Isnin, 7 Mei 2012

Demi Sebuah Fokus

“Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi”
[Al-An'aam 6: 151]


Dalam dua tiga hari ini, kecoh satu dunia Facebook di Malaysia. Isu lama, cuma diungkitkan kembali oleh seorang ustaz. Tapi perlu kita melihat dari satu sudut pandang. Ia berkaitan dengan namanya 'Zaman".

Kalau dulu di awal era milenium, tahun 2000, terjadi era revolusi muzik Malaysia di mana nasyid sudah pun memasuki era baru. Santai dan releven. Muziknya pun menggunakan muzik kontemporer. Bukan lagi memakai gambus, tamborine, kongga dan alat-alat ketuk padang pasir yang lain, tapi memakai gitar akustik, drum dan lain-lain peralatan moden. 

Masih ingatkah anda kepada lagu, "Kasih Kekasih"? Pasti yang muda atau pernah belajar di mana-mana IPT di Malaysia sangat-sangat mengenali lagu ini. Pada ketika itu, era Islamisasi sudah memasuki tahap yang baru. Nasyid pada ketika itu sudah memakai nama baru, Pop-Dakwah. Mungkin kerana biar laris atau ingin mencuri hati-hati masyarakat remaja ketika itu yang rata-ratanya mahukan perubahan di dalam hidup menjurus kepada Islam.


Namun, setelah beberapa tahun kemudian, nilai itu hilang, larut di dalam muzik tanpa adanya kawalan. Lalu nilai yang seharusnya di bawa itu, menjadi suatu perkara yang di nilai baik oleh sesetengah pihak, tapi sebenarnya menguntungkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Syaitan!

Kalau dulu, 'Cinta anta anti' sering di mainkan melalui muzik-muzik "islamisasi", hantar sms kejut bangun tahajud, nasihat sana sini. Ada juga yang sms..." awak! Jangan lupa mengaji ya, biar sama-sama kita berbuat baik, moga kita mendapat redha Allah!" [Gediknya!]. Jangan lupa, watak yang dimainkan adalah orang yang memakai kopiah dan gadis yang bertudung labuh!

Zaman Media Grafik 3D

Dulu, masyarakat muda mudi menggunakan elemen penyampaian muzik kepada orang yang di sukainya. Berbeza setelah 10 tahun kemudian, media lebih tertumpu kepada menggunakan elemen gambar [foto] yang menggunakan teknik grafik 3D. Berbagai software yang boleh di dapati sekarang di mana-mana. Contohnya 1. Adobe: Photoshop, Illustrator, Flash. 2. CoralDRAW.

Penggunaan media dalam bentuk gambar lebih diterima kerana konsep yang di ketengahkan adalah konsep 'read-learn' yang membuatkan otak berfungsi untuk menghadamkan segala apa yang terlihat dan akhirnya terzahir pada hati dan perbuatan.

Media yang digunakan ini telah mempengaruhi anak muda sekarang yang pada akhirnya, melahirkan generasi yang express matured. Proses ini sebenarnya mempercepatkan aliran darah jiwa seorang pemuda/i [darah muda] yang sepatutnya mengarah kepada bentuk yang positif. Disebabkan terlebih dos kerana dirangsang oleh sesuatu keadaan, maka kendalian emosi tidak dapat dibendung. Hasilnya akan mempercepatkan proses kematangan secara tidak teratur dan sempurna. 

Ya! Saya akui ada pihak yang menganjurkan penikahan awal yang disebut sebagai nikah khitbah. Tetapi jika keadaan menjerumus kepada masyarakat pemuda/i kita pada hari ini adalah proses express matured, maka saya fikir, kementerian yang bertanggungjawab (khususnya Kementerian Pendidikan) untuk mengubah lanskap pendidikan di peringkat nasional, khususnya di Malaysia.

Seharusnya kita sebagai seorang pemuda, mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman dan tahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan syariat, ia akan membuatkan kita lebih terarah dan kembali kepada fokus kita sebagai seorang pemuda. Nikah atau perkahwinan itu memerlukan perincian dan ilmu yang tinggi. Persiapan bukanlah hanya persiapan zahir semata-mata, tetapi mental juga perlu persiapan. 

Ilmu yang kurang akan menyebabkan ada hal-hal lain yang akan merosakan institusi kekeluargaan. Ia akan menghancurkan dari dalam jika kita tidak dapat mengendalikannya dan akhirnya terjadilah perkara yang tidak di ingini. Penceraian!.

Kisah Abdullah Bin Abu Bakr
Sumber: Saifulislam.com

"Teringat saya kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.

Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.

Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.

Cinta yang membingungkan.

Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PEٌNCERAIAN."

Persiapan awal

Apakah salah nikah awal? Jawapannya, tentu tidak. Kita harus kembali menilai diri kita apakah sebenarnya tujuan pernikahan tersebut. Seberapa banyak ilmu yang berkaitan dengan rumah tangga yang kita kuasai?

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap dari kamu adalah ketua dan setiap ketua bertanggungjawab terhadap yang di pimpinnya. Semua lelaki adalah ketua terhadap ahli-ahli rumahnya dan setiap ketua bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnnya. Semua isteri adalah ketua dirumah suaminya dan setiap ketua bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Semua hamba adalah ketua terhadap diri tuannya, setiap ketua bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya, Semua dari kamu adalah ketua dan setiap ketua bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya."
Untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memerlukan ilmu bagi mengolah dan mempimpin hingga tiba ke destinasi. Seorang ketua yang tidak bertanggungjawab akan membuat kerosakan dan menghambat segala yang berkaitan dengan apa yang di pimpinnya. Semua itu memerlukan tanggungjawab yang konsistan.

Jadi kita sebagai para pemuda yang duduk di zaman ini perlulah fokus apa yang perlu kita fokuskan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengejar ilmu. Ya, kita tidak menyalahkan takdir. Kita terperangkap di dalam sebuah sistem yang menghancurkan. tetapi ingatlah. Nabi SAW pernah mengatakan bahawa pahala kita di zaman ini adalah 50 kali ganda daripada zaman sahabat-sahabat nabi SAW. [Saya sudah lupa matan-nya. bagi sahabat-sahabat yang tahu tentang hadis itu, tolong di sertakan di bahagian ulasan.]. Jadi ada tugas yang perlu kita fokuskan untuk menjadi benteng pertahanan Islam dari dirosakan.

Darah Muda

Jadi persiapan perlu di lakukan demi sebuah fokus! Darah kita darah muda. Cuba kita doktorinkan hal-hal yang berkaitan dengan konspirasi Yahudi dan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara yang pihak musuh mahu menghancurkan Islam. Sama juga efeknya. Darah menggelora. Darah anak muda sentiasa menggelora. Jadi gelorakan hanya yg haq, dan berhati-hati yang batil

Muhasabah kembali jika kita terkena penyakit 'merah jambu' yang gedik! Demi sebuah fokus! Kerja kita adalah menjadi mata rantai perjuangan Islam. Jangan biar kita kehilangan fokus!

Jangan biarkan hati anda lalai,

Nanti hidup kan menyesal.

Abdullah Hakimi
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima

Sedikit Illustrasi:




*Kalau ada salah silap, boleh kita dikusikan di bawah. 

Tiada ulasan: