Sudah agak lama sepi sunyi tanpa adanya usaha untuk turun ke lapangan penulisan. Saya merasakan hal yang sama ketika saya berorganisasi di kampus. Semakin sibuk di organisasi, semakin saya tidak dapat mengejar apa yang harus dilakukan dalam sehari-hari. Tiada pembantu untuk membantu yang menguruskan hidup sehari-hari, mungkin. Tapi saya mencuba untuk menulis dalam menyampaikan beberapa hal yang berkaitan dengan hidup. Ya! Tulisan juga menjadi media untuk menyampaikan maklumat, dan tulisan jugalah yang akan di pertanggungjawabkan di akhirat nanti. Ye dok?
Tulisan ini mungkin berkaitan dengan kehidupan seorang pemimpin, lebih-lebih lagi dialah yang memegang tampuk kekuasaan organisasi. Pada saat kemenangannya dia di julang, tapi penuh nafsu serakah dan dendam yang membara yang akhirnya kemenangan itu menggunakan jalan yang salah walaupun sah! Tapi masa tak kan dapat di undur kembali. Jadi, terimalah tulisan ini, “Kemenangan Tanpa Makna”.
*******
Hari ini saya ke kampus, untuk menjalankan tugas saya sebagai mahasiswa dan juga murid kepada guru saya. Malangnya, orang yang mahu di jumpai, tiada di tempatnya. Lalu saya keluar mahu menuju ke suatu tempat yang biasanya menjadi tempat kegemaran saya di bawah pokok sambil membuka laptop di samping adanya minuman ‘Extra Joss” (yang katanya “untuk laki!”) dan coklat kegemaran saya, Snek Beng-Beng yang terhidang di depan mata.
Mengimbas kembali apa yang terjadi sewaktu saya di angkat menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Ushuluddin (MPM-FU) tahun periode 2010/2011 menggantikan seorang saudara yang amat dekat denganku ketika itu. Saya ketika itu hanyalah budak hingusan yang baru masuk ke alam dunia organisasi. Secara tiba-tiba di angkat menjadi Presiden MPM! ‘Ah! Saya budak baru belajar’ Menggerutu saya dalam hati. (P/S: Tugas seorang presiden hanyalah memantau perjalanan dan pergerakan Badan Eksekutif Mahasiswa Fakulti (BEMAF) yang menjalankan tanggungjawab di bidang kemahasiswaan). Jadi saya memaksa diri saya untuk belajar dan menerima amanah itu.
Dalam masa periode waktu itu, saya banyak belajar dan banyak ‘turun’ untuk membantu tugas dakwah kampus lebih-lebih lagi di Fakulti Ushuluddin. Tetapi biasalah, terkadang masalah ketidakfahaman dan ego sesama kader itu ada, menganggap dirinya boleh melakukannya sehingga ada kebocoran yang berlaku sehingga pergerakan dakwah menjadi melemah. Saling salah menyalahkan antara satu sama lain dan akhirnya memakan diri.
Sewaktu persidangan (muktamar) di lakukan, terjadinya tiga kelompok dalam memutuskan cara yang bagaimanakah untuk melakukan perlantikan Presiden dan Gubernur yang baru untuk periode yang akan datang. Golongan pertama memilih untuk mengadakan pilihan raya. Golongan yang kedua adalah golongan putih (Golput istilah di sini yang bermaksud tak tahu nak pilih yang mana satu) dan Golongan ketiga adalah mereka yang mahu perlantikan itu melalui MUBES (Mesyuarah Besar.) MUBES ini hanyalah memanggil beberapa perwakilan sebagai perwakilan dari setiap jurusan dan tahun kemasukan untuk berbincang dan mengambil suara majoriti dalam melantik presiden dan gubernur yang baru.
Hasilnya, golongan ketiga menguasai keputusan dan pada bulan September tahun yang lalu, telah di lantik melalui MUBES yang mana mereka bukan dari golongan yang membawa suara Islam. Antara sebab mereka mahu mengikuti MUBES adalah katanya MUBES ini seperti konsep SYURA! Yang walhalnya mereka tidak faham apa itu konsep syura yang sebenarnya!
Tidak lama kemudian, terjadilah demontrasi aman yang dilakukan oleh rakyat fakulti Ushuluddin yang rata-ratanya mahukan pilihan raya. Mereka merasakan ketidak adilan dan tidak bersama-sama dalam memilih keputusan untuk melantik ketua mereka. Dan akhirnya jalan mereka ambil itu (golongan ketiga) itu memakan diri mereka sendiri.
Saya telah pun mendengar dari beberapa orang pensyarah tentang hal-hal yang berlaku setelah mereka naik di tampuk kepimpinan. Setiap kali mereka mahu menjalankan aktiviti atau membuat program-program, mereka segera meminta dana dari pihak fakulti. Jika tidak ada wang, maka mereka tak dapat menjalankan aktiviti.
Bak kata orang Jawa di Indonesia: “Ah! Dasar gak tahu malu!” Saya agak hairan dengan sikap mereka. Adakah setiap kali program memerlukan dana? Sebelum mereka, dana yang ada tetap sama tapi masih boleh menjalankan perlbagai aktiviti. Ada juga pensyarah yang mengatakan mereka ini mengugut jika mereka tidak dapatkan dana. Hasilnya, segala perjalanan program tidak dapat di jalankan atas alas an kekuarangan dana.
Wajarlah pejabat mereka tidak mereka gunakan sebaiknya. Tiada seri walaupun mentari menyinari. Kenikmatan kemenangan yang mereka perolehi tiada makna. Ibarat debu yang pabila di tiup angin, berterbangan. Beginilah apabila mereka mahu menang dan menerajui kepimpinan tetapi bukan atas nama Islam, tapi berkepentingan dan nafsu serakah yang jelas.
Tidakkah mereka ketahui bahawa amanah itu akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak? Allah SWT berfirman:
“Tiap-tiap diri terikat (bertanggungjawab), tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) Yang dikerjakannya” [al-Muddatsir: 38]
“Dan mereka masing-masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat Dengan seorang diri. [Maryam: 95]
Dan kepada aktivis dakwah kampus, saya menasihatkan untuk diri saya sendiri dan juga kalian, ada satu hadis Nabi SAW yang menjadi peringatan buat kita, Hadis ini merupakan Hadis Qudsi:
“Hai manusia, sesungguhnya, Allah berkata padamu, ‘Serulah (manusia) kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran sebelum tiba suatu saat, dimana kamu sekalian berdoa kepadaku, tetapi tidak Aku kabulkan. Kamu meminta kepadaku, tetapi tidak Aku beri, dan kamu memohon pertolongan kepada-Ku, tetapi tidak Aku tolong.” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Rasulullah SAW bersabda:
“Kebersamaan adalah rahmat dan pepecahan adalah azab”
“Hubungan seorang muslim bagi muslim yang lainnya adalah ibarat sebuah bangunan yang tersusun kukuh, sebahagiannya saling kuat menguatkan antara satu sama lainnya.”
Dan yang pada akhirnya kita harus meyakini bahawa perjuangan kita adalah wajib untuk Islam dan yakin masa depan adalah milik Islam. Bukan milik golongan yang mempunyai kepentingan dan kelompok-kelompok tertentu.
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Asrama Haji, Banda Aceh
27 Februari 2012
9.55 WIB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan