Isnin, 21 November 2011

Sketsa Hati

Berada di dalam dilema...

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, dapat lagi ku nukilkan sesuatu di blog ini. Sudah lama tidak memberi dalam bentuk tulisan. Tapi apakan daya jika Allah tidak mengizinkan. Ada kemahuan tapi tidak sampai seru untuk menulis. Walau sebenarnya banyak perkara yang ingin dinukilkan dan dikongsi. 

Amanah, sesuatu perkara yang sangat-sangat berat dalam hidup. Tapi itulah yang menjadi pelajaran dan persiapan untuk meniti hari di masa hadapan. Tidakkah di akhirat kelak, antara soalan 'cepumas' dari-Nya adalah tentang umur. Ya! Umur... Tapi apakah dapat diri ini mempertanggungjawabkan apa yang telah dilakukan selama 22 tahun diri ini hidup di dunia. Pilu rasa hati jika sebaliknya terjadi.

Jari-jemari ini telah lama tidak menari-nari di atas pentas keyboard. Perasaan rindu berkobar-kobar untuk mengisi di 'balang ilusi'. Tapi masih lagi terperangkap dalam waktu. management waktu masih ditahap minimum. Apakan daya diriku seorang hamba-Nya, bertaraf makhluk yang serba kekurangan.

Sekarang, Allah mengujiku dengan amanah. Ya! Amanah... Tahukah anda yang Allah memberi amanah kepada manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi? Sedangkan makhluk di bumi pun tidak sanggup. Inikan pula manusia, sanggup!? Tapi sebenarnya inilah medan Allah menguji di kalangan hamba-hamba-Nya agar ada di kalangan mereka yang mampu menarik dan melahirkan generasi-generasi 'ulul-albab', atau generasi al-Quran yang unik dan sebagainya.

Hidup bukanlah mudah yang disangka. Dunia adalah tempat untuk menanam benih, dan hasilnya akan di petik di akhirat. Mengikut hukum sunnatullah sekalipun, pastilah disertai dengan baja dan zat-zat yang mencukupi untuk menjadikan ia sebagai hasil yang bermutu dan berkualiti. Jadi untuk sampai ke destinasi yang di tuju, haruslah ada ilmu. 

Mahu menulis lagi, kerana menulis adalah sebagai salah satu medium untuk menyampaikan dakwah. Seorang dai'e mestilah sentiasa berusaha menguasai uslub-uslub dakwah agar medium yang di sampaikan itu sampai. Sebagai contoh, mungkin tidak ramai yang membaca tulisan ini, tapi suka kepada hal-hal yang bersifat media elektronik, contohnya video dan audio visual. Jadi, sebagai manusia yang hidup di zaman serba maju ini, gunakanlah apa yang ada di sekeliling kita. Dan ingatlah, musuh sentiasa memanfaatkan masalah jadi peluang untuk membunuh dan menghancurkan Islam dari segenap segi.

Insha Allah, mudah-mudahan Allah memberi diri ini kesempatan untuk menulis lagi. Ada banyak perkara yang ingin dilakar di kanvas hati, lalu di print out melalui tulisan. Semuanya kiasan bagi hati. Ada sesuatu yang ingin ku lakarkan, yang ku keluarkan dari 'balang ilusi'. Terimalah, Sketsa Hati.

********

Bukan mudah untuk ku berdiri,
Di kala diri ini masih sendiri,
Apakan daya bila resah di hati,
Masihkah ada siapa yang ingin ketahui,
Apa yang tersirat di hati,

Aku di sini berdiri sendiri,
Berada di persimpangan jalan ini,
Aku cuba melaluinya walau sendiri,
Tapi hanya sebatas selangkah kaki.

Ya! Awan mendung kembali,
Seakan-akan ingin menemani,
Di kala diri ini rundung sendiri,
Gerimis mula menari-nari,
Turun tak henti-henti.

Inilah rasa hatiku ini,
Yang cuba meluahkan melalui syair dan puisi,
Cuba melukiskan gambaran yang berada di hati,
Adakah masih ada yang peduli.

Berlari-lari aku mencari,
Jalan yang ku rasa pasti,
Untukku menilai keyakinan diri,
Apakah masih aku bisa berdiri,
Di ruang demensi ini.

Aku masih percaya,
Bahawa rahmat Allah sentiasa ada,
Cuma kita saja yang merasa tiada,
Hakikatnya Dia sentiasa bersama.

Apakah masih ada harapan,
Untukku cuba menggali satu kehidupan,
Yang benar-benar pasti untuk menuju kejayaan,
Juga menggenggam kemenangan.

Moga ada sinar di balik awan mendung,
Kerana ku menunggu pelangi yang indah,
Dikala gerimis masih turun,
Membasahi hati yang tandus...


Abdullah Hakimi
22.11.2011
3.30 WIB
Bayt Asy-Syahid
Blang Kreung, Banda Aceh

P/S:
Bulan sentiasa memantulkan cahaya matahari,
Mewarnai keindahan Bumi.
Belajarlah dari Alam!

2 ulasan:

A.Qasrina.R berkata...

Assalamu'alaikum wbt.

Hayatilah Nikmat Kesunyian,
Selusuri dengan pandangan mata HATI…
Bahawa tidak semua sepi itu sunyi.
Bahawa tidak bermakna 'seorang' itu sendiri.
Bukan bermakna sakit itu lemah.
Bukan semua ketawa itu bahagia.
Kerana Sesungguhnya,
Tidaklah ALLAH menciptakan segala sesuatu itu dengan sia-sia...

Fikirkan.
Renungkan bersama…
Wahai ulul Albab,
Wahai Pelapis Generasi Al-Quran.

Semoga dikurniakan AKHIR yang INDAH.
Siiru 'ala barokatiLLAH.

WaLLAHUa’lam.

Abdullah Hakimi berkata...

Waalaikumussalam WBT...

Ya.. Pengakhiran yang INDAH.
Hidup untuk HIDUP,
Hidup bukan untuk MATI,
Ke arah kehidupan yang INDAH.
Perjalanan di sini baru bermula.
Nikmatinya...
Hanya di tangan kita memilih,
Kesengsaraan dan Kebahagiaan...

Terima Kasih atas nasihatmu...