» Bicara itu mampu menggores
luka, ❝..Bila menyindir penuh
makna..❞
» Bicara itu mampu menjadi
racun, ❝..Andai disalur menjadi
fitnah..❞
» Bicara itu mampu menikam
tajam, ❝..Kala dihunus bersulam
dendam..❞
» Bicara itu mampu menjadi
penawar, ❝..Andai nasihat galang
gantinya..❞
» Bicara itu mampu menjadi
azimat, ❝..Bermotivasi pencetus
semangat..❞
» Dan BICARA itu juga mampu
MENJADI SEBAHAGIAN daripada
DOA,
❝..Maka BERHATI-HATILAH
tatkala MENUTURKANNYA !! ❞
Karya:
Abdur Rahman Bin Zanal Abidin
(my 2nd brother, Turki)
******************
Mungkin ramai yang percaya bahawa berbicara itu mempunyai bentuknya tersendiri bila mana menuturkannya tertuju kepada seseorang. Adakalanya berbicara itu membuatkan orang lain tenang, bahagia, sedih, marah, kecewa, menangis, jatuh cinta dan sebagainya. Terkadang ianya mengundang bahaya yang sangat besar, Fitnah! Satu-satunya kata yang paling tepat dalam menggambarkan pembunuhan karekter melalui penuturan.
Dalam hal lain juga, orang yang berbicara itu mempunyai potensi yang sangat besar dalam penyampaian sesuatu maklumat lebih-lebih lagi seseorang itu adalah orang yang berpengaruh di dalam kehidupan bermasyarakat. Ya! Manusia adalah makhluk yang sosial, makhluk yang suka kepada interaksi.
Dalam kehidupan seorang muslim, Allah SWT dan Rasulullah SAW telah menegaskan betapa bahayanya orang yang banyak berbicara. Ianya sungguh berbahaya. Semuanya dalam penyampaian maklumat. Rasulullah menyarankan umatnya agar tidak berbicara perkara yang sia-sia dan melalaikan. Jika tidak ada perkara yang ingin disampaikan, maka lebih baik diam. Jangan disebabkan terlalu banyak berbicara, masa yang di gunakan membazir. Hakikat berbicara memang sebegitu, seronok di tambah dengan perkara-perkara yang seakan-akan "enak" untuk dibicarakan.
Contoh yang enak di dalam berbicara adalah mengumpat, berbohong, menyampaikan maklumat-maklumat palsu dan menyebarkan fitnah. Ini adalah sesuatu yang paling enak untuk di sampaikan. Oleh sebab itu Allah menegaskan di dalam kalam-Nya, al-Quran dengan menegaskan bahawa apabila ada seseorang yang membawa sesuatu berita, hendaklah di selidiki kesahihannya.
Kita... ya.. kita... adakah kita masih memahami hakikat perbicaraan ini? Mungkin kalian semua sedar semua ini tapi hakikatnya kita 'dilupakan' oleh si nafsu. Tapi perlu di ingat, bila kita membicarakan sesuatu yang baik, maka Allah akan menilainya dengan setiap apa yang kita tuturkan. Setiap saat, niat dan sebagainya di nilai.
Contohnya kita memberi nasihat, motivasi kepada sahabat-sahabat, menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada semua manusia. Semuanya demi memberi manfaat kepada manusia yang lain. Kadang-kadang dengan meluahkan pendapat kita dengan berdiskusi untuk manfaat manusia lain juga berfaedah. Dengan berdiskusi, kita dapat banyak ilmu pengetahuan. Bukankah perkataan "sharing is caring" memberi implikasi yang cukup besar?
Tersenyum seketika... melihat ramai di kalangan umat Islam yang leka, di kedai kopi atau warung, hanya melepak dan bersembang-sembang kosong. Menghisap rokok dan bermain dam. Ruginya waktu yang terbuang. Mungkin mereka tidak merasainya. Katanya..."itu dunia kami... hal aku jangan kacau."
 |
Di sebabkan selalu diskusi, saya di undang untuk menyampaikan materi tentang Sejarah walau saya bukan ahli di bidang sejarah. Di sebelah saya adalah seorang pakar sejarah dan arkeologi, pensyarah Universiti Syiah Kuala, Darussalam-Banda Aceh. Beliau agak teruja dengan materi yang saya sampaikan memandang saya merupakan pelajar jurusan Ushuluddin. |
Saya sering juga terkadang berada di kedai kopi, tapi bagi saya sendiri, bila saya bersama rakan-rakan seperjuangan saya di sini membuka sebuah topik, ia laksana sebuah kuliah secara tidak langsung. Perkongsian keilmuan dengan berdiskusi, membawa hujah masing-masing dengan memikirkan masalah-masalah ummah dan sebagainya, amat memuaskan hati. Dan paling tak terasa, waktu yang di luangkan itu tidak sedar sudah larut pagi kerana keseronokan berdiskusi.
Berbincang masalah ummah bukan saja di tempat-tempat rasmi, tapi di mana-mana saja pun boleh. Tak perlu dewan besar yang cukup dengan peralatan-peralatannya. Cukup hanya beberapa orang, meja, kerusi, pen dan kertas, sudah cukup bermakna untuk memulakan sebuah diskusi. Terkadang ada juga bertikam lidah dengan para sahabat. Tapi semua itu dalam mencari penyelesaian. Ada etika dan akhlak yang ditekankan. Berbeza dengan orang yang berbicara kosong tiada manfaat.
Tak dinafikan kata-kata orang lain, "Dunia kau lain, aku lain..." Tapi ingatlah, ada anjuran dari Rasulullah SAW dalam perbicaraan:
"Sampaikan dariku, walau sepotong ayat" (HR Bukhari dan Muslim)
Itukan lebih bermakna dari bersembang kosong tanpa adanya penyaluran ilmu pengetahuan. Dengan ini, kita bebas dari dosa yang setiap saat mempunyai panah yang tajam untuk dilepaskan ke hati. Bertambah hitamlah hati jika kita berbuat seperti itu.
Nasihat dari saya, untuk banyak berdiskusi, hendaklah memulakan dari diri kita dulu, iaitu dengan membaca. kerana membaca itu sumber ilmu pengetahuan.
"Saya malas laaaaaa"
Kalau malas, jangan harap kamu nak hidup di dunia. Kerana orang yang sentiasa hidup di dunia adalah orang yang sentiasa memberi. Bukan sentiasa "tidur" dengan mimpi-mimpi yang indah tapi hanya sekadar mimpi. Jika mahu mimpi kamu jadi kenyataan. Maka, bangkitlah dari tidur, dan BACALAH! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
Saya tersenyum... saya ingin bermimpi, tapi saya mahu mimpi saya jadi kenyataan. Saya punya impian. Kamu?? Tersenyum....tersengih-sengih...
P/S: Credit to my lovely brother... Your word so Awesome! I Like.... Like me like brother! That my little brother.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan