Ahad, 1 Januari 2012

2012: Kebangkitan Mahasiswa Bermula!

Sedikit ulasan saya mengenai sahabat-sahabat mahasiswa saya di Malaysia.

Tahun Baru 2012 membuka tirai dengan cara yang berlainan sekali pada tahun ini di Malaysia. Selalunya tahun baru yang di sambut setiap tahun mempunyai acara tahunannya tersendiri. Konsert-konsert dibuat bagi memeriahkan malam tahun baru sambil menunggu jam 12 tengah malam, dengan bakaran mercun-mercun yang berharga ratusan ribu.

Berbeza dengan tahun lepas (2011) yang mana banyak program-program yang bersifat ilmiah dan agama dilakukan bagi menutup tirai akhir tahun. Tiba-tiba di kejutkan dengan satu peristiwa yang amat malang bagi permulaaan lembaran sejarah negara 2012. Sekumpulan mahasiswa dipukul oleh pihak POLIS (yang sepatutnya menjaga keamanan negara) memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang hanya menuntut kebebasan dari akta yang tidak sepatutnya dibuat bagi mengongkong kebebasan mahasiswa, AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti)

Hal ini menjadi sejarah dan akan menjadi ingatan seluruh mahasiswa seluruh negara. 1.1.2012 menjadi satu titik atau simbol yang baru dalam sejarah Malaysia dan mahasiswa. Apa salah mahasiswa sehingga 17 orang cedera dan 2 orang di masukan ke ICU? Mereka hanya menuntut kebebasan secara aman, tidak melakukan kekecohan dan tidak mengganggu gugat keselamatan negara. Tapi hanya dengan sedikit "gegaran" kecil, mereka terus di pukul, di pijak-pijak dan dibelasah sehingga menitiskan darah! Salah apa mereka ini? Mereka pencuri? Pembunuh? atau apa? (POLIS! Sila terangkan perkara ini dengan segera)

Mereka mahasiswa adalah pemuda harapan bangsa, mereka adalah pemuda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara. Mereka bukan lagi anak kecil yang boleh di bohongi fakta! Mereka bukanlah manusia yang ibarat lembu yang di cucuk hidungnya?

Melihat dari lembaran sejarah yang baru ini, saya yakin, ini merupakan satu petanda awal dari tanda-tanda kejatuhan regim UMNO/BN! Mereka harus jatuh dan jatuh! Buat apa masih lagi memerintah jika menekan dan terus menekan rakyat dan akhirnya membuat rakyat terus menjadi bodoh dan akhirnya menjadi robot!

Akhir sekali saya berpesan kepada sahabat-sahabat saya di Malaysia, bersabarlah dengan apa yang terjadi. Setiap kesabaran pasti ada hasilnya. Insha Allah, sama-sama kita nantikan kejatuhan mereka!

Al-Maududi berkata: Mereka di antara manusia yang masih hidup di antara mayat-mayat yang bergelimpangan. Hanya di selamatkan dengan sedikit cahaya kehidupan.

Moga Allah meletakan mereka sebagai golongan orang yang sabar dan menjadikan mereka sebagai tentera-tentera-Nya!

Tiada ulasan: