaca dapat lebih mudah memahami lebih jelas tentang ketiga-tiga konsep ini:

Rajah 1:

Konsep
Dasar ambilan
Cara Pemahaman
Pengguna
1.      Burhani

Menafsirkan al-Quran dengan cara mengikut kaedah yang telah di susun oleh ulama’ bahasa arab iaitu mengunakan ilmu-ilmu ketatabahasaan di dalam bahasa arab. Antara ilmu yang menafsirkan al-Quran adalah ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, dan sebagainya untuk mendapatkan kebenaran hasil dari penafsiran tersebut. Maka apa yang mereka dapatkan dari hasil penafsiran tersebut merupakan sumber kebenaran bersandarkan dengan dalil-dalil yang terdapat di dalamnya.











Ahli Tafsir dan Ahli Shariah
2.      Irfani






Al-Quran Dan As-SUNNAH
Mereka yang menggunakan konsep irfani ini lebih menjurus kepada kefahaman-kefahaman yang tersirat dan lebih mendalam  untuk mendapatkan kebenaran. Mereka ini juga cuba mencari makna di sebalik apa yang terkandung di dalam al-Quran untuk mencapai hakikat keberadaan mereka di dunia dan cuba untuk mencari-cari jalan agar mereka dekat dengan Allah dan sampai ke tahap “makrifatullah”






Ahli Sufi, Mistik, Tarekat dan Tasawuf
3.      Burhani

Golongan ini adalah golongan yang mencari ilmu pengetahuan berdasarkan sumber di dalam al-Quran. Mereka ini juga mencari dalil-dalil yang mana mereka ini boleh mendapatkan sebuah ilmu baru dalam mencapai kemajuan dan tahap tertinggi dalam pembinaan tamadun manusia. Golongan ini adalah golongan pemikir ataupun boleh juga dikatakan sebagai ahli hikmah (filsuf) ataupun golongan profesional dalam mentadbir urusan duniawi.







Ahli Filsuf, Pemikir, Saintis, Doktor, Arkitek, Arkeologi, Ketenteraan, Politik, Usahawan, dll
           
            Jadi apakah yang ingin saya sampaikan kepada para pembaca? Jika para pembaca meneliti sinopsis perjalanan hidup Rasulullah SAW yang saya jelaskan pada awal-awal penulisan tadi, sedikit sebanyak mungkin di fikiran pembaca ada tergambar kehidupan pada zaman nabi itu sendiri. Mungkin para pembaca sudah pun menangkap apa yang ingin saya sampaikan. 

Bersambung... masih di dalam penulisan...
Jika masih ada kesalahan dalam pengembangan teori yang saya sampaikan,
Harap tolong di bantu, di kritik dan Saran,
Ini kerana saya masih lagi dalam proses pembelajaran.
Syukran
26 April 2011

1 ulasan:

Abdullah Hakimi berkata...

Penulis cuba untuk menerangkan lebih terperinci mengenai topik ini memandangkan topik ini pernah ana bahaskan dalam kuliyyah Maghrib di rumah Muslimat Ushuluddin pada 23 April yang lalu.