Bila melihat keadaan hidup sekarang, dengan banyaknya pembacaan baik di bidang akademik seperti falsafah dan pengurusan, dan tidak ketinggalan, tentang kehidupan baik buku Aku Terima Nikahnya, Sebarkan Cinta-Mu dan sekarang, Allah, Liberty and Love oleh Irshad Manji. Saya termenung seketika. Ramai yang mengatakan, keadaan kita pada hari ini, hasilnya kita lihat di masa depan.
Saya bercita-cita mahu menjadi ahli akademik, usahawan, motivator, fasilitator, ustaz, guru, kaunselor, ahli falsafah, sejarah, astronomi dan pakar di bidang fiqh. Namun ada perkara penting. Jauh termenung, saya memikirkan apabila sudah jadi suami orang, sudah berkeluarga, ada anak satu dua tiga dan seterusnya. Isteri pula seorang yang sibuk kerjayanya. Apakah yang akan terjadi di masa akan datang? Cita-cita menjulang tinggi ke langit, tetapi 'sila ukur baju sendiri' bila sudah berumahtangga nanti.
Fokus Hilang
Otak mula jadi stress, hilang fungsi kompleksnya, sudah tidak teratur, banyak tanggungjawab dan amanah. Hilang fokus sedikit sebanyak oleh pengaruh kehidupan. Takutnya nanti, anak terabai, rumah tangga terburai. Emosi kita tidak stabil, isteri pula melenting tak tentu arah. Pada awal perkenalan seorang yang malu-malu, setelah berumah tangga, aduhai... berleter tak habis-habis!
Tersenyum...
Oh, inilah kehidupan...
Sibuk?
Alasan.
Tabiat yang perlu diperbaiki
Itu mementingkan diri sendiri namanya. Dalam rumah tangga, ada dua orang yang penting. Suami dan isteri. Paknya dan Maknya, Abah dan Ibu, Abang dan Yang, Abi dan Ummi. Takkan berjayanya rumahtangga jika tidak ada pembantu. Penenang dan penyejuk hati dan mata (Qurratul 'Ain). Allah menjadikan wanita sebagai pembantu, melengkapkan yang menjadi kekurangan pada diri. Anak-anak sebagai penyeri kehidupan.
Pengurusan masa dan pembahagian tugas. Takkanlah masa berbulan madu tak boleh merancang. Hanya memikirkan bercinta saja. ;) Hidup itu indah jika berkongsi rasa dan kasih sayang. Tanggungjawab harus dilaksanakan. Amanah untuk melahirkan generasi yang berkualiti. Banyak buku-buku yang menerangkan tentang hidup berumah tangga. Hanya kita saja yang mahu atau tidak mahu membaca dan memahaminya.
Hidup perlu merancang, walau masih bujang.
Jangan sampai semua yang berangan, hilang di tiup angin.
Ummi dan Ayah
Saya masih ingat 4 tahun lepas, Ummi saya pernah mengemukakan saya calon isteri oleh kerana saya berkeras, saya tidak mahu dari golongan agamawan namun biarlah satu fikrah. Ya dapat... Hebat orangnya. Seorang ahli di bidang farmasi, dan merupakan orang kuat Nisa' di Melaka.
Saya berfikir, sedangkan saya belum dapat segulung ijazah, nak dapat isteri yang sudah dapat ijazah dan ahli farmasi. Orang kuat Nisa' pula tu. Saya ini apakan pula. Nanti apabila hidup berumahtangga. Saya kemana, isteri kemana. Hidup tidak selalunya indah. Langit tak selalunya cerah. Masing-masing ada egonya sendiri.
Dan sekarang calon yang ummi saya calonkan dulu, sudah pun bernikah dengan suaminya sekarang. Memang sesuai dan memang padan pun. Alhamdulillah, sekufu itu bagus, lebih-lebih lagi sefikrah. Engineering dan Ahli Farmasi. Ok lah tu, kata hati saya.
Sebenarnya mungkin sengaja Ummi dan ayah memilih orang itu untuk menguji saya. Adakah saya berfikir ataupun main redha saja tanpa memikirkan masalah yang akan datang. Sungguh! Kita patut sedar bahawa janganlah kita sombong dan ego terhadap kedua orang tua kita. Mereka dah makan garam dan kicap lebih lama dari kita.
Banyakkan pembacaan, nescaya ia memanjangkan umur kita, dan kehidupan kita.
Selagi ada waktu, selagi itulah berfikir.
Halang sebelum hilang, nanti diri yang menyesal.
Apakan daya bila emosi mengalahkan rasional,
Muhasabah Is The Best Sweet Time.
Demi untuk orang yang tersayang.
Halang sebelum hilang, nanti diri yang menyesal.
Apakan daya bila emosi mengalahkan rasional,
Muhasabah Is The Best Sweet Time.
Demi untuk orang yang tersayang.
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar
Ikhlaskan dirimu sebelum memberi,
Agar orang yang menerima merasa bererti.
1 ulasan:
sentiasa matangkan dirimu dalam penulisan dan perlakuan hidupmu...insyaAllah.. dirimu akan matang di kehidupan di depan sana.. amin =)
Catat Ulasan