Isnin, 16 April 2012

Sendiri Janganlah Menyendiri

Anda Suka Menyendiri?
Rasulullah SAW bersabda:
"Kamu hendaklah bersama dengan jema'ah (persatuan, organisasi, bermasyarakat), kerana tangan Allah bersama jema'ah, dan sesiapa yang mengasingkan diri (menyendiri), maka dia mengasingkan diri di dalam api."
Terkadang kekecewaan yang menjadikan kita menyendiri. Jauh dari pergaulan dengan manusia yang lainnya. Hakikat kemanusiaan itu sebenarnya ia dilahirkan untuk saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Salah satu caranya adalah interaksi atau komunikasi dengan manusia yang lainnya agar informasi dapat di sebarkan.

Namun apa yang terjadi, kebanyakkan manusia lebih suka mengambil jalan yang lebih susah dari jalan yang susah iaitu meninggalkan masalah tanpa menyelesaikannya. Problema yang terjadi pada masyarakat hari ini bukanlah satu jawapan bagi diri sendiri. Malah masalah akan menimbulkan masalah yang lainnya. 

Kreativiti dan semangat akan berkurangan jika mendiamkan diri. Semangat dan cita-cita akan lebih terhambat dengan menyendiri. Otak akan menjadi lemah dan tumpul dan yang paling ketara, unsur-unsur negatif lebih mudah menyerang diri. 

Kekecewaan yang di alami akan memakan diri. Tidak ada gunanya dan tidak memberi manfaat pada diri melainkan hanya kerosakan akal dan jiwa. Jika kekecewaan itu lahir kerana sikap manusia, maafkanlah. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pun adalah seorang pemaaf:
"Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memaafkan..."[HR Nasai dan Al-Hakim]

Jika kekecewaan itu berpunca dari lingkungan atau keadaan, jadikanlah diri sebagai perubah atau orang yang membaiki sistem dan keadaan. Membantu jalan ke arah yang lebih baik itu lebih mulia dan di hargai. 
"Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu." [Ar-Rum: 60]
Bilamana kita menyendiri, kita menyusahkan orang lain. Segala-galanya menyusahkan. Tidakah berfikir, orang yang mahu berkomunikasi dan berinteraksi itu memerlukan kita? Jika menyendiri, kita di ibaratkan orang yang telah mati. Berbeza dengan ahli sufi, mereka menyendiri tetapi masih lagi berinteraksi dengan masyarakat luar, menyeru kearah kebaikan. Mereka juga tidak meninggalkan dunia. Mereka masih lagi manusiawi, punya hati dan harga diri.

Berbeza dengan orang yang telah mati. Itu benar-benar menyendiri, tiada lagi nilai dan harga diri. Tiada lagi tenaga untuk melakukan amal kebaikan. Tetapi apabila kita menyendiri sebelum mati, maka kita sudahpun digelar sebagi orang yang mati. 

Rasulullah SAW bersabda:

"Binasalah orang yang berlebih-lebihan...(beliau mengulanginya sehingga tiga kali) [HR Muslim]

Ingatlah, apabila kita tidak mengetahui keadaan orang lain dan dunia di luar, maka kita telah pun menempah tiket keluar dari barisan kaum muslimin. 

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang tidak mengambil tahu/berat tentang keadaan kaum muslimin (yang lainnya), maka dia bukanlah di kalangan mereka." 

Hikakomori


Menyendiri adalah satu penyakit yang di istilahkan sebagai mati sebelum mati. Di Jepun, penyakit ini telah pun merebak ke masuk ke dalam masyarakat. Ianya merupakan satu bentuk kesonsangan sosial. Ianya di namakan Hikikomori (ひきこもり or 引き籠もり,) 
"Hikikomori adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka mengasingkan diri di tahap yang ekstrim disebabkan oleh pelbagai faktor yang bersifat akumulatif, berkait mungkin dengan masalah social phobia atau social anxiety. Malah mungkin juga Agoraphobia, Avoidant Personality Disorder (APD) atau sifat malu yang ekstrim lagi menyakitkan. 
Golongan Hikikomori di Jepun, tidak meninggalkan rumah mereka untuk jangka masa yang panjang. Isolusi mereka berlangsung selama berbulan-bulan, bertahun-tahun malah ada yang mencecah dekad. Saya yakin, sukar untuk kita bayangkan remaja di Malaysia boleh terjebak kepada penderitaan sosial seperti benchmark Hikikomori."- Ustaz Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam.com)

Apakah penyelesaian terhadap orang yang suka menyendiri ini? Solusinya adalah AGAMA. Agama bukan sahaja menekankan tentang ibadah, tetapi ia juga adalah pegangan hidup dan ianya tidak sekali-kali membenarkan adanya fenomena itu berlaku. 

Rasulullah SAW bersabda:
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” [Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032]
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad] 
Sedarilah bahawa Islam mengajarkan kita erti hidup bersama, bermasyarakat. Ianya bukan pilihan tapi satu kemestian. Dan ingatlah, kita sebagai umat Islam mempunyai tugas yang sangat besar dan kita memikulnya.
"Bekerjalah kamu!, maka Allah  dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu di beritakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan." [Surah at-Taubah: 105]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. .menyendiri bukan bererti anti sosial,sombong atau bersama syaitan. .adakah adil melihat seseorang dari luaran sahaja. .kita hidup bukan untuk pujian,pandangan atau redha mahluk. . .tapi hanya Allah yang mengetahui siapa diri kita sebenar. .jangan mudah menilai seseorang dari luaran. .apa hina nya seseorang manusia yang tidak dikenali oleh mahluk lain. .ini sekadar pandangan saya. .kita tidak memiliki apa apa. .Allah yang maha Esa. .

Insan kosong..