KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.
Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.
"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.
"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.
Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.
Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.
Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.
Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.
Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.
Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.
Rasa dipermainkan
Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.
"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.
"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.
"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang.

*******
Ini merupakan sebuah tindakan yang amat tidak profesional dan amat memalukan bagi sebuah pemimpin yang memerintah sesebuah negara. Dilihat dari cara pembatalan, sepatutnya tidak boleh dengan cara seperti itu. Sepertinya Jabatan PM atau lebih mudah disebut sebagai kerajaan BN dengan tamaknya ingin menguasai segala bentuk acara yang diadakan. Itu namanya bukan JUARA RAKYAT!
Dengan pembatalan tersebut, saya yakin dan percaya, ianya memberi kesan dan impak yang buruk terhadap pendangan rakyat terhadap pemimpin utama negara ini. Pada waktu inilah, rakyat akan menilai profesionalisme yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menghubungkan kerjasama yang baik dengan pembangkang. Tetapi bagi saya, ini sudah melampau. Jika keadaan seperti ini dilakukan, kesannya akan lebih buruk dan lanskap politik negara akan menjadi tidak stabil.
Adakah kerajaan ingin memberitahu bahawa merekalah JUARA RAKYAT? Saya rasa harus di fikirkan kembali kerana jika JUARA RAKYAT, seorang juara itu tidak perlu tamak haloba yang menunjukan bahawa dirinyalah yang paling kuat. Disinilah kita akan nampak keegoan yang menebal dan tidak mahu menerima hakikat bahawa bukanlah dirinya sendiri dalam dunia ini. Ingatlah, kita yang memerintah bukanlah sebagai pemerintah yang sempurna. Pembangkang hanyalah sebagai penyempurna bagi yang memerintah. Tetapi apabila di salah anggap dan melewati batas-batas. Maka, saya yakin dan percaya, akan terhakis kepercayaan rakyat kepada kuasa yang memerintah.
Sebagai kesimpulan, saya menyarankan kepada Kerajaan Malaysia, janganlah bersikap radikal terhadap rakyat. Anda memerintah tetapi anda di lihat. Anda jangan memperbodohkan kami, kami bukan robot yang mudah bulat-bulat menerima arahan dan mudah di buang. Anda dengan kami adalah sama sahaja, yang membezakannya adalah kami rakyat dan anda pemerintah. Kimi punya mata untuk melihat, jangan sekat pandangan kami. Kami punya telinga untuk mendengar, tapi jangan tutup telinga kami, Kami punya mulut untuk berbicara dan meluahkan masalah, jangan tutup mulut kami. Kerana tanpa rakyat, kamu tidak boleh memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan