“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [2] Itu sangatlah benci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [3] Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kokoh! [4]”
[QS As-Shoff:2-4]
Alhamdulillah, sekitar jam 2 petang tadi, saya telah mengadakan satu diskusi umum yang membincangkan hal-hal yang berkaitan Dakwah dan Kepimpinan. Walau tidak ramai yang menghadirinya, bagi saya cukup untuk mereka menyampaikannya kepada yang lain. Ini merupakan satu pengalaman untuk melatih persiapan diri sebelum turun ke lapangan masyarakat.
Menjadi lumrah kepada sebuah sistem organisasi jika tidak ditadbir dengan baik, maka penghasilan sumber daya manusia akan menjadi lemah. Begitu juga sebaliknya. Apa yang terjadi di organisasi baik peringkat bawahan mahupun di peringkat tertinggi, memerlukan satu gerak kerja yang sistematis agar perjalanan organisasi lancar.
3 Keys Of Basic Management
Di dalam pembentangan yang saya adakan tadi, saya cuba mempertengahkan satu konsep management berdasarkan kepada surah As-Shaff, ayat 2-4. (ayat di atas). Jadi saya cuba mengambil 3 kunci penting di dalam pengurusan organisasi.
Konsep yang saya ambil ini, saya berpegang pada konsep maqashid Syar'iyyah yang mudah-mudahan saya tidak mencampur adukan antara haq dan yang batil. Menurut Yusuf al-Qaradhawi tentang ayat 54, surah al-A'raf yang ertinya:
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya engkau tidak jadikan penciptaan ini dengan sia-sia (tanpa tujuan dan hikmah..."
Beliau mengatakan: "lalu kami mengatakan juga: Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya tidaklah kamu mensyariatkan sesuatu hukum kecuali bersamanya hikmah..." [Lihat di dalam buku Fiqh Aulawiyyat, bab keutamaan fahami maqashid dari berpegang kepada dalil nas semata-mata.]
Ayat yang saya bold-kan di atas adalah 3 kata kunci yang sangat-sangat mudah untuk di ingati:
- Keilmuan Dan Pengamalan
- Kesatuan Fikir dan Amal
- Kekuatan
1. Keilmuan Dan Pengamalan [Amal Infirodi: Individu]
- Keilmuan adalah penting sebelum melakukan amal. Ini kerana banyak mudharat atau kerosakan yang terjadi apabila seseorang itu melakukan amal tanpa ilmu yang mencukupi. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata:
"Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan."
- Setelah mendapatkan ilmu, pengamalan hendaklah dilaksanakan. Ini kerana, ilmu dapat di kembangkan melalui pelaksanaan secara menyeluruh.
"Ilmu tanpa amal, sia-sia, amal tanpa ilmu sesat binasa."
2. Kesatuan Fikir dan Amal [Amal Jama'i: Team Work]
- Kesatuan fikir dan amal perlu untuk membina dasar kekuatan sesuatu organisasi. Penyusunan-penyusunan strategi harus di bahas dan di bincangkan bagi menjalankan proses untuk mencapai matlamat.
- Hal ini perlu di buat dalam beberapa pembahagian tugas sebelum melaksanakan sesuatu perencanaan.
- Keberhasilan sesuatu matlamat adalah hasil dari kesatuan fikir sehingga matlamat yang di sasarkan dapat dilaksanakan dengan sempurna dengan melakukan teamwork.
- Dalil:
"Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjamaah adalah lebih utama dari solat bersendirian..."
- Dengan melakukan teamwork, segala perjalanan yang dirancangkan akan menjadi berkualiti, kuat dan siap pada masanya.
- Perlaksanaan hendaklah dibahagikan mengikut kepakaran di dalam bidang masing-masing.
3. Kekuatan [Amal Ijtima'i: Beramai-ramai]
- Setiap organisasi yang pengurusannya yang baik adalah organisasi yang mempunyai kekuatan dan keteguhan dalam menyebarkan idea-idea atau perancangan-perancangan bagi mengukuhkan lagi organisasi.
- Kualiti yang di tonjolkan oleh organisasi akan memberikan kesan terhadap pandangan masyarakat khususnya di bidang kemasyarakatan dan sosial. [lebih penekanan terhadap Lembaga Dakwah di Kampus]
- Ini kerana antara asas utama yang di tekankan di dalam Islam adalah Kualiti
- Dalil:
"Wahai Nabi, ransangkanlah orang-orang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, maka mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir, di sebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." (Al-Anfal:65)
Jadi dalam melaksanakan proses dakwah dan kepimpinan, ketiga-tiga elemen ini perlu ada dan dikuasai oleh setiap organisasi. Sesungguhnya, tanpa penyusunan yang rapi, akan meranapkan segenap usaha yang telah dilakukan dan akhirnya segala perjalanan gerak kerja Islam menjadi terhambat. Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang yang teliti dan berkualiti di dalam perkerjaannya.
Semoga segala amalan dan usaha untuk memartabatkan Islam di berkati dan di redhai oleh Allah SWT.
Abdullah Hakimi
Semoga segala amalan dan usaha untuk memartabatkan Islam di berkati dan di redhai oleh Allah SWT.
Abdullah Hakimi
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima
Erti Memberi Pada Menerima
*Jika ada tambahan, sila berikan ulasan/komentar anda di ruang ulasan, Terima Kasih.
1 ulasan:
Assalamu'alaikum wbt.
Salam ziarah. Salam mujahadah.
Teruskan menulis. Semoga ada manfaat kerana ilmu itu cahaya yang tidak akan pernah padam sekalipun ketika matahari sudah tidak lagi memancarkan sinarnya. Wallahu'alam.
Catat Ulasan