Sabtu, 31 Mac 2012

Menegur Tanda Sayang, Marah Bukan Bererti Benci



"Kita tak boleh lawan pemerintah! Kita kena taat dan patuh kepada undang-undang!" 


Sahabat saya di dalam ruang kelas memulakan diskusi. Agak 'panas' keadaan ketika ini memandangkan di sini Pilihan Raya sudah semakin hampir. Saya hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mencampuri urusan politik di negara orang.

"Jika pemerintah itu zalim sekalipun?" Tanya seorang rakan sekelas, perempuan. 

"Ya! wajib...kerana pemerintah yang beri kita itu dan ini serta segala macam kemudahan kepada kita." balasnya.

Mereka berdiskusi panjang. Riuh satu kelas. Stress di buatnya. Saya sedang membaca buku ketika itu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembacaan saya. Akhirnya saya bersuara.

"Rasulullah pernah tidak melawan pemerintah?" Sengaja saya sebutkan tentang idola sepanjang zaman.

"Di kawasan tanah arab mana ada raja maupun Perdana Menteri bang. Ketua kabilah yang ada."

"OK....Pernah mendengar tidak ada nabi-nabi yang menegur dan menentang kerajaan atau pemerintah yang zalim?" Soal saya. Moga terbuka minda mereka untuk kembali ke dunia.

"Ada bang, Nabi Musa. Dia menentang Raja Fir'aun."

"Lagi?"

Mereka terdiam... merenung kembali kisah-kisah nabi yang mereka pelajari dulu. Saya menjawab kembali.

"Selain dari Musa, ada Ibrahim AS, Ada saudaranya Nabi Harun, Daud, Yunus." Mereka asalnya bukan menentang, tapi mereka menegur pemerintah. Kalau pemerintah tak dengar teguran dari sesiapa dan berbuat zalim. Wajarlah di turunkan. Lihatlah bagaimana kehancuran Raja Namrud dan Fir'aun? Menegur tanda sayang, marah bukan bererti benci. Wajib tidak menuruti arahan pemerintah yang zalim dalam melibatkan hal-hal yang zalim. Yang baik-baik tidak mengapa. Contohnya mereka buat undang-undang jalan raya, itukan kebaikan buat kamu. Tapi kalau dia suruh kamu menyerang negara orang, bukankah itu zalim?"

"Oh ya tak ya, terima kasih bang kerana memberi penjelasan." Tersengih-sengih beliau dengan hujahnya yang kurang benar tadi. 

---------------------------------------------------
# Orang Islam lebih cepat bangun dari lena jika sudah tahu Islam itu bukan sekadar agama tapi cara hidup.

Tiada ulasan: