Sabtu, 18 Jun 2011

Kau Sentiasa di Hati

Aku cuba untuk memberanikan diri lagi, menukilkan sebuah kata-kata yang tersirat di hati, agar kamu ketahui, bahawa kalian yang berada di hati ini, adalah orang yang ku sayangi, Kerana ALLAH yang menjadi matlamat kami, Moga kita bertemu di Syurga nan Abadi...

*******

Teman yang ku sayangi, 
Kau dan aku punya kenangan,
Menaiki bahtera yang sama,
Terkadang untuk mengemudinya kita berbalah,
Terkadang kita yang menjadi salah tingkah,
Terkadang membuatkan kita menjadi khilaf,
Dalam satu bahtera yang sama.

Temanku,
Segala kenangan kita bersama, 
Adalah sebuah pembelajaran yang tak dapat ku hilangkan,
Kekotak dan sebuah balang,
Antara dua dimensi yang berbeza,
Walau berbeza,
Kau tetap temanku,
Dunia dan akhirat,
Sentiasa di hatiku.

Teman...
Adakalanya kau gusar,
Adakalanya aku khilaf,
Adakalanya terpaksa kau dan aku menelan hempedu yang pahit,
Demi sebuah mencari sebuah jawapan,
itulah ukhuwwah kita,
Dalam mencari sebuah solusi kepada sebuah penyelesaian,
Memikirkan masalah-masalah umat,
Walau di hina, di maki,
Kita berpaut kuat melanda arus yang menggelora,
Terpaksa membanting tulang untuk mengemban sebuah amanah,
Tapi teman,
Kita tetap bersama.

Teman, 
Terasa sebentar ku bersamamu,
 Terasa waktu itu sentiasa mencemburui orang yang berkasih sayang,
Terasa sekali antara cinta makhluk dan cinta kerana ALLAH,
Fatamorgana dan Realiti..
Dalam hal ini, 
Tiada toleransi lagi,
Kau dan aku,
Ada awal dan ada pengakhirannya,
Setiap kali bertemu,
Pasti perpisahan yang bertamu.
Lumrah kita sebagai hamba,
Itulah kita sebagai makhluk-Nya.

Ku memegang sebuah balang,
Ku isikannya dengan rasa hatiku, 
Ku tulis agar di lipatan ini,
Antara kau dan aku,
Punya sebuah memori dan kenangan,
Yang apabila kita berjumpa nanti,
Kita akan buka satu persatu, 
Lipatan-lipatan kecil ini,
Agar kau dan aku, 
Merasai bahawa nikmatnya berkasih sayang kerana Allah,

Kau dan aku,
Bagai cermin sakti,
Bagaimana peribadimu,
Begitulah peribadiku,
Adakah kita seperti Abu Bakar dan Rasulullah,
Seperti yang pernah di ungkapkan oleh Ali.
"Semoga ALLAH mengasihimu, wahai Abu Bakar. Kamu adalah teman rapat Rasulullah, sahabat setianya, tempat curahan hatinya, tempat menyimpan rahsianya, dan sahabat yang diajak bermusyawarah. Kamu adalah lelaki pertama yang memeluk Islam, orang yang paling tulus imannya, orang yang laing baik yang menemani Rasulullah, yang paling banyak kelebihannya, yang paling mulia di masa lalu, yang paling mulia kedudukannya, yang paling tinggi darejatnya, dan yang paling mirip dengan Rasulullah SAW dalam hal petunjuk dan jalan-Nya. Allah menamaimu dalam kitab-Nya dengan nama siddiq. Allah berfirman: "Orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa" (Az-Zumar: 33). Orang yang membawa kebenaran ialah Muhammad dan membenarkannya adalah Abu Bakar. Kamu adalah orang yang paling dermawan di kala orang lain bersifat kikir. Kamu telah menemani nabi menghadapi berbagai kesulitan di kala orang lain berdiam diri. Kamu telah menemani Nabi dengan setia di masa-masa kritis dan menggantikan beliau dengan baik dan menjalankan khilafah dengan baik."
*******
~Teringat sebuah memori di stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh,
Sebelum ke Kuala Lumpur~

Nukilan istimewa sebelum sahabat pulang ke Malaysia
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Blangkreung-Banda Aceh
Sabtu
18 Jun 2011

Tiada ulasan: