Isnin, 1 Ogos 2011

Ceritera Sang Pemburu Cita dan Pendamba Cinta

Tertawa sebentar di awal pagi tadi, apabila beberapa memori menerjah fikiranku, luahan sahabat/iah yang dirasakan sebagai "masalah yang sangat berat". Mungkin saya sendiri lebih suka menuliskan pengalaman ini lewat tulisan. Moga pembaca dapat menilainya sendiri dan kita boleh berkongsi bersama tentang permasalahan ini. Terimalah... Ceritera Sang Pemburu Cita dan Pendamba Cinta...

*****
"Ustaz, ana runsing dengan seorang hamba Allah ni, tak habis-habis SMS ana..." kata seorang Muslimat
"Hakimi, ana rasa ana sudah sampai waktu untuk membina masjid, tapi tapak pun belum ada lagi (ekonomi/kewangan belum kukuh)" kata seorang sahabat di fakulti
"Hakimi, ana rasa runsing bila memikirkan tentang cinta, bila mengharap, hampa. Bila sudah sampai seru, buntu...."
Belainan pula dengan kisah si Pemburu Cita.
"Akh, kenapa dalam sistem pendidikan di Indonesia (maaf jika ada terasa hati), membuatkan orang yang berada di dalam sistem tersebut membuatkan orang menjadi bodoh? Bukankah sistem pendidikan seharusnya membuat orang menjadi pintar dan sukses dalam hidup?"
"Hakimi, seandainya aku lulus kuliah di sini, rencananya mahu sambung S2/S3 (sarjana/Ph.D) di UM atau UKM, bagaimana ya bisa sambung kuliahnya di Malaysia?" tanya seorang sahabat yang semangatnya berkobar-kobar dalam mencari ilmu pengetahuan.
"Pedulikan tentang cinta, kalau kita mencari ilmu dan setelah sukses dalam hidup, baru aku mahu mencari cinta pula.." kata seorang sahabat yang tiba-tiba meluahkan kepadaku pagi tadi.
Saya juga pernah mengalami situasi pendamba cinta seperti ini suatu ketika dulu. Malah, masih lagi merasakan seperti itu, cuma sekarang sudah tidak lagi memikirkannya, kerana situasi seperti di atas tadi: "Bila sudah sampai seru, buntu!" Bak kata orang, cerita lama tak perlulah di ungkit kembali.

Mungkin ramai di kalangan manusia pernah melalui dan menjadi pendamba cinta. Mungkin di zaman persekolahan yang di anggap masih jahiliyyah tentang hidup atau sedang merasainya tika ini. Lumrah dan fitrah manusia yang ingin di cintai dan ingin di sayangi.


Tetapi perasaan cinta itu banyak di salahgunakan oleh kebanyakan manusia kerana tertewas dalam melawan nafsu yang dapat mengalahkan iman. Kita tumbang dalam asyik dan kenikmatan cinta, mabuk dalam kenikmatan duniawi seperti halnya orang yang meminum arak sehingga akal warasnya tidak dapat membezakan antara perkara-perkara yang baik dan buruk.

Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, "Tak kenal maka tak cinta!". Mungkin dalam pembelian barang, penulis setuju dengan kata-kata ini, tetatpi jika berhubungan dengan manusia, kita akan melihat dari 2 aspek yang berbeza: perhubungan antara lelaki dan perempuan atau ukhuwwah (persaudaraan).

Dilihat dari konteks perhubungan antara lelaki dan perempuan, kita akan membahagikan kepada 2 hal:
  1. Hubungan yang terlarang (haram) dan memburukan
  2. Hubungan yang halal lagi baik.
Kebanyakan di kalangan manusia suka melakukan perkara yang pertama. Lihat saja pengaruh media dan media cetak, mempengaruhi pemikiran-pemikiran para pemuda dan pemudi sehingga mereka terjebak dalam kehidupan seperti yang terjadi di Barat. Akhirnya mereka merosakan institusi kemasyarakatan. Sehingga ada yang hamil dan melahirkan anak luar nikah hasil perhubungan haram. Dan ada juga kerajaan yang mengambil inisiatif, iaitu membina sekolah untuk remaja yang hamil. Maka bertambah lagilah barah yang melanda masyarakat Islam ketika ini.

Perkara yang kedua pula, adalah suatu perkara yang dianjurkan di dalam Islam. Firman Allah SWT:
"Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu, dan juga orang yang layak menikah dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan beri kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (QS: An-Nur:32)
Penulis bukanlah mufassir yang mahu menafsirkan ayat ini secara tuntas tetapi ini menurut pandangan penulis terhadap pemahaman ayat ini:
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia, menciptakan untukmu isteri-isterimu dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan di jadikan-Nya di antara kamu perasaan kasih dan sayang." (al-Quran)
Melihat dari ayat tersebut,  "Dia, menciptakan untukmu isteri-isterimu" menurut pandangan penulis, Allah telah pun menciptakan, sudah Allah menakdirkan pasangan diri kita. Dan yang jelas, Cinta itu tidak perlu di cari! Ini mungkin pandangan yang agak ekstrim.

Tapi cinta itu hendaklah dijaga dan dikawal. Janganlah cinta itu memakan diri, sehinggakan sampai merosakan diri sendiri. Hilangnya akal waras sehingga memakan diri. Akhirnya diri sendiri menjadi gila. Gila Bayang!

Berlainan pula dengan pemburu cita. Mereka pula berusaha bersungguh-sungguh dalam perkara yang telah mereka inginkan. Mereka mensasarkan matlamat mereka menjadi kenyataan sehinggakan mereka bagaikan seorang pemburu yang tidak kenal erti lelah.

Apa saja halangan yang melanda, pasti akan mencari jalan keluar. Bukan mudah mencari manusia zaman ini di zaman sekarang melainkan mereka telah dididik oleh suasana dan keadaan. Contoh yang kita boleh mengambil pelajaran adalah Sultan Mehmet II yang pada waktu kecilnya adalah anak yang nakal sehinggakan ayahnya, Sultan Murad II mengambil keputusan untuk menyerahkan anaknya kepada seorang ulama' dan membenarkan ulama; itu merotan anaknya.

Gara-gara hanya sebatang rotan, jiwa yang nakal menjadi manusia yang hebat. Apa saja kemahuan pasti mahu di tangan. Jika gagal, tidak pernah rasa sengal. Pasti akan di genggam sampai seperti bara. Hanya memerlukan perancangan dalam kehidupan, pasti hidup akan menjadi tersusun. Jika tidak, kacau.

Sama-sama muhasabah diri di Bulan Ramadhan!!!

Tiada ulasan: