Selasa, 19 Julai 2011

Taklifan itu...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menulis di ruang ini. Alhamdulillah, kita masih dapat menghirup udara yang Allah SWT berikan kepada setiap makhluknya. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada kita sebagai hamba-Nya untuk beribadah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kita menyembah dan hanya kepada-Nya kita kembali.

Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan Sya'aban, bulan yang Rasulullah cintai. Alhamdulillah, kita masih lagi dapat hidup di bulan ini dan sudah hampir kita akan memasuki ke Bulan Ramadhan, bulan di mana seluruh kaum muslimin berpuasa selama sebulan penuh. Bulan penuh pengharapan, keampunan dan pelepasan diri kita dari Neraka. Allah~ Sesungguhnya adakah diri ini menyerah kepada-Mu seluruhnya. 

Allah~ Hamba ini masih lagi bernafas dengan baik, Hamba ini masih lagi hidup, Hamba ini masih lagi berjalan di bumi-Mu.
"Maka nikmat yang manakah yang ingin kamu dustakan..." (Ar-Rahman)
Syukur kepada Allah SWT, kerana diri ini masih dapat menulis untuk kita dapat sama-sama berkongsi rasa dan pengalaman hidup dalam meniti ujian yang diberikan oleh Allah. Allah, Dia adalah Tuhan kita, maka dia akan beri kepada kita kenikmatan hidup dan kemanisan hidup dengan memberikan ujian kepada kita adakah kita masih lagi mengingati-Nya atau tidak. Semua ujian yang Allah berikan itu merupakan tarbiyyah dan teguran dari Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya kerana Dia, tidak ingin makhluk-Nya mencintai ciptaan-Nya melebihi cinta kepada-Nya. Bukankah DIA adalah kekasih sejati, kekasih awal dan akhir dan pemilik cinta kita? Bukankah DIA itu Maha Cemburu? Hebatkan Allah?

Alhamdulillah -sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah- saya telah pun menempuhi hidup selama 22 tahun. maknanya telah 2 dekad saya berjalan dimuka bumi ini. tetapi mengimbau kembali memori-memori lalu, cukup mengatakan bahawa saya masih lagi jauh dari-Nya. Allah, hidup ini tidaklah lama...

Sudah hampir genap 3 tahun saya berada di Bumi Aceh Darussalam. Banyak cerita yang saya boleh kongsikan kepada pembaca. Allah~ terlalu banyak, kenangan bersama mereka-mereka. Mereka itu datang silih berganti.
Allah.. satukanlah dan ikatkanlah hati-hati kami dengan ikatan yang kukuh, sesungguhnya kami ini amat mencintai dan berkasih sayang kerana-Mu.
Taklifan... suatu kata yang menggugah keegoan dan maruah diri. Taklifan adalah amanah yang harus dipikul dan taklifan itu, akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sungguh, taklifat itu amat berat. Sungguh, taklifan itu membunuh. Dan sungguh... taklifan itu mencabar maruah dan kewibawaan diri.

Selama 3 tahun di bumi Aceh Darussalam, negeri yang dikatakan "Nanggroe Syariat Islam" ni, berbagai taklifan yang pernah saya  pegang dan moga taklifan yang saya pernah pegang, Allah menilainya sebagai ibadah. Allah..Allah...
Bergambar bersama YDP dan "rakyat" PKPMI CA
(Duduk dari kiri: Ahmad,Pengerusi Tetap: Muslim, YDP PKPMI CA 11/12: Akh Rafidi, TYDP: Abdullah Hakimi, Juru Audit 1: Akh Ridzuan Abdullah, Pengacara Muktamar: Akh Abdul Khalim Kasmuri)


Dan pada tahun ketiga ini, Allah menguji kemampuan ku dengan memberikan ujian baru yang lebih berat, menjadi Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia- Cawangan Aceh sesi 2011/2012. Allah~ Taklifan ini adalah sesuatu yang amat berat bagi diriku. Saya merasakan ketika ini bahawa saya begitu hampir dengan Neraka. Berada begitu hampir dan terlalu hampir.

Inilah hikmah dari perancangan yang Allah SWT tetapkan. Allah mendidik hamba-Nya dengan memberikan Tarbiyyah 'Alamiyyah bil Hikmah. Sesungguhnya Allah mendidik jiwa hamba-hamba-Nya lewat ujian yang diberikan kepada manusia, agar manusia itu terdidik dengan asam garam kehidupan dan merasakan bahawa ujian yang diberikan kepada hamba-Nya itu merupakan amanah yang sanggup dipikul oleh hamba-Nya. Itu juga amanah.

Dengan adanya amanah baru ini, Allah melatih diri ini dengan berbagai perkara agar diri ini tunduk setunduk-tunduknya agar tidak merasa bangga dengan taklifan yang diberikan. Sesungguhnya taklifan ini akan Allah mempersoalkan di akhirat kelak. Ini merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap orang yang memegang sebuah jabatan. Adakah diri ini menzalimi orang lain atau diri sendiri, terpulang pada pandangan dirimu untuk menilai diri ini.
Sungguh, diri ini tidak layak untuk berada di jabatan itu.
Ujian yang Allah berikan kepada diri ini adalah menjadi Ketua Umum (Presiden), Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakultas Ushuluddin (MPM-FU) sesi 2010/2011. Hamba yang hina ini bukanlah ingin membanggakan diri dengan jabatan-jabatan yang ada ini, cuma ingin berkongsi rasa dan pengalaman dengan pembaca, agar pembaca yang membaca entry ini merasakan beratnya memikul sebuah amanah. 

Jauh sekali saya ingin menceritakan tentang diri saya atas kebanggaan yang ada ini, cuma yang ingin saya sampaikan kepada pembaca sekalian. Apabila taklifan ini di salah gunakan dan tidak bertanggungjawab atas taklifan ini, maka tunggulah azab dari Allah, kerana mempermainkan amanah ini.

Amanah bukanlah perkara yang boleh dibuat mainan. Taklifan ini juga merupakan suatu kemuliaan bagi sesiapa yang mendapatkannya. Harus di ingat, amanah ini juga boleh jadi adalah sebuah kehinaan. Dan kita harus bersiap sedia untuk di benci dan di maki. Semua itu adalah ujian kepada sesiapa yang mendapat taklifan itu. Dan ia bukanlah perkara yang harus di banggakan.

Teringat pada nasihat teman seperjuangan:
"Ingatlah dan hati-hati, setiap apa yang keluar dari mulutmu, ia merupakan kata-kata keramat dan ianya akan menjadi hujah untuk di sebarkan kepada orang lain..."
Sungguh... Setiap kata-kata yang terbit, ia akan di pertanggungjawabkan. Menjadi pemimpin adalah amanah, dan amanah itu harus ada tanggungjawab. Jika tiada tanggungjawab, maka tunggulah kehancuran dan azab yang akan Allah datangkan kepada-Mu.

Kepada teman-teman yang inginkan jawatan dalam sebuah lembaga, ingin saya berikan "buah tangan" untuk anda agar anda sentiasa ingat dan berwaspada terhadap hal-hal ini. Sila klik tajuk ini: JAUHI BARAH EGO DALAM QIYADAH ISLAM.

Tiada ulasan: