Penat bekerja sebenarnya. Menjadi pemimpin bukan duduk berbangga dikerusi empuk. Tulang empat kerat di kerah. Dicaci, dimaki menjadi kebiasaan. Ke sana ke sini mencari solusi. Masalah bertimbun, cuba untuk menyelesaikan segera. Namun masihkah ada yang mahu membantu merelakan bahunya untuk menjadi tempat melepaskan lelah? Masihkah ada hati yang mahu menenangkan jiwa pemimpinnya?
Menjadi pemimpin yang tidak bergaji? Sanggupkah anda untuk bertahan? Mampukah anda untuk bertahan dari di caci dan di celah oleh orang yang suka mencelah?
Semuanya mengharapkan redha Allah. Allah-lah yang memberi gaji, namun gaji di tunda sehingga tiba waktunya.
Hebat?
Tidak... kalau hebat, dialah manusia bongkak takabbur yang merasakan dirinya hebat.
Bahuku menjadi sandaran
Sanggupkah kau merelakan bahumu untuk menjadi sandaranku sahabat?
Menjadi seorang pemimpin adalah dia haruslah bersedia memikul amanah. Di bahunya telahpun memegang amanah yang sangat berat. Menzalimi dirinya sendiri untuk meringankan bebanan rakyatnya. Di atas terpikulnya tanggungjawab untuk menjaga kebajikan. Namun, seramai manakah dirimu untuk melabuhkan bahumu untuk membantu meringankan amanah dipikul oleh sahabatmu ini?
Pastinya dan seringkali terjadi adalah, ramai yang suka mencela dari memuji. Ramai yang suka melihat membatu dari membantu. Siapa yang zalim di sini sahabatku? Pemimpinmu atau kamu?
Selagi mana pemimpinmu itu tidak melanggar batas-batas syariat-Nya, selagi mana tidak menzalimimu, wajib ke atas kamu membantunya.
Oh.. kerasnya hatimu.
Di tepinya neraka yang menggeledak. kakinya nyaris dibaham oleh Jahannam!
Kamu? Mampu lihat sajakah?
Mementingkan dirimu sendiri...
Hebatnya Bicara, Meludah Di Tangga
Berapa ramai yang berkomentar sana sini, menyatakan kekurangan yang dilakukan. Sudahkah engkau membantunya menyelesaikan urusan? Adakah dirimu hebat berbicara, tersembur air liurmu mengadu domba, sana sini tidak kenal lelah, hanya untuk menceritakan tentang buruknya pemimpinmu sedangkan pemimpinmu telah berusaha sepenuh tenaga untuk menyelesaikannya?
Hebat bersilat lidah di sana sini, lalu hanya meludah di tangga apabila meminta pertolongan.
Hebat bersilat lidah di sana sini, lalu hanya meludah di tangga apabila meminta pertolongan.
Oh hakikatnya ramai seperti itu.
Habis semua ayat al-Quran dan Hadis engkau keluarkan untuk menghujah dan menghujat sana sini untuk menegakkan apa yang terbuku di hatimu. Namun segala yang makruf yang dilakukan oleh pimpinanmu, engkau hanya melihat dengan sebelah mata.
Atau engkau menutup mata?
Kebenaran engkau sampingkan, keburukan engkau utamakan.
Bukankah itu satu penghinaan buatmu teman? Engkau meludah kelangit, tapi jatuh kembali ke wajahmu.
Atau engkau mahu menjilat ludahmu di tangga tadi?

Jadilah sahabat dan pembantu.
Apa yang menjadi aib kepada saudaramu, bukankah lebih baik engkau menutupnya. Lantas Allah Swt menutup aibmu jua. Alangkah indahnya jika engkau menegurnya kerana Allah dan tidak mempunyai kepentingan apa-apa melainkan membantunya untuk merealisasikan apa yang ingin di bawanya.
Dia...pemimpinmu mahu ada dikalangan sahabatnya, melabuhkan bahu untuknya.
Lelah sekali sahabat dia menanggungnya.
Sungguh.. sangat berat.
Apakah dirimu sanggup membiarkan saudaramu di dalam kesusahan dan kedukaan? Sanggupkah dirimu melihat dirinya terzalimi oleh mulut-mulut, lidah dan suara-suara orang yang suak mencela?
Ketahuilah, orang yang hebat itu, dia telah mencium tanah sebelum mu. Dia tidak mendongak ke langit, tapi dia mencium tanah. Dia sedar dirinya hina. Tidak mampu untuk mengangkat kepalanya. Beratnya amanah yang dipikul. Rapuh semangatnya jika engkau mencercanya.
Hanya Allah-lah yang memberinya khabar gembira.

Jika engkau mahu, orang yang melabuhkan bahunya juga, akan mendapat ganjarannya juga.
Siapa tahu, engkau dan pemimpinmu masuk ke syurga, lantaran engkau membantunya suatu ketika dahulu.
Siapa tahu, engkau dan pemimpinmu masuk ke syurga, lantaran engkau membantunya suatu ketika dahulu.
Labuhkanlah bahumu untuknya,
Dia telah mencium tanah,
Sehingga berlumuran lumpur di wajahnya.
Moga Allah Redha...
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar
Ikhlaskan hatimu tika memberi,
Yang menerima akan merasa bererti.
Moga Allah Redha...
Abdullah Hakimi Bin Zanal Abidin
Erti Memberi Pada Menerima
Blang Kreung, Aceh Besar
Ikhlaskan hatimu tika memberi,
Yang menerima akan merasa bererti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan