Alhamdulillah, masih lagi dapat mencuri waktu senggang untuk menulis di blog dalam waktu ujian akhir. Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di dalam minda saya walaupun saya sebelum menulis artikel ini, saya baru saja pulang menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Tothenham Hotspurs. Saya bukanlah peminat tegar Manchester United, namun kerana terpengaruh dengan sahabat-sahabat seperjuangan, saya terikut-ikut.
Apa yang bermain di minda saya ketika ini adalah, ada di kalangan sahabat-sahabat saya yang bertanya:
- Mengapa saya memilih kelompok Lembaga Dakwah Kampus (suatu unit kegiatan mahasiswa di kampus IAIN Ar-Raniry) sedangkan ada satu organisasi Islam juga tetapi ia merupakan badan organisasi luar kampus, HMI: Himpunan Mahasiswa Islam. Mengapa saya tidak memilih HMI.
- Mengapa saya memilih PAS berbanding UMNO, sedangkan UMNO juga memperjuangkan Islam. Kedua-duanya mempunyai ahli yang beragama Islam.
*LDK jika di Malaysia disebut sebagai, Persatuan Mahasiswa Islam.)
Kedua-dua pertanyaan ini di tanya oleh orang yang sama. Ia bermula sewaktu pilihan raya kampus peringkat Fakulti Syariah dua minggu yang lalu. Dia memberitahu kepada saya, ada seseorang memberitahunya dia adalah orang yang berada di dalam LDK, lalu mengatakan kepadanya bahawa LDK tidak memerlukan undi mahasiswa Malaysia, kerana LDK sudah kuat dan mampu menang.
Lalu saya katakan kepadanya, jika dia mengatakan seperti itu, rasanya itu bukanlah kalimah yang dituturkan oleh warga masyarakat LDK kerana apa yang saya ketahui dan oleh kerana saya mengikuti perkembangan organisasi LDK, mereka ini adalah orang yang di tarbiyyah, mengikuti usrah dan halaqah, serta sering mengikuti kelas pengajian gerakan Islam. Dan sungguh, saya merasakan tidak senang apa yang disebutkan oleh sahabat saya tadi.
Peristiwa yang kedua, bagi pertanyaan yang kedua, beliau mengatakan orang-orang PAS tidak mahu berimamkan imam-imam dari kelompok UMNO. Adakah PAS mengajarkan ahlinya seperti itu?
Jadi untuk penerangan sahabat-sahabat sekalian, sebelum saya membahas kedua soalan yang di tanya, saya akan mencuba menjelaskan sedikit sebanyak mengenai mengapa dan sebab. Kedua-duanya akan menjawab persoalan kedua-dua soalan tadi.
Lembaga Dakwah Kampus vs Himpunan Mahasiswa Islam.
Kedua-duanya bersandarkan kepada Islam. Tujuannya penubuhannya adalah untuk Islam. Namun di dalam hal ini, mengapakah saya memilih LDK berbanding HMI.
- Saya memilih LDK kerana LDK lebih dekat dan sinonim dengan perjalanan organisasi gerakan Islam
- Saya memilih LDK kerana LDK adalah badan atau organisasi yang sah di dalam kampus IAIN Ar-Raniry, sedangkan HMI adalah organisasi mahasiswa luar kampus yang tidak di iktiraf di dalam kampus.
- Saya memilih LDK kerana LDK adalah suatu lembaga yang proses pentarbiyyahannya, perjuangannya dan matlamatnya jelas. Suasana yang di bawa oleh LDK tidak lari dari aturan syari'at-Nya berbanding dengan HMI yang semuanya tidak jelas, hanya tertulis di dalam lembaran kertas.
- Agenda yang di bawa oleh LDK jelas apa yang mahu di bawa dan tidak membawa agenda kepentingan mana-mana pihak. Mereka hanyalah membawa agenda Islam. Berbeza dengan HMI yang membawa agenda kepentingan organisasi masing-masing.
- Warga LDK di lihat lebih menjaga adab, sopan dan lebih terarah berbanding dengan warga HMI yang jika kita melihat pergaulan mereka, tidak terarah dan lebih banyak melanggar adab-adab baik antara pergaulan lelaki dan perempuan (Ikhtilat) dan sesama mereka sendiri.
- Setelah mereka (HMI) memerintah kampus lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini, apa yang mereka hasilkan? Perubahan apa yang mereka lakukan? Tiada lagi program-program keilmuan dan keislaman yang menambah kefahaman Islam warga kampus IAIN Ar-Raniry.
Untuk jawapan yang kelima, bagi yang bertanya, mengapa saya berkata begitu? Kerana saya sempat berada di dalam pemerintahan LDK selama 2 periode. Jadi saya dapat membezakan kedua-duanya.
Mengapa saya memilih PAS, bukan UMNO
Jika hal berkaitan dengan kepartian, perlu saya tegaskan, saya tidak ada bermasalah dengan konsep kepartian kerana di Malaysia, sistem yang di amalkan adalah sistem demokrasi dan dalam memilih pemerintah, sistem pilihan raya di amalkan. Jadi di antara keduanya, kita perlulah memilih dengan berdasarkan kefahaman dan fikrah yang jelas. Bukan mengikut atau taklid buta dan tidak bersandarkan kepada ilmu keislaman.
Antara sebab saya memilih PAS
- Kerana PAS menegakan cara hidup Islam. Cara hidup yang membawa manusia kearah keredhaan Allah swt.
- PAS tidak memisahkan urusan politik dengan agama. Islam tidak mengajarkan memisahkan urusan dunia dan akhirat kerana ia berkaitan dengan dosa dan pahala, syurga dan neraka.
- PAS membawa agenda Islam. Jelas, terang dan nyata bermula dari diri sendiri sehinggalah ke peringkat kenegaraan.
- Perlembagaan PAS adalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah, Ijma', dan qiyas para ulama' yang menjaga agama.
dan mengapa saya menolak UMNO adalah:
- UMNO menegakan cara hidup yang sekular.
- UMNO memisahkan agama dari urusan pemerintahan.
- UMNO menindas Gerakan Islam.
- UMNO mengekalkan undang-undang penjajah.
Ia berkaitan dengan aqidah. Orang yang memahami dan mengetahui hal ini pastilah dapat membezakan antara keduanya, baik perkara yang melibatkan haq dan yang batil.
Kesimpulan
Kesimpulan saya keatas kedua-duanya adalah, firman Allah yang bermaksud:
Kesimpulan
Kesimpulan saya keatas kedua-duanya adalah, firman Allah yang bermaksud:
“Maka apakah kamu patut beriman dengan setengah kitab dan kufur dengan setengah kitab yang lain nya. Maka tiada balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan mendapat kehinaan di dunia dan pada hari Kiamat nanti akan dikenakan dengan sekuat-kuat azab. ”( Al- Baqarah: 25 )Suka saya nyatakan apa yang yang sebutkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ketika ini:
"Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan tidak boleh berimamkan orang UMNO, semebelihannya, dan beberapa hal lain, hal itu telah dijawab oleh Akademi Tarbiyyah Pemuda PAS. Sila klik tajuk ini: Amanat Tuan Guru Haji Hadi: Batasan Iman dan Kufur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan