Isnin, 15 Ogos 2011

Wasiat Syed Qutb

Aku ingin membacakan sajak Wasiat Syed Qutb ini di depan sahabat-sahabatku, baik di sini, sana jua di Malaysia. Kita adalah perjuang, biarpun di landa mehnah, tidak kenal erti lelah. Tidak akan berhenti sehingga kiamat tiba. Aku, kau jua mereka, bersama-sama berpegang teguh untuk merealisasikannya.... 

********
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah

Tiada ulasan: