Sabtu, 12 Mei 2012

Travelog: Prolog Kembara Jiwa Di Bumi Rencong

Terpaksa pulang ke tanah air, kerana masalah imigrasi. Meninggalkan final exam dengan terpaksa.
Perjalananku ke Bumi Aceh, Bumi Tanah Rencong dan Bumi Serambi Mekah, Indonesia ini amat berliku-liku jalan ceritanya. Oleh kerana itulah, mungkin di sebabkan perjalananku ini, nama blog ini menjadi Musafir Kehidupan. Yang membawa erti "Pengembara yang mencari erti kehidupan"


Mengapa erti kehidupan? Bukan erti hidup? 

Bukankah erti hidup itu adalah perkara-perkara yang kita perlukan untuk hidup. Ya, keperluan sehari hari. Makan, minum, riadhah, pakaian, belajar, wang dan sebagainya. 



Berbeza dengan kehidupan. Ia berkaitan dengan perasaan, nilai, cara pandang, sifat. Secara khusus, apa itu kasih sayang, cinta, persahabatan, komunikasi, dan sebagainya. Semuanya terfokus kepada nilai. 

Perjalanan yang amat melelahkan, tapi banyak cerita-cerita yang dapat di kongsikan bersama. Banyak kisah yang mempengaruhi psikologi, hati, jiwa dan perasaan. Dan mungkin sudah tiba masanya, travelog ini ku tulis agar memori ini tersimpan rapi sebagai sebuah ceritera kehidupan yang sama-sama kita mengambil manfaat bersama. 

Jauh sekali untuk membangga diri, cuma mungkin kalian bisa mengambil ibrah apa yang di sampaikan. 3 Ogos 2012 ini, genap 4 tahun berada di Bumi Aceh ini. Suka duka, pahit manis, pertemuan, perpisahan, jatuh bangun semuanya ada ceritera tersendiri. 


Ujian Jalan Terpantas Menuju Apa Yang Kita Mahu


Aneh bukan?

Ujian yang Allah berikan pada setiap hamba-hamba-Nya punya nilai dan hikmah yang tidak dapat di baca. Tetapi setelah beberapa tahun, barulah sedar kebaikan yang Allah berikan. 

Ujian?

Merupakan anugerah Allah yang seharusnya kita syukuri.

Kita mengharap sesuatu dari Allah?



Allah akan beri pada kita bukan apa yang kita minta, tapi jalan menuju ke arah apa yang kita pinta.

Bukan esok, bukan juga lusa...

Tapi bertahap.

Allah mendidik kita dengan kesabaran. Allah beri ujian untuk kita sampai ke destinasi yang telah di tentukan-Nya. Sakit! Tapi Nikmat. Tawar hakikatnya manis. Namun, dengan kekuatan hati sajalah yang mampu menerobos melihatnya dengan kaca mata iman. 

Tegak, teguh, pasak, tegap, hanyalah nilaian sementara. Sehingga datangnya ujian dari-Nya. Akhirnya...

Bengkok, rapuh, patah, longlai! Bagi yang gagal dalam menghadapi mehnah.


Akhirnya tersungkur, menyalahkan Allah kerana memberi ujian kepada kita dengan ujian yang tidak mampu kita tempuhinya. Mulut mencaci maki, segala perisa keburukan keluar dari mulut. Itulah apabila hati tidak kuat.

Iman Segala-galanya.
Bersama Ex-PKPMI PUSAT sesi 2010-2011
Sebenarnya ujian itu adalah untuk kita kembali pada landasan takdir. Ada jalan yang lebih baik, namun itu atas pilihan kita. Kita memilih untuk tersungkur atau berdiri kembali dengan membina kehidupan yang lebih baik?
"Dan sesiapa yang mengerjakan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan kami beri kehidupan yang baik..." (An-Nahl: 97)
"Dan sampaikanlah berita gembira, kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang baik bahawa mereka akan memperoleh taman syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai...." ( Al-Baqarah: 25)
Hanyalah keimanan yang dapat memancarkan ke dalam hati manusia sumber-sumber kebahagiaan, yang di rindukan oleh setiap orang. Kebahagiaan sangat dekat dengan kehidupan. Iaitu

Ketenangan...

Ketenteraman...

Kepuasan...

Cita-cita...

Dan Kasih sayang.

Tanpa ada keimanan, semua itu hanyalah impian dan angan-angan kosong yang takkan pernah menjadi kenyataan. 


Banyak yang ingin ku ceritakan. Kisah-kisah perjalanan di Malaysia, dan kembara jiwa di Indonesia, serta ujian pahit getir, jatuh bangkit dan sebagainya. Semuanya ada. 

Aku tersenyum.

"Kembara Jiwa Di Bumi Rencong"

Musafir Kehidupan-Erti Memberi Pada Menerima...


Ku rungkaikan, dalam travelog ini. 

Abdullah Hakimi @Musafir Kehidupan
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima

3 ulasan:

DekNie berkata...

Salam...

nak tanya, kenapa Acheh digelar Tanah Rencong?

Just want to know..

Abdullah Hakimi berkata...

Waalaikumussalam wbt.

Rencong ni sejenis senjata rasmi masyarakat Aceh suatuketika dulu. Lebih kurang macam keris, tapi dalam bentuk skala kecil.

herrycutibajetmedan berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. InsyaAllah Semua Happy...(^_^)



Hubungi kami untuk harga Menarik lagi Jimat $$$$$:

Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp:
+62 813 9788 0156 (Herry)------->>>>****INDONESIA****
+6013 4618637 (Ina)------------->>>>****MALAYSIA****