Ada seorang muslimah yang masih di salah sebuah IPT di Malaysia sempat berdiskusi dengan ana tentang permasalahannya. Belajar atau nikah, yang mana satu lebih di utamakan. Dalam hal ini ana banyak mengemukakan pendapat-pendapat dari ana sendiri. Betul atau tidak, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Sungguh, persoalan ini sungguh rumit, kerana pada akhir tahun ini, beliau akan berangkat ke Mesir, menyambung pengajiannya di sana. Tetapi permasalahannya, adalah keluarga beliau mahu beliau melangsungkan perkahwinannya secepat yang mungkin. Tawaran ke Mesir sudah pun dalam genggaman, cita-cita sejak dulu lagi. Tapi hakikatnya fitrah mendominasi hati. Apa yang perlu dilakukan?
Jadi tulisan ini ana tujukan untuk kalian yang mungkin mengalami nasib yang sama seperti beliau, dilema antara cita dan cinta. Ana bukanlah orang yang layak untuk membahas tentang permasalahan seperti ini, tetapi apa salahnya jika ana memberikan pendapat ana sendiri. Sokong atau tidak, sila komen di bawah setelah anda membaca tulisan ini.
Terimalah, Belajar atau Nikah: Mana Satu yang Lebih Utama.
****************************
"Jannah, minggu depan ada rombongan nak datang meminang kamu..." Ummi memecahkan suasana
Jannah tersentak. Televisyen di tutup. Tidak percaya apa yang di dengar.
"Apa ummi? Jannah kurang dengarlah apa ummi cakap tadi..." pinta Jannah.
"Ni... minggu depan ada orang nak masuk meminang anak ummi ni haa... raya ni rombongan tu datang." jawab ummi sambil tersenyum.
"Gulp!"
Rasa gementar merasuki dirinya. Masakan tidak, sudah beberapa kali Jannah di pinang orang. Semuanya di tolak. Yang datang meminang itu, bukan calang-calang orang. Ada yang belajar di Madinah, Jordan, Syria. kebanyakan dari Timur Tengah. Ada juga di kalangan sahabat-sahabat ummi dan ayah menawarkan anak-anak mereka untuk Jannah. Tidak kurang juga sahabat pengajian di Universiti.
"Jannah, Ummi dah rasa segan nak tolak pinangan orang ni. Yang datang bukannya calang-calang orang. Semuanya berpendidikan. Calon-calon ustaz pula tu. Sudah pasti agama yang lelaki itu ada memang tidak boleh di nafikan lagi." Ummi cuba meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
"Ummi.. Jannah tak sedia lagi..." Hanya itu Jannah mampu ungkapkan.
"Jannah, bila lagi nak bersedia. Tengok diri kamu tu... Tinggi 168cm, umur 22 tahun. Dah besar anak Ummi ni. Ummi masa umur sebaya kamu, anak dah 2 orang."
Jannah mencebikan mukanya.
'Zaman ummi lain, zaman sekarang lain' Protes! Hanya mampu memungkapkan di hati!
"Jannah takutlah Ummi..." Luah Jannah
"Takut apa Jannah? Jangan takutlah, Laki-laki yang datang merisik tu, semuanya baik-baik, Kamu tu je yang bermasalah."
"Ummi...kebanyakan yang datang tu semuanya nak bertunang. Tapi bertunang sekarang dan bertunang zaman ummi dulu beza. Ummi ingat tak masa Jannah bertunang dengan Abang Abdullah tu. Baru dapat no HP Jannah, dah sms-sms. Tak dilayan, meragam. Tak sukalah macam tu. Jannah cuma mempertahankan prinsip Jannah, Tiada cinta sebelum kahwin!" Jannah mempertahankan prinsipnya.
"Biasalah, time tu la nak kenal pasangan masing-masing."
Jannah tersenyum tawar lalu wajahnya sedikit dikerutkan tanda protes!
"Jannah nak sambung belajar lagi Ummi... Mahu menuntut ilmu lagi..." Jannah teringat surat tawaran ke Mesir yang sampai ke rumah tempoh hari.
"Ummi jangan bimbang, Insha Allah, jodoh takkan kemana... Allah sudah janji jika kita baik, Allah juga akan berikan yang terbaik buat kita." Jannah memujuk Umminya. Senyum.
Ummi tersenyum.
"Alah Jannah ni, bukannya Ummi nak kahwin pun. Kamu yang nak kahwin. Ummi sekadar bagi pandangan. terpulang anak Ummi ni nak kahwin bila. Janji yang soleh. Cuma kalau boleh, nikah awallah lebih baik. Ada juga yang menjaga anak Ummi ni..."
Jannah tersenyum lega bila Umminya mengungkapkan kata-kata itu. Teringat pada kalam-Nya.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...(QS: At-Tahrim: 6)
Jannah tidak mahu jadi yang solehah sahaja, tetapi mahukan bonus-bonus yang lain juga. Berilmu! Wanita solehah yang berilmu. Semuanya untuk kebaikan bakal keluarganya nanti. Rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Itu yang di impikan oleh Jannah.
Jannah nekad, selagi belum bersedia untuk bergelar isteri, takkan sekali-kali diserahkan hati ini kepada seorang lelaki. Biarlah cinta kudusnya terpelihara hanya untuk insan bernama suami.
'Aku tidak mahu terjebak dalam kancah cinta palsu. Saranan Doa Rasulullah SAW ku abadikan dalam sujudku.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan kami sebagai Penyenang Hati (kami). Dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa." (QS: al-Furqan: 74)Rasulullah SAW pernah mengatakan:
"Tiada yang membahagiakan dua orang yang saling mencintai melainkan menikah!"Jannah berdoa moga Allah memberikan yang terbaik buat dirinya. Dan keputusan yang dipilihnya itu, ada keberkatan yang Allah akan berikan nanti. Jika Allah kurniakan lelaki yang terbaik padanya, dia akan sujud lali bersujud kepada-Nya lagi.
Kata-kata Aminah Qutb buat bakal suaminya menjadi perangsang buat dirinya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia
cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah
tiada berpenghujungnya,
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh,
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku...
*********
Abdullah Hakimi
2.08 WIB
Blang Kreung, Banda Aceh
18 Ogos 2011
P/s: Tulisan ini hanya rekaan fikiran diriku yang menulis. Tiada kaitan antara hidup dan mati.
P/ss: Sebagai motivasi buat muslimah yang ingin menjadi solehah dan berilmu.
P/sss: Menjadi sebuah solusi terhadap "keserabutan" sewaktu memilih antara 2 pilihan.
P/ssss: Ini hanya pendapat. betul atau salah, boleh di diskusikan dengan mengomentar di bawah.
Syukran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan