Isnin, 3 Disember 2012

#3: Hanya Tuhan Yang Tahu


Wardani termenung jauh. Sejauh renungannya, hanyalah kosong. 

Hatinya kosong. 

Thursina hanya memandang Wardani. Thursina memahami, masalah hati bukan boleh di selesaikan segera. Memerlukan waktu. Wardani bukan orang biasa. Pintar dan sentiasa cemerlang dalam pelajarannya. cantik, secantik mawar di taman larangan. Namun satu hal mengenai Wardani, apa yang dia mahu, dia pasti akan dapatkan.

"Wardani..."

Wardani memandang Thursina.

Tersenyum.

"Masih sedih ya?"

"Alhamdulillah, sudah tidak lagi Ina. Tapi biasalah, luka dan parut di kulit pun mengambil masa untuk sembuh, inikan hati."

"Alhamdulillah." Thursina membalas senyuman Wardani.

'Moga dirimu kuat sahabatku.' Doa Thursina di hati.

Wardani melemparkan pandangannya ke luar jendela. Hembusan angin yang lembut menerpa ke wajahnya.

Bayangan silam menerjah fikirannya.

---------------------

"Mama...dulu Papa tak pernah garang macam ni."

"Ayah penat balik dari kerjalah tu sayang..."

"Tapi kenapa Wardani tengok, Ummi selalu kena..."

Puan Zaleha memeluk anaknya. Sengaja tidak mahu anaknya menghabiskan kata-katanya.

"Wardani, itu hal orang tua. Anak Solehah mama ni masih kecil."

Puan Zaleha cuba mengelak dari perbincangan hal seperti itu dengan anak kecilnya. Biarlah dia yang merasai pedihnya. 

"Wardani kena belajar sungguh-sungguh tau. Jadi anak yang solehah. Selalu berbuat baik pada Mama dan Papa..."

'Ya Allah, lindungilah anak ini dari mara bahaya. Berkatilah kehidupannya, dan jadikanlah anakku ini jadi anak yang solehah. Ku mengharap hanya padamu, Ya Rahman!'

Hatinya berdoa, Puan Zaleha memeluk anak kecilnya. Harinya merasa sebak. Air matanya menitis. Di kesatnya air matanya. Tidak mahu anak kecilnya tahu dirinya perasaan dan jiwanya derita.

Wardani memeluk patung beruang kesayangannya dan memandang ibunya dengan senyuman.

Puan Zaleha tersenyum. Wajah comel anak kecilnya menenangkan hati dan jiwanya. Biarlah dirinya terseksa. Namun jangan anak ini yang menjadi mangsa.

---------------------------

"Pang!!!"

Satu tamparan kasar ke pipi Puan Zaleha. Tangisan Puan Zaleha menjadi-jadi.

"Abang! Jangan bang! Itulah harta peninggalan ibu Leha bang! Jangan ambil!

Puan Zaleha menggenggam erat-erat harta sepeninggalan ibunya. Tidak mahu melepaskannya.

"Abang kata bagi, bagilah!" Suaminya Mokhtar cuba merampas rantai-rantai emas dari tangan isterinya.

"Pang! Pang! Pang!!!"

Mokhtar seakan dirasuki syaitan, tidak lagi mengenal musuh dan keluarga. Hatinya sudah menjadi batu dek sering bermain judi dan minum air kencing syaitan. Sejak terpengaruh dengan kawan-kawannya di kota Kuala Lumpur, Mokhtar melupakan keluarganya di kampung. Niat asalnya ingin mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarganya, bertukar setelah gajinya di naikkan.

Wardani melihat di balik pintu sambil memegang beruang kesayangannya. Melihat Mama-nya di pukul oleh Papa-nya.

Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, hanya mampu melihat. Ketakutan di hati Wardani memuncak apabila melihat di depan matanya sendiri, Papanya membelasah Mama-nya. Tanpa belas kasihan.

Merah darah keluar dari mulut Puan Zaleha. Akibat tamparan kasar oleh suaminya.

"Abang!! Jangan ambil Bang!"

Merayu-rayu Puan Zaleha kepada suaminya.

Mokhtar tidak mengendahkan rayuan isterinya.

Kerana hatinya buta, perasaannya di rasuk syaitan, tidak ada belas kasihan di hatinya, ditendang isterinya sekuat hatinya.

"Allah!"

Terpelanting Puan Zaleha. rantai emas dan perhiasan yang digenggam oleh Puan Zaleha akhirnya terlepas. Tidak mampu lagi bertahan dengan tendangan kuat suaminya.

Mata Wardani membesar. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Mokhtar segera mendapatkan rantai emas dan barang perhiasan yang tercampak di lantai. Di kumpulkannya di masukkan ke dalam uncang.

Puas hatinya. Melihat isterinya yang mengerang kesakitan. Mokhtar hanya tersenyum. Tersenyum puas.

"Lain kali kalau kau tak nak sakit, kau bagi saja. Tengok sekarang, di sebabkan kau degil, kau kena belasah dengan aku. Syurga kau di bawah telapak kaki suami kau tahu tak? Sebab tu aku nak ingatkan kau, syurga di telapak kaki suami, aku sepak kau."

"Abang... jangan bawa harta tu pergi abang. Jangan bang. Itulah satu-satunya harta sepeninggalan ibu bang"

Puan Zaleha merintih. Mengharapkan belas kasihan dari suaminya.

Bunyi guruh kuat di luar, hujan turun dengan lebatnya.

Mokhtar hanya tersenyum.

Mokhtar membuka pintu. terlihat anak tunggalnya, Wardani.

Wardani yang masih kecil, tergamam. Patung beruang kesayangannya terlepas akibat ketakutan yang teramat.

Mokhtar menunduk.

"Anak papa lihat ya. Wardani takut?" Mokhtar senyum. Di usap-usapnya ubun-ubun Wardani. 

Tidak menjawab. Wardani hanya mampu memandang.

"Kalau takut jawab takut!"

Di tolaknya Wardani. Wardani terpelanting.

"Wardani!!!!" jerit Puan Zaleha.

Nyaris tolakan Mokhtar tidak kuat. Masih ada rasa belas di hatinya. Wardani menangis.

Mokhtar meninggalkan rumah. Membiarkan keluarganya. Puan Zaleha mengesot tubuhnya. Mendapatkan Wardani. Wardani bingkas bangun mendapatkan ibunya. Puan Zaleha memeluk Wardani yang menangis. Raut wajahnya yang jelas ketakutan.

"Wardani anak mama. Kuat ya sayang! Allah menyayangi hamba-Nya yang kuat."

Puan Zaleha cuba memujuk anaknya. Mendidik anaknya supaya segala permasalahan kembali kepada Allah.

Ya! kembali pada Allah! Kerana Dia yang Maha Tahu apa yang terjadi.

-----------------------

Air matanya menitis.

"Wardani, kenapa ni? Menangis?"

Wardani memeluk Thursina. Dihatinya, Hanya Tuhan yang tahu. Siksa batinnya. 

Thursina mengusap-usap belakang sahabatnya. Cuba menenangkan sahabatnya. 

'Aku harus kuat menempuhi kehidupan ini. Jangan mudah putus asa. Allah mencintai orang mukmin yang kuat dan hanya bergantung harap pada Dia saja.' Wardani cuba memujuk hatinya.

Mencari seseorang yang baik, untuk yang terbaik. Untuk mendapatkan syurga, mestilah melalui jalan ranjau berduri. Untuk mendapatkan yang terbaik, mestilah bersusah-susah. Janji Allah, setiap yang susah, pasti ada kemudahannya. 

----------------------

Hari sudah menjelang malam. 

Hassan mempersiapkan diri, menuju hamba ilahi,

"Eh! Kemana Fakhrul? Masih tidak pulang. Hari sudah maghrib?"

Mata Hassan mencari-cari ke luar. 

"Mungkin sedang di jalan."

"Tutttt....tutttt...."

"Assalamualaikum... Hassan.."
Bunyi agak tidak jelas, namun kedengaran sepertinya sedang kesakitan yang teramat.

"Waalaikumussalam..Fakhrul! Ada di mana! Kenapa ni!"

"Tolong... ana. Ana terjatuh di curam. Ujong Pancu..."

"tuttt tutttt tuttt..." talian terputus. 

Hassan cuba menghubungi Fakhrul kembali. Tidak terhubung. Kerisauan mula timbul di hati Hassan.

'Ujong Pancu!' Hassan bingkas solat maghrib. Mencari ketenangan.

'Fakhrul, tunggu kami sampai!'

****Bersambung

Tersenyum Pelangi Pada Surat Cintaku
Episod 3: Hanya Tuhan Yang Tahu

=======================+++||||||++++=======================

Selepas ini, Cerpen TPPSC akan diterbitkan setiap hari Khamis bermula pada hari ini. Dan untuk episod selanjutnya, Pergi Tak Kembali akan menyusul pada


13 Desember 2012. 

Terima Kasih kerana sudi membaca cerpen ini. Segala saran amat diperlukan untuk penulis perbaiki di masa akan datang. 

=======================+++||||||++++=======================

3 ulasan:

Nor' Adilah ( نور عاديله بنت زينال عابدين ) berkata...

"Mencari seseorang yang baik, untuk yang terbaik. Untuk mendapatkan syurga, mestilah melalui jalan ranjau berduri. Untuk mendapatkan yang terbaik, mestilah bersusah-susah. Janji Allah, setiap yang susah, pasti ada kemudahannya" - like this statement... Indahnya dalam Bersabar =)

Tanpa Nama berkata...

sayu.

keep up untuk sambungan yang seterusnya.

rohima berkata...

Very interesting.. Cant wait for the next episode. Gaya penulisan yg ringkas dan kemas..