"Di antara umat-umat yang hidup sebelum kalian, ada orang-orang yang diberikan ilham dan memiliki kemampuan seperti Nabi. Jika ada salah Seorang dari umatku, maka dia adalah UMAR."******
Nama beliau adalah Umar bin Khattab, bin Nufail bin Abdul Uzza al-Quraisyi. Beliau di gelar dengan nama Abu Hafsh (bapa kepada anak singa -Hafsh: anak singa- mungkin kerana kepribadiannya yang agak keras dan digeruni) dan juga digelar sebagai al-Farouq (pemisah antara yang hak dan bathil).
Beliau berwajah tampan, tangan dan kakinya berotot, janggutnya lebat dan suka mewarnakannya dengan warna al-hinna dan katam.Kepala bahagian depannya botak, bentuk tubuhnya yang tinggi dan besar, warna kulitnya coklat kemerah-merahan, tubuhnya yang tegap dan suaranya lantang.
Beliau adalah seorang yang terkenal dengan kepintarannyadan paling keras wataknya di kalangan pemuda-pemuda Quraisy. Beliau pandai membaca dan menulis. Sewaktu beliau masih lagi jahiliyyah, beliau selalu menjadi utusan, duta besar bagi pihak Quraisy dan beliau menjadi kebanggaan kaum Quraisy ketika itu.
Syifa' binti Abdullah mengatakan tentang Umar:
"Kalau (Umar) berbicara, perbicaraannya dapat di dengar, jalannya (beliau melangkah dengan) sangat cepat, kalau memukul orang lain pasti menyakitkan, dan dia benar-benar seorang ahli ibadah."
Sebelum beliau memeluk Islam, beliau adalah seorang yang sangat memusuhi kaum muslimin, sampai ada orang yang berkata:
"Seandainya keldai milik Umar masuk Islam, maka Ibnul-Khattab sekali-kali tidak akan masuk Islam."
Beliau memeluk Islam pada tahun keenam selepas kenabian. Dan nama beliau adalah berada di urutan yang ke-40 dari orang-orang yang mula masuk Islam. Keislaman Umar merupakan bukti dari kecintaan Allah dan pemuliaan-Nya terhadap Umar, di mana Allah mengabulkan permintaan dari Rasulullah SAW. Rasulullah berdoa:
"Ya ALLAH, kuatkanlah Islam dengan salah satu dari dua orang yang Engkau cintai, dengan Abu Jahal atau Umar bin Al-Khattab."
Ibnu Mas'ud pernah berkata:
"Posisi kami menjadi kuat setelah Umar memeluk Islam."
Umar adalah satu-satunya sahabat yang berhijrah ke Madinah secara terang-terangan. Beliau menentang golongan Musyrik Quraisy dengan berkata:
"Sesungguhnya aku berniat untuk berhijrah, siapa yang menginginkan ibunya celaka atau anaknya menjadi yatim, maka besok, temuilah aku di belakang lembah ini!"
Akan tetapi, tidak ada seorang pun yang di antara mereka yang berani menemui Umar.
Tentang Umar, Nabi SAW mengatakan:
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan kebenaran pada lidah dan hati Umar." (HR at-Tirmizi)
"Di antara umat-umat yang hidup sebelum kalian, ada orang-orang yang diberikan ilham dan memiliki kemampuan seperti Nabi. Jika ada salah Seorang dari umatku, maka dia adalah Umar." (HR Bukhari)
"Demi jiwaku yang berada di dalam genggamannya, sesunggunya syaitan sama sekali tidak akan membiarkanmu berjalan di suatu jalan, melainkan dia akan berjalan di jalan selain jalan yang kamu lewati." (HR Bukhari)Sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, beliau tidak pernah terlepas dari semua peperangan yang Rasululah ikuti. Meskipun Umar seorang yang berkarekter keras,jika dia mendengar alunan ayat suci al-Quran, beliau sering pengsan kerana takutnya pada azab neraka. Beliau sering jatuh pengsan ketika mendengar firman Allah SWT:
"Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan." (Az-Zumar: 47)
""Pada hari ketika manusia berfiri menghadap Tuhan semesta alam." (Al-Muthaffifin: 6)Pendapat-pendapat Umar sejalan dengan kehendak al-Quran dalam enam masalah:
- Beliau pernah mengusulkan untuk membunuh tawanan perang Badar dan tidak menerima tebusan dari mereka, lalu turun ayat al-Quran yang mengukuhkan pendapatnya.
- Beliau pernah mengusulkan agar isteri-isteri Rasulullah mengenakan hijab (tabir), lalu turun ayat al-Quran berkenaan dengan masalah itu.
- Beliau pernah mengusulkan kepada Rasulullah agar Nabi tidak mensolatkan jenazah orang-orang yang munafik, lalu turun ayat al-Quran yang melarang Nabi untuk melakukannya.
- Beliau ada mencadangkan agar maqam Ibrahim menjadi tempat untuk melakukan solat, lalu turun ayat al-Quran yang menyuruh kaum muslimin untuk solat di tempat tersebut.
- Ketika isteri-isteri Nabi berkumpul kerana cemburu dengan sikap Nabi, beliau mengatakan kepada mereka: "Jika Nabi menceraikan kalian, boleh jadi Tuhan akan menggantikan isteri-isteri yang lebih baik dari kalian." Setelah itu turunlah surah at-Tahrim yang di dalamnya terdapat ayat yang menegaskan hal tersebut.
Umar di angkat menjadi Khalifah atas pencalonan dari Abu Bakar. Hal pertama yang beliau lakukan adalah membebaskan tawanan perang ar-Riddah (perang menumpaskan golongan murtad.) Pada masa pemerintahannya, wilayah Syam, Iraq, Persia, Mesir, Burqah (Nama sebuah daerah di Libya), Tripoli bahagian Barat, Azerbajian, Nahawand dan Jurjan berhasil di taklukannya. Dan pada masa pemerintahannya juga, kota Bashrah, Kufah dan Fusthath (Cairo-Mesir) berhasil di bangun.
Beliau juga memperkenalkan matawang Dirham dengan cap "Alhamdulillah" pada satu sisinya dan sebelahnya lagi "La Ilaaha Illallah" dan "Muhammad Rasulullah". Umar adalah seorang yang sangat mengasihi rakyatnya. dan terkenal tegas kepada para pembantunya. untuk hal ini, beliau menyusun sebuah undang-undang "Min Aina Laka Hadza?" (Dimana kamu memperoleh harta ini?")
Umar seringkali melakukan pengintipan ke pasar-pasar sendirian. Beliau pernah mengatakan:
"Seandainya ada seekor Bighal (Kuda Kecil) yang tersadung di Irak, maka aku akan bertanya tentangnya."Mengapa kamu tidak membuka jalannya wahai Umar?''Umar pernah juga mengatakan:
"Aku telah berjanji dengan diriku sendiri bahwa aku tidak akan memakan samin dan daging sehingga seluruh kaum muslimin kenyang memakan keduanya."Beliau juga pernah mengatakan:
"Dosa yang paling di takuti oleh seorang parajurit daripada musuh"Dalam kesempatan lain, beliau berkata:
"Hisablah dirimu sebelum dirimu di hisabkan dan timbangkanlah dirimu sebelum kamu di timbangkan. Sebab esok hari hisab akan lebih ringan bagi kamu jika hari ini kamu menghisab diri kamu. Dan bersiap-siaplah kamu bagi menghadapi hari-hari paling agung, dimana pada hari itu kamu di hadapkan kepada Tuhan-Mu, tiada satupun keadaanmu yang tersembunyi bagi Allah."Pada masa jahiliyyah, beliau mengahwini kerabatnya sendiri, Ummu Kulthum Binti Jarwal. Setelah beliau memeluk Islam, beliau mengahwini Zainab binti Mazh'un, Ummu Kulthun binti Ali Bin Abi Thalib, Jamilah Binti Tsabit, Ummu Hakim Binti Harits, Aikah Binti Zaid, dan Subaidah Binti Harits. Beberapa orang isterinya meninggal di saat masih terjalin hubungan perkahwinan dengannya.
Beliau memiliki 12 orang anak, 6 laki-laki dan 6 perempuan. nama anak-anak lelakinya adalah, Abdullah, Abdurrahman, Zaid, Ubaidillah, Ashim dan 'Iyadh. Anak beliau yang perempuan bernama Hafsah, Ruqayyah, Fatimah, Syafiyyah, Zainab dan Ummu Walid.
Beliau adalah orang pertama yang menetapkan tahun Hijriyyah sebagai kelender Islam dan orang pertama yang digelar sebagai Amirul Mukminin. Beliau juga orang pertama yang mengumpulkan orang-orang dalam solat Terawikh, menyinari masjid-masjid di malam bulan Ramadhan, mengumpulkan orang-orang untuk solat jenazah dengan empat takbir, menghentikan pemberian zakat untuk orang-orang yang baru memeluk Islam berdasarkan hasil ijtihadnya bahawa kuasa hukumnya ('illat-nya)telah hilang, memberikan hadiah kepada orang yang menghafaz al-Quran, menjadikan urusan pengangkatan khalifah kepada orang-orang tertentu (majlis syura), menjadikan talak tiga dengan satu lafaz menjadi talak Ba'in, memerintahkan untuk mencerai wanita-wanita yang ahli kitab dan melarang mereka untuk menikahi mereka, menghukum orang yang mengejek, mengambil zakat kuda, menjadikan cukai dalam beberapa tingkatan sesuai dengan kemampuan ekonomi rakyat, menggugurkan wajib cukai kepada golongan miskin, ahli dzimmah dan kaum papa, mendirikan pengkalan-pengkalan (kem-kem) ketenteraan, menjalankan perlatihan ketenteraan, mebuka pejabat pengurusan ketenteraan, mengkhususkan beberapa tenaga kesihatan, hakim dan juru dakwah bagi para tentera, mendirikan baitul mal untuk kaum muslimin, mencetak mata wang Dirham, menetapkan pemberian khusus bagi setiap bayi yang lahir dalam Islam, memberikan perbelanjaan kepada anak pungut yang di ambil dari Baitul mal, mengaudit kekayaan para ahli pejabat dan pegawai negara dan mengadakan undang-undang "Min Aina Laka Hadza", menyuruh untuk membunuh sekelompok orang yang bersubahat membunuh satu jiwa, menyuruh untuk membunuh kaum wanita yang bekerja sebagai dukun (paranormal), dan orang pertama merotan orang yang memalsukan cop rasmi negara.
Beliau meriwayatkan sebanyak 527 hadis dari Nabi SAW. Beliau menjabat sebagai khalifah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Sebelumbeliau meninggal, ia bermimpi seolah-olah seekor ayam jantan mematuknyasatu atau dua kali. patukan pertama adalah tanda datangnya ajalnya.
Umar meninggal pada tahun 23H akibat ditikam dengan sebilah pisau dari arah belakang saat beliau ingin solat Subuh oleh Abu Lu'lu Fairuz al-Farisi Al-Majusi, seorang mantan pembantu Mughirah Bin Syu'bah. Jasadnya dimakankan di samping makam Rasulullah dan makan Abu Bakar di bilik Aisyah. Ketika itu, usia beliau genap 63 tahun, sama seperti umur Nabi dan Abu Bakar meninggal dunia.
******
-Mencari di balik kepimpinan Umar yang mampu mengubah sebuah negara kecil menjadi negara yang moden dan luas-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan