"Setiap amanah yang diembankan, beliau menjalankannya 'sampai titik darah penghabisan'. Bunda Yoyoh adalah cucuran air mata air yang bening. Berparas dan berpostur biasa, namun kekuatan hati beliau dan kemampuan manajemen serta keunggulan dalam akalnya, menjadikan al-marhumah pantas menjalani hidup sebagai pemimpin." -Hajjah Neno Warisman
*********
Tidak banyak perempuan yang mampu mengelola dengan baik, antara tugasnya dirumah (sebagai seorang isteri dan seorang ibu) dengan tugasnya di dalam masyarakat.
Kemampuan mengelola itu di dukung oleh orang-orang yang berada di belakang perempuan berprestasi itu.
Buku ini merupakan biografi Ummi Yoyoh Yusroh, seorang perempuan yang dikurniakan 13 orang anak, dalam aktivitinya bersama keluarga dan aktiviti dakwahnya di dalam masyarakat. Bak mutiara, kisah ummi ini sangat berharga untuk diteladani. Semoga akan lahir mutiara-mutuara yang lainnya yang mampu meneruskan perjuangannya. Selamat jalan ummi....
*********
"Ummi selalu mengajak saya sewaktu sekolah rendah (SD), biar tahu perjuangan dakwahnya. Sejak kecil lagi, ummi sentiasa mengajarkan anak-anaknya solat tahajjud, dan menyintai al-Quran. Cara pengajarannya adalah menjadi contoh. Terkadang, Ummi harus pulang lewat malam. Ummi pernah pulang ke rumah pada jam 2 pagi, tetapi setelah berehat sebentar, beliau masih boleh bangun untuk mengerjakan solat tahajjud dan ummi selalu bangun di awal pagi.."- Walid Ghazin, putera ke-9, Hjh Yoyoh Yusrah S.Pd.I dan Drs.Hj, Budi Dharmawan.
*********
**********
Sebenarnya saya sudah lama mencari buku ini, sedangkan saya tahu kebiasaannya buku-buku yang diterbitkan agak lambat sampai ke Banda Aceh berikutan Aceh merupakan wilayah yang jauh dari pusat Indonesia, Jakarta. Akhirnya saya mendapat informasi, bahawa buku ini telah sampai akhirnya tetapi jualannya di sini agak cepat. Kerana bukan saya seorang sahaja yang menunggu buku ini, tetapi ramai aktivis-aktivis yang menunggu-nunggu "kedatangan" buku ini.
Alhamdulillah, saya mendapatkannya satu. Biasalah, pisang goreng panas, pastilah laku! Dapat juga memilikinya walaupun terpaksa meredah hujan bagi memastikan buku ini tidak habis di jual. Sebenarnya kedai buku yang saya pergi tidaklah terlalu jauh. Tetapi kerana takut habis DIJUAL! Terpaksa redah jugalah.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa istimewanya buku ini sehinggakan saya sanggup meredah hujan? Best sangat ke sampai tergila-gilakan satu buku ini saja!? Buku ni bestseller ke? Jawapannya adalah:
TIDAK!!!
Apa yang saya pandang pada buku ini menampilkan Islamic figure yang mana adalah jarang-jarang sekali ada wanita di dunia yang menjadi seperti ini. Buku ini menceritakan kisah peribadi seorang srikandi Islam yang menjalankan tugasnya sebagai seorang muslim! Ya! Seorang MUSLIM! Yang layak kita kaji dan meneliti kehidupannya sebagai seorang anak, isteri, ibu dan juga pemimpin kepada masyarakatnya.
Kehilangannya amat dirasai oleh kawan serta lawan di Indonesia. Seluruh dunia merasakan kehilangan wanita ini. Serikandi ini pergi meninggalkan dunia setelah seorang lagi srikandi muslimah di Malaysia, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen PAS, Titiwangsa meninggalkan dunia ini. Kedua-duanya adalah figure yang layak di contohi oleh muslimah di zaman moden ini. Mereka adalah srikandi yang lantang suaranya ketika Islam di pijak-pijak oleh musuh Islam. Mereka adalah orang yang bangun dikala orang lain masih enak tidur di tilam yang empuk. Masih adakah wanita-wanita ini dalam mempertahankan Islam?
Jadi saya menyarankan kepada sahabat dan sahabiah, cepat-cepat beli buku ini di kedai buku yang berdekatan. Buku ini cuma berharga Rp 33,000 sahaja. Jika antum semua rasa ini bernilai untuk kalian mengasah lagi jiwa antum semua untuk berjuang dalam menegakkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan menguatkan jati diri antum sebagai seorang Muslim, saya sarankan belilah. Ini merupakan salah seorang dari tentera-tentera Allah di dunia dan layak dijadikan contoh untuk ke syurga-Nya. Moga Allah redha kepadanya dan ahli keluarganya. Insha Allah. Aminn...
P/S: menunggu biografi srikandi Muslimah Malaysia, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen PAS, Titiwangsa
Jadi saya menyarankan kepada sahabat dan sahabiah, cepat-cepat beli buku ini di kedai buku yang berdekatan. Buku ini cuma berharga Rp 33,000 sahaja. Jika antum semua rasa ini bernilai untuk kalian mengasah lagi jiwa antum semua untuk berjuang dalam menegakkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dan menguatkan jati diri antum sebagai seorang Muslim, saya sarankan belilah. Ini merupakan salah seorang dari tentera-tentera Allah di dunia dan layak dijadikan contoh untuk ke syurga-Nya. Moga Allah redha kepadanya dan ahli keluarganya. Insha Allah. Aminn...
P/S: menunggu biografi srikandi Muslimah Malaysia, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen PAS, Titiwangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan