Ada satu hal hari ini yang membuat hati ini sedih.
Semalam guru kami, Dr H. Lukmanul Hakim meninggalkan dunia ini. Dia seorang pensyarah jurusan Tafsir dan Hadis di Ushuluddin. Walau dia tidak pernah mengajari aku kuliah, namun ada persamaan di antara kami.
Kami adalah penghafaz al-Quran.
Bagiku, dia meninggal dalam keadaan husnul khotimah, kerana saat-saat akhirnya, lidahnya sedang mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Allah memberikan keistimewaan kepadanya.
'Oh! Ini calon penghuni syurga Jannatunnaim'
Aku cemburu.
Aku seorang penghafaz al-Quran. Adakah aku akan menghabiskan sisa hidupku dengan melafazkan kalam-Nya?
Dia pergi dalam keadaan yang tenang. Sedangkan aku! Allahu Rabbi.
Apakah aku, engkau dan kamu mempu menjaga lidah dari perkataan sia-sia?
Ya Allah, tempatkanlah dia dikalangan hamba-hamba-Mu yang soleh dan biarlah al-Quran menjadi saksi terhadapnya di hadapan-Mu nanti. Ya Tuhanku, kumpulkanlah aku bersamanya di dalam Syurgamu, sedangkan aku merasa tidak layak ke sana. Allah, Allah, Allah!
*Usaha menjaga lidah dari berkata hal-hal yang sia-sia. Jom sahabat-sahabat sekalian! Jaga lidah! Nescaya kalian menjaga hati-hati manusia. Bermujahadahlah sahabat-sahabat!
Jagalah lidah,
Allah akan bertanya,
Apa yang kau perlakukan terhadap lidahmu?
Bohong, fitnah, jaja cerita yang sia-sia?
Tahukah kamu setiap kata itu,
Di kira amal dosa pahala,
Namun kau jaja sana sini,
Tanpa rasa malu,
Ibarat engkau tiada agama di dada.
Bekerjalah! Seolah-olah dirimu akan 'pergi' selamanya esok!
Kematian itu,
Kematian itu,
Mengingatkan dirimu,
Hidupmu hanyalah sementara di dunia ini,
Sementara di sana kekal abadi.
Sementara di sana kekal abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan